Assalamualaikum dan sejahtera.
Nak sambung hal kupiah,
kalau membaca email saudara Matin,
mungkin boleh dirumuskan sekarang Setiausaha Agung itu sedang bercuti dari menjadi seorang ustaz. Sekarang dia politician.
Sekarang ini tak timbul masalah tak standard, ustaz Hj.Nik Aziz dan Ustaz Hadi pun sekarang masih standard. Yang tak standard dan ketinggalan zaman adalah orang yang telanjang mendedah aurat.
Tapi apa salahnya ia mengekalkan etika serentak, seorang ustaz dan setiausaha agung. Pasal setiausaha agung juga mesti hidup ikut sunnah Rasul dan mengurus partai ikut sunnah Rasul.
Jangan nanti dah pencen politician , baru nak jadi ustaz balik, macam sumpah-sumpah pula.
Maaf, teguran kerana Allah Taala.