Assalamualaikum
Mulanya kita dapat lihat Umno sebagai wadah perjuangan segelintir Melayu elit yang masih dikira jujur dan tenang menangani karenah penjajah British. Waktu itu rata-rata penyokong Umno dikampung hamba orang buta huruf termasuk opah hamba. Namun peredaran masa merubah segalanya...bilangan pengikut Umno kini walaupun tidak buta huruf tetapi buta matahatinya. Buta yang lebih meletakkan pengikut-pengikutnya menjadi pariah ditanahair sendiri. Dulu, kini dan selamanya kembali menjadi satu igauan siang hari buat Madey. Dulu ramai pengikut tak berpelajaran, kini ramai pengikut buta perut dan selamanya akan menjadi terpinggir dek kerana disokong pengikut bersikap pariah. Pariah kalau diumpan fulus akan disembahnya kita. Maka dalam Umno dari pucuk pimpinan hinggalah diperingkat bahagian sama jer...tak umpan fulus kerja tak jalan. Kelompok beginikah nak dijadikan pejuang watan...segala sesuatu kerja kita khususnya adalah ibadat sebenarnya. Kita berjuang ikhlas untuk memastikan keadilan mekar kembali di halaman perundangan...tolak segala kemakaran pucuk pimpinan sekarang. Bukan esok lusa...sekarang, kerana esok belum pasti.
Segala yang dibuat Madey tak menjadi kerana niatnya hanya pentingkan imej negara...supaya Malaysiaku hebat dimata dunia...segala-galanya untuk negara sehingga ada plak rukun negara. Sesuatu yang dilaungkannya bukan ditimbang di atas neraca keimanan. Kokokannya agar negara menjadi maju ditahun keramatnya 2020...maju untuk apa sekiranya usaha kearah pembentukkan negara Islam tiada dalam perkiraan. Hanya perpaduan Melayu nak diperkirakan...itu pun setelah kehilangan sokongan kebanyakan orang Melayu. Setelah dirinya terasa terhimpit oleh asakan kesedaran marhaen terbanyak...barulah terkial-kial memekik perpaduan. Resmi mamak begitulah...makin besar hidung semakin tak nampak jalan kebenaran.
Ini bukannya tuduhan liar hamba...bahkan ianya hakikat yang dapat diekori dengan mata kasar...kita tak perlu lagi susahkan diri nak sediakan tesis pula dengan keadaan kalut negara ini. Sungguh...dimata dunia kita ditertawakan kerana diperlekehkan oleh beberapa kerat manusia berfahaman sekular. Perhatikan perundangannya...layakkah kita yang menumpang di bumi Allah ini menegakkan satu sistem perundangan yang digubal manusia mengikut kemahuan manusia, bukannya mengikut ketentuan Allah. Ambil contoh ketentuan halal haram cukuplah...sekiranya mengikut percaturan akal manusia tentulah semua orang yang menyusahkan kita kita tuduh, dakwa dan bicarakan tanpa bukti sahih. Mahukah kita kembali ke zaman tanpa hukum Allah...redhakah kita hidup dalam keaadan negara ini yang terpimpin oleh manusia yang tidak pernah ingin menumpukan ketaatannya pada Mahasuci Allah sedangkan usianya dimamah detik berlalu? Masalah besarnya apabila Madey meminggirkan hukum Allah kita orang Islam yang majoriti Melayu ini tidak lagi dikurniai Allah nikmat yang dijanjikanNya seperti termaktub di dalam Al-Quran. Kitab suci itu bukan untuk dilangsungkan siarannya hanya semasa Tilawatil Quran, akan tetapi sebagai manual kehidupan. Sedangkan Proton ada manualnya inikan pula kita insan ciptaan Allah yang paling sempurna...memutuskan perkara hukum selain hukum Allah adalah memutuskan kontrak kehidupan. Kemanakah Madey nak tentukan arah tuju negara sekiranya tak mengikut manual? Musibah telah menimpa dirinya...kerana itulah ketetapan Illahi terhadap sesiapa yang mengamalkan makar. Madey telah ditimpa kecelakaan besar di akhir kehidupannya...maka ditariknya pengikutnya kekancah kebinasaan hakiki iaitu tiada keredhaan Allah buatnya...percayalah apabila ada insan yang tidak menyenangi kita itu pertandanya Allah sudah tidak memperdulikan kita lagi...maka dibiarkan Madey itu membuat sesuka niatnya. Wallahua'lam.
Wassalam
yang fakir lagi dhaif
peon_siber@hotmail.com