Assalamualaikum dan salam bahagia.
Pagi ini di akhbar, PAS mengeluarkan 4 syarat utama kepada Umno sebelum meneruskan dialog melayu bersatu. Nampaknya agak susah, terutama yang isu nombor satu, DSR Anwar Ibrahim.
Nombor satu susah adalah Dr. Mahadhir, orang melayu lain tak apa boleh revise balik perbicaraan Anwar.
Tapi sebelum itu,
di TV ada beberapa kali di siarkan ulang temuramah Timbalan Menteri Besar Kelantan Hj. Abd. Halim, katanya; Adalah baik pembinaan Putra Jaya, baik kerana seperti Washington DC dan Downing Street, di mana menempatkan pemimpin -pemimpin setempat.
Ini fikiran yang hairan dan sekular. Pemimpin yang waraq itu adalah hamba kepada ummatnya, bukannya berlagak duduk mengasingkan diri. Hingga waraqnya pemimpin itu menjadi khadam sampai tak perasan itulah pemimpinnya.
Lihatlah contoh Khalifah Abubakar dan Omar Al Khatab.
jadi Dewan Ulamak PAS dan ustaz-ustaz PAS kena terus memberi tarbiah Islamiah kepada DUN dan MP PAS, jangan sampai perangai mereka itu seperti kacang lupakan kulit.
Lihat sepintas, MP dan ADUN PAS Terengganu, bila dah memegang jawatan, syiar Islam dah tak nampak lagi. Yang nampak syiar thorgut sekularisma. Islamnya hanya tinggal di mulut ucapannya sahaja.
Inilah tanggung jawab sebelum nasi menjadi bubur.
Maaf , teguran kerana Allah Taala.
Muawiah