Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kenyataan Akhbar PAS Kawasan Ampang Jaya

Kenyataan Akhbar PAS Kawasan Ampang Jaya
PERHIMPUNAN TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Tuan Haji Sarom Haji Jais ( Yang Di Pertua PAS Kawasan Ampang Jaya ) telah mewakili PAS Kawasan Ampang Jaya membuat laporan Polis terhadap poster-poster "Perhimpunan Tak Melayu Hilang Di Dunia" yang teramat provokatif dan dibimbangi boleh menyebabkan ketegangan di dalam masyarakat dan akhirnya boleh mencetuskan rusuhan di antara kaum sepertimana yang telah berlaku di dalam tahun 1969.

Laporan itu telah dibuat di Balai Polis Ampang pada jam 9.30 pagi Khamis 1 Februari 2001.

Poster yang didapati ditampal di sekitar Ampang Jaya itu menunjukkan sebilah keris terhunus dengan berlatar-belakang merah yang boleh ditafsirkan sebagai merah darah.

Poster itu seolah-olah menegaskan bahawa pihak penganjur sudah bersedia untuk bermandi-darah.

PAS Kawasan Ampang Jaya berharap agar pihak Polis akan menghalang tindakan untuk melaga-lagakan kaum-kaum di Malaysia seperti ini.

Pihak kami berpendirian poster dan perhimpunan ini hanya merupakan sandiwara UMNO untuk mendapatkan sokongan dari orang-orang Melayu dan menyelamatkan parti itu dari kepupusan.

ISKANDAR ABDUL SAMAD
SETIAUSAHA PAS
KAWASAN AMPANG JAYA
7 ZULKAEDAH 1421 / 1 FEBRUARI 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com