PAS adalah satu satu satunya partai yang memang menjadi seteru UMNO(B) sejak
zaman berzaman lagi, terutama sekali sejak UMNO(B) ditubuhkan olih Cik Dit
dalam tahun 80'an dulu. Ini perlu difahami olih pimpinan PAS dan ahli
ahlinya. Walau apapun tindak tanduk UMNO(B) terhadap PAS memang 100%
bermotifkan untuk menjatuhkan atau menghilangkan kepercayaan orang orang
Melayu Islam khasnya dan lain lain bangsa amnya terhadap imej, perjuangan
dan kewibawaan partai PAS.
Adalah agak malang setelah PAS berketuakan Dr Fadzil Nor dan
bersetiausahakan Sdr Nasharudin (ingat sikit sdr masih mentah dalam membaca
sepak terajang badut badut UMNO(B)), arah serta cara pemerhatian dan menilai
kretiria tindak tanduk UMNO(B) telah menjadi longgar, sambil lewa dan
senantiasa terikut ikut menari rentak yang dimainkan olih UMNO(B) ini.Apakah
insiden Era Datuk Asri tak dijadikan sempadan. Kenapa dan mengapa ini bolih
terjadi?. Adakah PAS terutamanya pemimpin tadi telah merasakan sudah hebat,
calang calang orang tak bolih gigit ini PAS atau.....?.
Dah banyak pandangan dan keluhan dari semua peringkat yang rata rata
menjurus kepada tidak bersetuju PAS layan pelawaan UMNO(B) untuk bersemuka,
tapi pemimpin ini saolah olah pekakkan telinga dan buat pandai pandai pergi
jumpa UMNO(B) yang akhirnya menyatakan persetujuan untuk terima pelawaan
siUMNO(B) ni.Islam pun tak suruh kita terima selagi ada pelawaan tanpa
mengambil kira tujuannya, apatah lagi yang dah jelas dan termashur untuk
memudaratkan diri dan agama kita.
Sebagai penyokong, terasa malu juga jika kita tengok dan bandingkan
bagaimana partai IPF telah menangani isu pelawaan masuk MIC olih Samy Velu
tempoh hari. Tindakan Datuk Pandhitan begitu bijak dan telus dengan
mengadakan sidang perwakilan dan seterusnya menyerahkan pada ahli ahli
perwakilan membuat keputusan sehingga menghiris perasaan tuan Presiden
Mahathir. Apakah PAS telah berbuat demikian dalam menangani isu sebegini?.
Bukan nak mencari kelemahan pada pemimpin pemimpin ini, tapi sebagai
pemimpin sebuah partai yang menjadi kebanggaan umat Melayu Islam, kalian
hendaklah berhati hati dalam melayani kerenah musuh terutamanya siUMNO(B)
ini.Masih tak terlambat untuk batalkan saja. Kalau ikut rekod pun, UMNO(B)
dah beracapkali berdolak dalik dan tolak banyak perkara yang dicadangkan
olih pihak PAS. Jadi batalkan dan tak usah heran akan apa yang akan
dokokokkan olih puak pengampu UMNO(B) nanti. Itu tugasan biasa bagi
sipengokok belaan tuan mereka.Tengoklah dulu bila KeAdilan tolak pelawaan
mereka, adalah dua tiga hari puak puak ni berkokok bila dah nak pecah anak
tekak, orang pun tak response sangat, terus senyap dan sepi. Tak sampai
kemana. KeAdilan tetap unggul dengan imej asalnya untuk menegakkan keadilan
dan reformasi kearah Kerajaan yang benar benar bertanggungjawab.
UMNO(B) sebagaimana semua orang tahu, memang licik dalam putar belit dan
taktik membunuh lawan hatta kawan dikalangan kelompok mereka sendiri pun
mereka dengan tak berhati perut sanggup menganiaya serta mengaibkan, apatah
lagi PAS memang diketahui seteru nombor wahid mereka yang amat wajar di
hapuskan. Nah, cuma taktik tu saja perlu berubah ubah.
Secara peribadi, penulis memang berasa kesal dengan persetujuan yang dibuat
olih sdr Nasharudin untuk menyahut perangkap siUMNO(B) ni, sudah tentu atas
restu Dr Fadzil Nor sebagai Presiden partai. Apakah selepas ini Dr Fadzil
Nor akan mengalami nasib serta tekanan jiwa dan penyesalan yang tak
berpenghujung seperti yang telah dialami olih A/Yarham Datuk Asri dulu?.
Jadi pada kedua pemimpin PAS, muhasabahlah balik diri tu dan dalamilah
keluhan dan harapan ahli ahli serta penyokong. Kembalilah kepada warna asal
kalian sebelum ianya bolih merobik kejituan partai yang kita cintai ini.
Bukan tak bolih ahli ahli Pas usul undi tak percaya dan sebagainya, tapi
kalau itulah akhirnya, maka tercapailah hajat busuk siUMNO(B) ni. Memang
itulah mereka hajati dan impikan. Bukannya betul betul pasal perpaduan
Melayu dan mereka sebenarnya juga tahu bukan Melayu yang berpecah dan mereka
juga benar benar tahu UMNO(B) mereka yang dah nazak. Awas Fadzil Nor &
Nasharudin, seandainya PAS akan dipencilkan olih rakyat!!!, jangan salahkan
kami. Dah tahu kebanyakan rakyat serta orang ramai telah membenci siPM dan
kapalnya, tentulah apa jua yang melibatkan beliau dan anak kapalnya tidak
akan disukai olih mereka. Satu kelaziman manusia yang mudah difahami tanpa
perlu teruk berfikir. Tapi kenapa perlu kalian menongkah tekad dihati rakyat
yang dah tak mahu lagi UMNO(B) untuk mewakili mereka.Kalau dah tubuh BA
bertindaklah diatas landasan sebagai komponen BA all the way.Tentu kalian
terasa, jadi penulis memohon Maaf zahir dan batin atas teguran diatas.
Pensil Kayu