Menggigit Kuasa Yang Menggugat
(Shaking the Party Grip On Power)
Oleh: Lorien Holland / Kuala Lumpur
Issue Cover dated March 1, 2001
Sikap menuduh Pardana Menteri Mahathir Mohamad kerana kronisme dan otokratik adalah amalan biasa parti pembangkang di malaysia.Tetapi, pada Februari 4 yang lalu, kumpulan manusia yang berhimpun di Kuala Lumpur dengan disertai oleh 3,000 ahli parti yang memrintah, tentu membuat para politikus bangkit membeliakkan mata.
“Apa yang telah terjadi memabawa makna yang besar sekali,” kata Mohamad Ezam Nor, ketua pemuda Keadilan. “memang amat jrang untuk melihatkan orang-orang daripada partinya yang keluar berhimpun beramai-ramai untuk mengganyangnya.”
Memang jelas, Mahathir sudah merasakan dirinya tergugat. Satu ketika dulu, beberapa teman-temannya dalam UMNO yang mengetuai kerajaan koalisi yang memerintah, hampir-hampir berjaya menyingkirkannya pada 1987. Sebelas tahun kemudiannya, dia telah dihantui protes jalanan, satu parti yang sudah berpecah belah dan cemohan daripada dunia luar kerana tindakannya memecat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam dua episod ini dia telah bertegas menentang mereka dan menang. Tetapi, keadaan sudah berubah. Serangan yang menggitinya yang sudah pun berusia 75 tahun itu, bukannya datang daripada saingan fisikal. Yang lebih menekan ialah kemungkinan pihak pembangkang mampu memecahkan benteng monopoli kuasa yang telah dipegang oleh kerajaan yang sedang memerintah sejak 1957, dan memenangi pilihan raya umum pada 2004. Mahathir sedagnadigigit oleh bisikan desas-desus yang bertiup bertali arus di kalangan para pemimpin kanan parti bahawa dia sudah dihambat oleh pihak lawan dan tidak lagi layak memegang kuasa untuk bertahan.
“Belum pernah kuasa itu dicabar begitu hebat seperti sekarang ini,” kata Patricia Martinez, seorang fellow penyelidik kanan mengenai kajian Agama dan budaya di Universiti Malaya. “Selama ini UMNO sudah biasa dengan sokongan rakyat marhaen. Kini, sudah muncul pendapat yang pelbagai, sehinggakan mereka tersasar ke arah mana yang perlu dituju.”
Ibruahim Ali, peneraju himpunan Februari 4 dulu yang berlangsung di Putra World Trade Centere (PWTC) Kuala Lumpur; telah bijak memanipulasi keresahan akar umbi parti untuk mengerakkan semangat agar orang Melayu bersatu dan membantu UMNO bangkit kembali menyanggah parti pembangkang yang semakin kuat berjuang. Ibrahim memang terkenal dengan gelagat memihak kepada pencabar Mahathir pada 1987 dulu, tetapi kali ini dia dikatakan telah mendapatkan restu Mahathir terlebih dulu untuk melaungkan suara jagoannya di bawah satu panji-panji baru. Tertubuhlah satu badan yang bernama Badan Bertindak Melayu (BBM) ataupun dalam bahasa Matsalleh: Malay Action Front (MAF).
Hanya dua pemidato daripada jumlah sedozen yang berdiri di khalayak ramai yang bercakap mengenai ugutan yang dicetuskan oleh masyarakat Cina. Pemidato yang lain telah memilih untuk menghiburkan hati manusia yang berhimpun untuk terus mengutuk dan mencemuh pucuk kempimpinann parti. Kebanyakan pemidato ini adalah bekas selebriti UMNO ataupun pemimpin pencen yang telah dipinggirkan. Mereka bercakap mengenai kepimpinann parti yang telah menyimpang daripada semangat perjuangan parti. Mereka mahu Umno membasmikan rasuah dan kronisma. Mahathir telah menerima banyak kutukan dan diminta membersihkan kabinetnya. Yang paling menonjol ialah cara kerajaan membeli balik saham MAS daripada seorang korporat dengan harganya dua kali ganda daripada harga pasaran. Inilah yang diserang bertubi-kali oleh pihak pembangkang sedangkan kerajaan diam membisu mengenainya.
