Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


madey@dajjal.gov.my

Assalamualaikum

Menurut Rasulullah umat di zaman kita ini kebanyakkannya mengalami penyakit kronik seperti penyakit yang menimpa umat terdahulu...di antaranya terlalu banyak berseronok(hedonisme), terlalu mewah(bourgeois), menghimpunkan harta sebanyak mungkin(Madey & Daim), tipu menipu dalam merebut kekayaan dunia(Madey & kroni) dan hasut-menghasut untuk menjatuhkan lawan(Madey juga heronya). Hamba harap para netters lebih ariff dengan fenomena yang jelas di depan mata kita di saat ini. Kita dapat lihat penyakit ini merebak dan menjalar dengan ganasnya sehingga kerosakannya ketara apabila di antara umat dilanda krisis kerohanian yang meruncing. Kerosakan rohani itulah menyebabkan mereka terpaksa mencari dan menimbunkan harta sebanyak mungkin seolah-olah harta itu akan mengikutnya ke kubur. Apabila hawa nafsu yang diperturutkan maka terpaksalah mereka menggunakan segala tipu helah untuk memenuhi kehendak nafsu yang tiada hadnya. Nilai-nilai akhlak terpinggir jauh dan di saat ini yang timbul hanya dengki khianat, tamak haloba, hasut-menghasut yang hanya akan merapatkan lagi kehidupan kepada kehancuran. Segala ini jua merupakan satu ujian berat ke atas sekelompok insan yang terus istiqamah dengan Islam...malah mereka ini seumpamanya memegang bara api demi mempertahankan ugama. Keadaan sekeliling sudah terlalu rosak bahkan sekiranya kita hendak berjuang menegakkan syariat kita mungkin dianggap sewel...akan tetapi sekiranya nak berdisko sampai pagi akan ada jer rakan seangkatan. Inilah yang dapat diperhatikan...contohnya para ulama' kita sekarang yang amat tersepit dengan segala sekatan Madey & juak-juaknya. Tetapi Carlserg dipaparkan dikaca tv sebagai penaja sukan...ini satu contoh perkara mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Nampaknya peranan yang dimainkan Madey sama jer dengan tugas dajjal...yang salah dikatanya betul, yang betul dipersalahkan. Dajjal!!

Wassalam

yang fakir lagi dhaif
peon_siber@hotmail.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com