Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PAS TIDAK TERLIBAT PERHIMPUNAN MELAYU 4 FEBRUARI 2001

KENYATAAN MEDIA (2 JANUARI 2001)

PAS TIDAK TERLIBAT PERHIMPUNAN MELAYU 4 FEBRUARI 2001

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mempertegaskan bahawa DPP Pusat tidak terlibat dalam perhimpunan Melayu yang dianjurkan oleh ekstrimis Melayu bekas pemimpin Umno di Kampung Baru, 4 Februari 2001 akan datang. DPP Pusat sangat kesal kerana berita yang disebarakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS dan Ketua Pemuda Keadilan, Sdr Mohd Ezam Mohd Noor yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut.

DPP Pusat dan seluruh anggota pemuda BA tidak terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran kumpulan ekstrim Melayu tersebut kerana kami mempunyai dasar perpaduan nasional. DPP Pusat tidak berjuang untuk kepenting orang Melayu sahaja, tetapi juga untuk bangsa lain supaya dapat bersama-sama menikmati kebebasan, keadilan, kesaksamaan, keamanan dan kemajuan di negara ini. Sebarang usaha untuk mengadudombakan semangat perkauman yang melampau akan memberikan kesan buruk kepada kestabilan negara.

DPP Pusat melahirkan rasa yang kesal di atas fitnah yang ditaburkan oleh kumpulan yang memperjuangan perkauman ini semata-mata untuk menarik minat orang-orang Melayu yang sekarang ini sedang bersatu untuk menolak Umno/BN supaya menyokong perhimpunan mereka. DPP Pusat berpandangan perhimpunan chauvinist ini tidak mempunyai apa-apa makna kepada orang Melayu kerana sebelum ini kumpulan inilah yang meragut hak orang Melayu ketika berada dalam kerajaan.

DPP Pusat sangat kesal di atas tindakan polis yang memberikan permit kepada perhimpunan yang bersifat perkauman ini sedangkan menolak permohonan untuk perhimpunan yang berbentuk sejagat seperti untuk keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia. DPP Pusat meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak polis sekiranya selepas ini ada pihak daripada bangsa lain yang menganjurkan perhimpunan perkauman seperti ini. Kalau kumpulan ini boleh menganjurkan perhimpunan 'Takkan Hilang Melayu di Dunia', maka apakah mustahil selepas ini ada perhimpunan 'Takkan Hilang Cina di Dunia' atau 'Takkan Hilang India di Dunia' yang sudah pasti mencetuskan sesuatu yang buruk kepada negara.

DPP Pusat menyeru kepada seluruh umat Melayu supaya tidak menghadiri perhimpunan perkauman sempit yang dianjurkan oleh kumpulan tersebut pada 4 Februari nanti. Orang Melayu sepatutnya mengekalkan perpaduan yang ada untuk mempastikan pemimpin yang zalim dan rakus seperti pemimpin BN dijatuhkan daripada tampuk pemerintahan negara. Pemimpin yang adil, telus dan sederhana mesti diangkat segera untuk menjamin kesejahteraan untuk semua.

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com