Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Matlamat Negara Islam

Matlamat menegakkan pemerintahan Islam adalah untuk mewujudkan kesempurnaan hidup manusia, sama ada Muslim mahupun bukan Muslim, di dalam kesemua bidang kehidupan politik, ekonomi, sosial dan akhlak. Kesempurnaan hidup itu hanya wujud di bawah satu ketamadunan. Oleh kerana ketamadunan itu adalah hak dan monopoli Islam sahaja, kesempurnaan hidup itu hanya terdapat di dalam falsafah dan sistem hidup Islam sahaja yang hanya boleh dibangunkan di bawah satu Daulah Islamiyah. Tanpa negara Islam, tidak ada kesempurnaan hidup. Yang ada hanya kebencanaan dan penindasan satu golongan ke atas golongan lain. Apabila wujud negara Islam, manusia menyerahkan kedaulatan kepada Allah dan mentaati kedaulatan itu dan sekaligus menyempurnakan pegangan dan amalan Laailaahaillallah. Kerana negara Islam itu adalah satu pancaran dan manifestasi daripada Kalimat Tauhid.

Penegakan sesebuah negara Islam itu adalah perintah Allah yang wajib ditaati. Dia mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa pentunjuk dan agama yang benar untuk menegakkan autoriti Islam di muka bumi. Allah menyatakan secara terperinci apakah tujuan-tujuan negara Islam itu dalam firman-Nya berikut:

"Sesungguhnya telah Kami utus beberapa Rasul Kami dengan (membawa) keterangan, dan Kami turunkan berserta mereka kitab dan neraca (keadilan) supaya berdiri mnausia di atas keadilan". (Al-Hadiid: 25)

"Mereka jika Kami beri kuasa di muka bumi, mereka mendirikan solat dan membayar zakat serta menyuruh kepada yang makruf dan melarang yang mungkar. Dan kepada Allah akibat semua pekerjaan". (Al-Hajj: 41)

"Kamu adalah sebaik-baik umat, yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah". (Ali 'Imran:110)

Peranan dan tujuan negara Islam adalah:

1. Untuk mewujudkan sistem kehidupan Tauhid (ketamadunan) dan untuk menolak sistem kehidupan jahiliyah.

2. Untuk menjadikan agama Islam sebagai agama yang memerintah, berkuasa dan yang tertinggi untuk menguasai agama-agama dan ideologi-ideologi lain.

3. Untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

4. Untuk menegakkan keadilan, kebebasan, keamanan, persamaan dan musyawarah di dalam kehidupan politik, ekonomi, sosial dan akhlak.

Bolehkah peranan dan tujuan seperti yang dilunaskan dengan terperinci di dalam ayat-ayat di atas dilaksanakan dengan berkesan dan sempurna tanpa sebuah negara Islam? Sama sekali mustahil! Inilah satu dalil yang kuat dan jelas bahawa penegakkan Negara Islam itu adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan.

Firman Allah swt.:

"Dan adakanlah untukku dari sisiMu kekuasaan yang menolongku". (Al-Israa': 80)

"Kekuasaan yang menolongku" di dalam ayat ini ialah sebuah Daulah Islam untuk menguatkan segala suruhan dan larangan Allah di dalam melaksanakan segala dasar dan prinsip Islam. Tanpa negara Islam, segala suruhan dan larangan Allah, segala dasar dan prinsip Islam, tidak dapat dilaksanakan dan dipraktikkan. Nyata sekali pembentukan sebuah negara Islam itu merupakan keperluan mutlak.

Ibn Taimiyah mengatakan:

"…… bahawa pentadbiran hal ehwal manusia adalah kewajipan agama yang terbesar; bahkan realitinya ialah bahawa agama tidak dapat wujud tanpanya". "Segala kewajipan agama seperti jihad, keadilan, urusan haji, membantu orang-orang yang tertindas dan penguatkuasaan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa kuasa dan autoriti".

Mengenai ayat di atas (Al-Hadiid: 25), Ibn Taimiyah mengatakan:

"Sebuah negara Islam yang kuat dan berkuasa adalah sangat-sangat diperlukan. Sesungguhnya kedaulatan (negara Islam) ialah bayangan Allah di bumi, dan bahawasanya enam puluh tahun pemerintahan di bawah pemerintahan yang zalim adalah lebih baik daripada satu malam tanpa pemerintahan".

Ibn Taimiyah juga mengatakan bahawa agama yang sebenar mestilah mempunyai "kitab" yang memberi petunjuk (al-Quran) dan "senjata" yang membantu (autoriti).

Oleh itu penegakkan negara Islam adalah satu perintah Laailaahaillallah (Rububiyah dan Uluhiyah). Negara Islam di Madiah pula adalah satu Sunnah Rasul. Pandangan-pandangan Ibn Taimiyah di atas adalah berbentuk huraian-huraian lanjut kepada doktrin Laailaahaillallah itu sendiri yang, di antara yang terpentingnya, memerintahkan penganut-penganutnya untuk menegakkan sebuah negara Islam dan menentang negara kafir supaya pengabdian yang total itu hanya kepada Allah sahaja.

OsamaLaden


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 4 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com