Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Keluhan seorang reformis

Assalamualaikum

Saya hanya menyuarakan perasaan saya terhadap pertemuan PAS-UMNO yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya merasakan PAS telah membuat satu kesilapan besar berunding dengan UMNO. Setelah 10 tahun berjuang mentadbir Kelantan dan sekarang Terengganu, PAS seolah-olah mengambil jalan mudah untuk berunding dengan UMNO.

Ramai yang tahu UMNO merupakan kaki belit dan licik dalam membuat sesuatu. Saya pasti setiap ahli di dalam Majlis tertinggi PAS maklum tentang sikap dan sifat UMNO. Mereka tidak akan melakukan sesuatu jika mereka tidak akan mendapat rezeki/keuntungan. Contoh terbesar ialah perdebatan antara Mahfuz dan Hishamuddin yang sampai sekarang masih lagi di awang-awangan. Mengapa mereka tidak bersungguh-sungguh dalam merealitikan majlis debat itu? Jawapannya mudah, mereka tidak nampak Hishamuddin sekurang-kurangnya mencabar Mahfuz kerana UMNO tiada modal untuk berdebat. Panggilan Hishamuddin pondan mungkin bersesuaian dengan sikap Hishamuddin yang berdolah dalih. Pernahkah UMNO cuba untuk mengambil nasihat dan teguran PAS sebelum ini? Bagaimanakah suasana Parlimen di negeri-negeri di tadbir UMNO, benarkah mereka cuba membela nasib rakyat? Mereka bongkak dengan kuasa yang ada, mereka mencela pihak altenatif dengan bahasa yang tidak patut dituturkan, dan tidak kurang samsengnya menumbuk wakil rakyat barisan alternatif ketika sessi rehat parlimen. Mestikah PAS berunding dengan orang yang sebegini rupa.

Ini adalah keluhan seorang reformis yang memikirkan setiap detik dan saat yang berlalu, kita mungkin mengorbankan riwayat seorang rakyat Malaysia yang benar-benar layak untuk mentadbir Malaysia, sekarang ini beliau sedang tenat di kamar hospital dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah isu perpaduan melayu patut dibincangkan sedangkan perkara seperti rasuah, salah laku dan penyalahgunaan kuasa, kronisme dan nepotisme berleluasa di kalangan menteri-menteri. Isu perpaduan melayu/sejagat merupakan isu untuk melencong permikiran rakyat Malaysia daripada malasah sebenar kabinet Malaysia. Isu BBM cuba dijadikan isu semasa, pergolakan di negara-negara dunia ketiga dijadikan contoh jika UMNO tidak berkuasa, isu melayu Singapura dan Malaysia remeh temeh tapi dibesar-besarkan umpama gunung berapi meletup di Malaysia, paparkan gambar muka berkerut pun salah, barisan alternatif agen asing dan banyak lagi isu ini merupakan isu remeh temeh semata-mata.

Saya berpendapat jika menteri-menteri luhur dan telus semuanya akan berjalan dengan baik. Tetapi jika menteri-menteri busuk dan tamak maka akan kucar kacirlah negara. Pelbagai contoh boleh diketengahkan seperti peningkatan gejala dadah, HIV, kes bunuh, penyakit mental, seks sebelum kahwin (zina), minuman keras, dan judi adalah antara masalah sosial utama negara. Kalau dibandingkan dengan menteri-menteri sekarang, saya berpendapat mereka juga tidak kurang sama liar seperti remaja-remaja sekarang.

Kita belum berkuasa, kita belum sepakat, kita belum tekad untuk membasmi kebatilan dan kemungkaran.

Jikalau kita sepakat, Mahathir sudah lama dipenjara
Jikalau kita sepakat, UMNO sudah lama berkubur
Jikalau kita sepakat, polis akan gentar melihat reformis-reformis
Jikalau kita sepakat, penjara taiping, sg buluh dan banyak lagi dipenuhi dengan bekas menteri-menteri
Jikalau kita sepakat, duit negara kan selamat
Jikalau kita sepakat, universiti-univeristi tidak lagi dikorporat
Jikalau kita sepakat, orang kampung tak garu kepala bayar bil perubatan
Jikalau kita sepakat, wang dilabur secara halal
Jikalau kita sepakat, negara tidak kucar-kacir
Jikalau kita sepakat, Anwar Ibrahim dapat mentadbir negara Jikalau kita sepakat, negara kan aman

lawan tetap lawan
Nia Iskandar


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com