Seramai 20 orang aktivis, Muslimin dan Muslimat PAS yang diketuai oleh
Ustaz
Ghani Hassan telah membuat lawatan ke wad kanak-kanak, Hospital Duchess
of Kent, Sandakan pada Ahad lepas. Rombongan aktivis PAS telah diberi
sambutan meriah oleh kakitangan Hospital DOK (Duchess of Kent) yang
julung kali membuat lawatan seperti itu dengan membawa buah tangan
berupa buah-buahan untuk di berikan kepada kanak-kanak di wad tersebut.
Lawatan bermula dengan bacaan doa yang dilakukan oleh Ustaz Ghani dan
semua kakitangan di Hospital DOK, termasuk yang bukan beragama Islam,
berdiri sebagai tanda penghormatan mereka diatas doa tersebut.
Muslimat PAS turut menziarahi kanak-kanak Cina yang ditemani oleh
ibu-ibu
mereka dan ternampak suasana kemesraan pada wajah-wajah mereka diatas
kehadiran Muslimat PAS. Ini mungkin disebabkan mereka mengikuti
perkembangan PAS di Semenanjung melalui akhbar-akhbar Cina.
Pihak pentadbir Hospital telah memberikan cenderahati kepada ketua
rombongan
pada akhir lawatan tersebut.