Brain and Money Work (BMW) telah disiarkan. Kini Brain and Media Win (BMW) disebabkan terdapat ramai think-tank mereka berada di menara gading. Ada Universiti UMMNO Malaysia (UUM) di Sintok, UMMNO Malaya (UM) di Lembah Pantai, UMMNO Kuda Melayu (UKM) di Bangi dan bermacam-macam UMMNO (pinjaman dari Pak Amin Sapiro) lagi.
Di kala negara hendak mencapai kemerdekaan cendekiawan Melayu walaupun mereka tidak berPhD tetapi semangat juang yang kental tidak pernah luntur mengasak penjajah keluar dari bumi ini. Tetapi setelah merdeka, segelintir cendekiawan Melayu opportunist menghentam minda rakyat sendiri. Adakah ijazah yang bergulung digunakan untuk memperbodohkan rakyat? Sila renung siapa yang membiayai pelajaran kamu semasa di universiti dulu? Adakah duit UMNO atau duit rakyat?
Fakta yang mereka kemukakan hanya layak diberikan untuk kuliah sahaja. Mungkin nota-nota kuliah tidak diupdatekan atau sudah berlapuk transparencynya. Mereka duduk senang lenang di bilik aircondition tetapi jarang bersama-sama rakyat di warong-warong kopi mendengar luahan hati mereka. Cendekiawan ini tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat sudah tidak ambil peduli samada mereka berPhD atau tidak. Who cares, sebab mereka tidak peka hasrat rakyat.
Pelajar-pelajar universiti telah memihak kepada BA sudah diakui oleh Pak Menteri. Tetapi sayang seribu sayang, Pak/Mak Professor masih lagi dibuai mimpi. Ini bermakna mahasiswa-mahasiswa lebih bijak menapis maklumat dari mahaguru mereka. Dunia belum kiamat tetapi anak murid lebih cerdik dari guru. Ini yang membimbangkan pucuk pimpinan UMNO/BN sehingga ada yang tidak dapat tidur malam kepanasan. Doa orang-orang yang dizalimi diangkat terus tanpa ada sekatan.
Ucapan dan susunan kata-kata begitu teratur. Kawalan nada suara yang lembut serta tidak gopoh adalah satu tektik mereka menarik perhatian ramai. Ini adalah tektik lama sudah ketinggalan zaman. Rakyat lebih berminat mendengar ceramah yang energetic lagi power di millineum baru dengan fakta-fakta terkini bukan dari buku-buku rujukan yang dipublishkan di tahun 60an.
Tidak semua cendekiawan Melayu menangguk di air keruh. Majoriti daripada mereka telah tahu keadaan sebenarnya. Minda mereka terbuka luas. Oleh itu sedarlah segelintir cendekiawan yang belum bercendawan. Media di cyberspace kini menjadi pilihan.
Kopi Openg