Apabila berakhir sahaja himpunan itu Ibrahim Ali masih bertegas bahawa usahanya itu adalah untuk memperteguhkan kepimpinan parti dan bukannya untuk menyanggahnya. Dia telah memberitahu REVIEW: “Kumpulan kami adalah laksana cili pedas. Rasanya pedas, tetapi tanpanya makanan kita menjadi tawar. Pihak pembangkang sedang mengambil peluang daripada keadaan tawar-hambar ini, kerana itu kami mah kerajaan bangkit menyelesaikan perkara ini. Mereka mungkin mempunyai alasan (mengenai MAS) tetapi alasan itu belum dijelaskan lagi dan kerana itu pembangkang masih lagi memperlekehkan kerajaan.
Namun, rama para analis mula menyoal apakah sudah muncul satu agenda tersurat untuk melumpuhkan Mahathir daripada dalam parti itu sendiri. “Kalau kata-kata itu tadi telah diucapkan oleh pihak pembangkang, para pemidato itu sudah pasti dituduh di bawah akta hasutan dan lebih teruk lagi,: kata Harakah, akhbar PAS yang kini menjadi ketua parti pembangkang. “Apa yang cuba dilakukan oleh BBM tidaklah begitu serius apabila dibandingkan dengan apa yang telah dilakukannya. Secara terbuka dan sah, mereka telah mencabar Mahathir yang sedang memegang kuasa.”
Mahathir telah membuat rumusan yang sama. Seramai 47 ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah bersidang secara tertutup selama dua Mengikut tiga orang ahli MT yang hadir, tidak siapa pun yang bercakap untuk berpihak kepada BBM, walaupun Ibrahim Ali pernah menyatakan dia menerima sokongan lebih daripada 10 ahli MT sebelum persidangan dimulakan.
UMNO Yang Semakin Lumpuh
Di satu kenyataannya selepas itu, Mahthir ada berkata betapa BBM telah mencetuskan satu suasana seperti sebuah parti yang membangkang. “Saya memang tidak faham perkara ini. Pada mulanya mereka berjumpa dengan saya, mereka kata mahu menganjurkan perhimpunan ini untuk menyatukan orang Melayu,” kata beliau.
Yang lebih penting lagi, himpunan itu tidak mampu menyatupadukan orang UMNO untuk mendapatkan kembali sokongan yang hilang. Sebaliknya, Mahathir telah bertindak untuk memeram BBM itu dengan menghentikan sokongan UMNO terhadapnya dan menentukan tidak ada permit (polis) dibenarkan kepada mereka. BBM telah menerima jemputan untuk mengadakan perhimpunann itu di 18 lokasi seluruh Malaysia dan telah merancangkan satu ceramah jalanan untuk mendekati rakyat marhaen.
Ramai pemimpin UMNO beranggapan bahawa tindakan Ibrahim Ali itu sengaja mengerohkan suasana. “Kebanyakan isu yang mereka bangkitkan adalah perkara yang menghantui kami juga. Apabila Ibrahim Ali mendedahkan perkara ini, ia menyulitkan usaha kami menyelesaikannya. Ia akan menyulitkan kedudukan Ibrahim Ali juga,” kata seorang veteran UMNO.
“Seolah-olah ada satu keadaan lumpuh sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani bangun dan memberitahu beliau (Mahathir) untuk mengundurkan diri kerana suara protes di akar-umbi semakin kuat gemanya setiap hari,” kata beliau lagi.
