Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


'PERBINCANGAN PERPADUAN NASIONAL DITERUSKAN'

KENYATAAN AKHBAR
PRESIDEN PAS
18 FEBRUARI 2001

'PERBINCANGAN PERPADUAN NASIONAL DITERUSKAN'

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada hari ini, 18 Februari, 2001 di Markaz Tarbiyah Taman Melewar, setelah menerima laporan daripada Jawatankuasa Teknikal dan Lajnah Politik PAS, sesuai dengan dasar keterbukaan PAS, telah memutuskan supaya perbincangan PAS-UMNO mengenai Perpaduan Nasional diteruskan.

Walau bagaimanapun, oleh kerana PAS belum menerima maklumbalas mengenai suasana kondusif yang perlu terlebih dahulu diwujudkan serta beberapa perkara teknikal yang belum selesai, ditambah pula beberapa insiden yang memburukkan keadaan, maka perjumpaan yang dijadualkan pada 19 Febuari, 2001 ditangguhkan.

Keputusan ini akan disampaikan kepada UMNO seberapa segera hari ini.

Jawatankuasa Teknikal PAS diarah meneruskan perbincangan dengan Jawatankuasa Teknikal UMNO bagi menyelesaikan perkara perkara teknikal yang belum beres itu.

Dato' Fadzil Noor Mohd Noor
Presiden PAS


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com