(o!o) otroman
Setelah membuat satu analisis... saya ingin mengemukakan satu teori..hmm...nak kata teori pun tidak tepat. Bolehlah dikatakan sebagai andaian. Andaian ini terutama sekali ditujukan khas kpd. puak-puak Kuli dan Istana (baca jangan tak baca).
Rentetan:
1. Penghijrahan Ibrahim Ali dari S46 ke dalam Umno lebih dahulu dari Kuli...Satu perancangan awal dari puak-puak Kuli untuk mengambil alih tampuk pimpinan Mahathir.
2. Parti S46 yang telah lemah terpaksa dilesapkan. Puak-puak S46 berhijrah ke dalam Umno semata-mata untuk "pagging" saja. Jangan harap ideologi S46 dilesapkan sama.
3. Kuli yang mengharapkan kemenangan Umno di Kelantan kerana jasanya tidak kesampaian, bahkan jatuh tersungkur dalam pilihanraya lepas. Nasib baiklah ada Gua tempat Musang bertandang untuk dijadikan tempat perlindungan.
4. Kekalahan Umno di Lunas serta beberapa kelemahan dalam kepimpinan Mahathir, ingin dijadikan batu loncatan bagi Ku Li bagi meneguhkan kedudukannya serta meraih sokongan baru.
5. Penubuhan BBM yang didalangi oleh Ibrahim Ali (bukankah beliau orang kuat Kuli? Lihat No. 1 di atas). Peluang ini digunakan sebaik-baiknya oleh puak-puak Kuli untuk mengkritik puak-puak Mahathir yang sama-sama bengong tu.
6. Istana Kelantan yang didominasi 100% oleh puak-puak Kuli cuba menunjukkan kekuatan dan kehebatannya dengan mencabut anugerah yang dikurniakan kepada dua pemimpin PAS.Tumbukan sebenar bukan ditujukan kepada PAS, tetapi kepada Mahathir. Kata orang... pukul anak sindir menantu.
..............................................................
Petikan FGR