Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KILANG HARAM : MISMANAGEMENT DAN KORUPSI.

Kepada;
TYT Bapak Presiden KH Abdurrahman Wahid
Presiden Republik Indonesia,
Kantor Presiden,
JAKARTA.

31 JANUARI 2001

Melalui;
TYT Bapak Duta Besar Republik Indonesia,
Pejabat Kedutaan Besar Indonesia,
Jalan Tun Razak,
KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Tuan Yang Terutama Bapak Presiden,

MEMORANDUM MEMBANTAH PERJUMPAAN BAPAK PRESIDEN DENGAN MENTERI ISRAEL

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan rasa yang teramat kesal di atas perjumpaan rahsia yang telah dibuat oleh TYT Bapak Presiden dengan Menteri Perdagangan Negara Haram Israel, Reuven Horesh awal bulan ini seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar Jarusalem Post. Bagi DPP Pusat, perjumpaan haram ini adalah satu penghinaan yang sangat besar kepada umat Islam yang dilakukan oleh seorang pemimpin negara umat Islam seperti TYT Bapak Presiden.

DPP Pusat memandang serius usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Republik Indonesia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dengan orang-orang Yahudi yang juga secara tidak langsung merupakan pengiktirafan tidak rasmi terhadap negara haram tersebut. DPP Pusat membantah sekeras-kerasnya pengiktirafan ini kerana kehadiran Israel di rantau ASEAN mungkin akan menyebabkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang lebih dahsyat berlaku.

DPP Pusat sebenarnya sangat hairan mengapakan TYT Bapak Presiden sanggup melukai hati umat Islam seluruh dunia dengan mengadakan perjumpaan haram tersebut ketika umat Islam Palestin sedang dibunuh dan diperangi semenjak November 2000 yang lalu. Apakan perasaan peduli umat sudah hilang daripada pertimbangan TYT Bapak Presiden? Atau mesej apakah yang hendak disampaikan kepada kami sebagai umat Islam, warga ASEAN dan bangsa Melayu.

DPP Pusat menuntut supaya TYT Bapak Presiden memohon maaf kepada semua umat Islam atas kesilapan ini dan berjanji untuk tidak mengulanginya. TYT Bapak juga mesti berjanji bahawa Kerajaan Republik Indonesia tidak akan mengiktiraf Israel termasuk tidak akan mengadakan sebarang bentuk perhubungan dengan negara haram tersebut. Indonesia juga mesti berjanji untuk bersama-sama seluruh umat Islam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk menuntut hak mereka yang dicabuli oleh Yahudi Israel.

DPP Pusat sangat berharap semoga pandangan yang kecil tetapi serius ini diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Indonesia.

Sekian, terima Kasih.

Wassalam.

Yang Menjalankan Amanah,

YB TUAN HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com