Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Mana Ada Syoknya

Mana Ada Syoknya
(Not Much Fun)
S. Jayasankaran/Kuala Lumpur
REVIEW Issu cover-dated March 1, 2001.

Impian Kuala Lumpur mahu menjadi sebuah pusat kewangan serantau sudah lama diperlekehkan oleh penganalis asing sebaik sahaja kerajaan menguatkuasakan kawalan modal pada Sepember 1998. Namun impian itu masih diperam lagi danmungkin diperteguhkan secara terkini pada Februari 22 apabila Menteri Kewangan Tun Daim mendedahkan rancangan induk pasaran modal negara. Itulah dasar jangka panjang mengenai perbankan, insuran, stokbroking, pasaran bon dan pengurusan dana. “Saya menjangka berlakuknya beberana ruang liberalisasi dan penunduran undang-undang di sektor kewangan walaupun tindakan itu mungkin dibuat secara perlahan,” kata seorang ketua firma broker saham asing di Kuala Lumpur.

Ketika berlakunya kegawatan kewangan dulu, terdapat satu krisis keyakinan di kalangan banyak institusi di Malaysia. Kerana takutkan bank tempatan yang mungkin lingkup, para penyimpan telah menarik keluar simpanan mereka dan mengalihkannya ke dalam akaun di bank asing di Malaysia ataupun mengalihkannya terus ke luar negara samasekali. Rancangan terbaru Tun Daim itu berusaha untuk menyekat berlakunya sekali lagi kemunduran keyakinan itu dan cuba untuk meneguhkan institusi kewangan yang ada.

Penggabungan bank-bank telah pun dimandatkan oleh kerajaan. Begitu juga halnya kepada insuran dan industri broker. Banyak lagi perubahan yagn boleh dijangkakan daripada Tun Daim. Para pegawai yang rapat dengan Suruhanjaya Sekuriti yang ditugaskan menyelia pasaran modal, menjangkakan beberapa pengumuman mengenai insentif baru untuk merangsang pasaran bon. Mereka juga menjangkakan perniagan pengurusan dana akan lebih bebas di mana borker asing diberikan talian terus kepada BSKL pada Januari 2003. (Pada waktu ini mereka terpaksa memberikan khidmat kepada pelanggan mereka melalui broker tampatan)

Pada Julai 1995, bekas Menteri Kewangan Anwar Ibrahim telah mencuba satu pakej insentif untuk memancing pengurus dana antarabangsa dan syarikat kewangan serantau yang berpusat di Hongkong agar berpindah ke Kuala Lumpur sebelum kuasa pemerintah wilayah itu kemabli semula kepada China. Ada juga yang menerima pelawaan itu sedangkan majoriti mereka memilih Singapura.

Menyemarakkan Minat Asing

Usaha Daim mungkin tidak memberi penekanan kepada usaha menarik orang asing. Ia lebih memberi penekanan untuk memperteguhkan pasaran modal Malaysia agar menjadi lebih berkesan. Untuk menghidupkan kembali minat asing yang telah begitu lama kering kontang di pasaran BSKL sejak pertengahan 2000 dulu, para analis mengharapkan beliau akan memberi penekanan kepada ketelusan dan penerajuan korporat yang disokong oleh penguatkuasaan yang jitu.

Pengurus dana tempatan memang mengalukan usaha Daim. Ada sebanyak 34 syarikat pengurusan dana yang menguruskan sekitar 52juta ringgit ($13.7 bilion) yang menyumbang hanya kurang 8% kepada modal keseluruhan BSKL. Ini adalah 20% hingga 40% lebih rendah daripada kebiasaan di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat. Tabung dana amanah yang ditaja oleh kerajaan untuk orang Melayu merupakan 80% daripada kewangan yang terurus, dengan bakinya adalah membabitkan wang orang awam.

Dana tempatan hanya boleh melabur di Malaysia. Usaha membenarkan dana tempatan dilabur di luar telah dipengapkan sebaik sahaja pengawalan matawang dilaksanakan. “Dalam hal kebebasan membuat pilihan, kami memang bderada di bahagian corot sekali,” kata seorang pegawai bank. “Apabila globalisasi semakin menjadi, semua perkara ini akan menjadi perkara yang mustahak diuruskan.”

Ketandusan pilihan inilah yang membantu dana tabung bersama (mutual fund) tempatan. Setidak-tidaknya dana jenis ini telah menghasilkan pulangan di antara 8% hingga 35% berbanding pulangan sekitar 3%-4% yang dihasilkan oleh pendepositan bank. “Kalau dibandingkan pulangan yang dibuat oleh simpanan bank dengan dana tabung bersama, memang tidak ada pertandingannya,” kata Edmund cheah, yang mengetuai sebuah Kuala Lumpur Mutual Fund, yang merupakan firma awam terbesar dengan simpanan sebanyak 2 bilion ringgit. “Tetapi, kalau sekatan ditarik balik, akan berlaku banyak penghijrahan modal yang besar, kerana wujudnya perbezaan antara kadar Amerika dengan yang kita punyai.

Membebaskan dana dariapa Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dikuasai oleh kerajaan itu akan menaikkan lagi kegiatan pengurusan dana. KWSP ialah satu tabung persaraan terbesar negara yang mempunyai aset sebanyak 150 bilion ringgit. Dasar pelaburannya memang sengaja terhad. Sebagai contohnya hanya 20% dana tabung itu yang dilaburkan dalam ekuiti. Ramai peara penganlais menjangkakan Daim akan mempergiatkan bisnes dengan membenarkan KWSP untuk membenarkan pengurusan dana secara kontrak kepada pengurus dana luar agar lebih banyak wang lagi yang akan dilabur di pasaran saham.

Akhirnya nanti, impian Malaysia untuk menjadi sebuah hab kewangan serantau akan berlegar-legar sahaja tanpa haluannya tanpa sebarang penarikan terhadap kawalan modal secara yang menyeluruh. “Kalau rakyat Malaysia tidak diberikan pilihan untuk melabur di mana sahaja, kenapakah pula sesaorang itu mesti datang ke sini untuk melabur wangnya?” tanya seorang broker asing.

....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua

Jawapan Penterjemah:
Apabila kawalan kewangan berlegar-legar tanpa keruan, ia adalah laksana anak rusa yang kehilangan arah, hanya menunggu sekumpulan serigala datang menjatuhkannya dan memamah badannya sehingga tulang sumsumnya. Inilah nasib Darulboleh.....!!!!-MT-


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com