Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sandiwara getah dan sawit..Sedarlah wahai Peneroka....

Sebelum kerajaan mengumumkan pemberian subsidi sebanyak kira-kira RM 12.00 setan metrik bagi kelapa sawit, harga setan kelapa sawit adalah sebanyak RM 100.00.

Tapi setelah kerajaan mengumumkan pemberian subsidi, harga setan metrik kelapa sawit telah 'diturunkan' kepada RM 80.00 setan metrik. Pi Mai Pi Mai Tang Tu Jugak!!!! Masih Tak paham lagi? Peneroka sebenarnya telah rugi kira-kira RM 8.00 sebenarnya bagi setan metrik.

Amacam...sudah paham campur tolak bahagi darab keuntungan sebenarnya? Siapa untung siapa rugi?

Bagi sesetengah peneroka yang totok UMNO tu, tak sedar lagi ke macamana kerajaan menipu kamu semua hidup-hidup. Bila ada di kalangan peneroka yang ingin menangani petisyen bantahan kejatuhan harga sawit dan getah, kamu ugut mereka. Ugut kononnya sesiapa yang menangani petisyen tersebut, mereka tidak akan dapat imbuhan subsidi sebanyak RM 300.00? Banyak tu....tapi akhirnya dengan kamu semua kena tipu !!!

Berapa ramai peneroka sekarang terpaksa bekerja di luar demi menyara keluarga. Pernah seorang peneroka mengeluh dan mengadu kepada saya perihal kepayahan kehidupan peneroka sekarang ini.

Cukup bulan pergi ke pejabat Felda terima duit. Tolak sana tolak sini tinggal baki RM 6.00 bersih. Balik rumah anak mintak duit belanja sekolah. Langsai RM 6.00 !!! Bagi peneroka-peneroka yang menangani petisyen kejatuhan harga sawit dan getah, syabas buat kalian !!! Teruskan tuntutan. Itu hak kalian. Jangan gentar pada ugutan puak keparat UMNO itu. Lambat laun puak keparat itu semua akan hormati kalian di atas keberanian dan kecerdekan kalian menuntut hak kalian. Puak keparat UMNO itu sebenarnya tidak ada keberanian lansung. Berani hanya kerana Parti diorang berkuasa sekarang ini. Kalau tidak, semua macam pondan siam!!!!

Penguasa


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com