Berbeza dengan kegagalan UMO untuk bertindak, parti pembangkang yang selama ini tidak pernah dapat termimpi memenangi pemilu sehinggalah Mahathir mengnyahkan Anwar, sedang mara kehadapat dengan kuat dan hebat. Setakat ini, kemuncak kehebatan mereka berlaku apabila mereka memenangi pilihanraya kecil DUN Lunas pada November lalu. Inilah kerusi yang merupakan kubu kuat kerajaan sejak tercapainya kemerdekaan. Sejak BBM mengehenyak Mahathirdan masalah UMNO, pihak pembangkang telah melancarkan empat perhimpunann rakyat mendesak agar Mahathir mundur. Satu perhimpunann itu telah dilangsungkan di kawasan pilihanraya Mahathir pada Februari 14 yang disertai oleh ribuan manusia. Polis pencegah rusuhan telah menggunakan gas dan air (berasid-penterjemah) untuk melemahkan manusia yang berhimpun itu.
Isu-isu penting yang membuatkan orang lari daripada UMNO adalah peranan Islam, ketidaktelusan kerajaan dan dasar diskriminasi positif di mana cara orang Melayu dibantu itu telah lihat sebagai cara memperkayakan orang yang sudah kaya raya seperti peniaga Melayu berlebih-lebihan daripada Melayu marhaen. Mahathir menentang tuduhan itu dan memberi amaran bahawa usaha pembentukan sebuah negara Islam akan memecahkan jurang perbezaan di antara tiga kaum yang besar di negara ini.
Namun demikian, mengikut sumber daripada UMNO sendiri, lebih setengah pengundi Melayu telah pun berpindah ke khemah pembangkang. Daripada jumlah keseluruhan pengundi yang ada 40% pengundi India masih lagi bertahan dengan parti BN sedangkan pengundi cina masih belum dapat ditentukan kesetiannya.
Terdapat 27% pengundi cina di kalangan penduduk negara ini. Kuasa mengundi mereka akan menentukan nasib kerajaan yang sedang memerintah. Apatah lagi apabila kuasa undi Melayu sudah berpecah-pecah. Mahathir tidak berusaha mendapatkan undi orang Cina kerana kerap sangat memperlekehkan mereka.
“Trik yang paling tua dalam buku tipu muslihat ialah menyerang orang Cina untuk mendapatkan balik simpati orang Melayu. Tetapi, itu adalah trik lama dengan congak politik yang usang,” kata Kua Kia Soon, pengetua New Era College di Kuala Lumpur. Kua pernah menjadi Ahli perlimen parti pembangkang.
Untuk terus memancaing undi orang Melayu UMNO kini cuba memujuk PAS untuk berunding mengenai “Perpaduan Melayu” dan telah memainkan isu menawarkan jawatan kabinet kepada PAS sekiranya ia menyertai Barisan Nasional. Tetapi, pihak pembangkang sedang menentangnya sambil berjanji menghormati budaya cina dan menjanjikan pembikinan banyak sekolah Cina lagi. “Kami nampak betapa sokongan akar umbi yang sudah bertukar, tetapi kami tidak mampu membincangkan isu yang hangat ini tanpa menaikkan marahnya.” Demikiaan pendapat seorang veteran UMNO yang menyedari betapa UMNO sudah tersedak. “Kalau kita telah lama berkuasa kita perlu mencari tenaga muda, tetapi sebarang usaha ke arah ini akan dianggap sebagai menentang Mahathir.”
Mahathir telah berkata dia tidak mahu bertanding lagi pada 2004. Tetapi masih ada tiga tahun lagi dan dia masih lagi samar-samar dengan ketegasan untuk menyerahkan kuasa yang ada padanya. Dalam satu pertemuan dengan para peniaga British dia telah menolak berita angin mengenai persaraannya. Dia telah berkata bahawa ini masanya untuk bertenang dan memberikan tumpuan kepada kemajuan negara.
Dari perhitungan rasmi, dia memang nyata mempunyai mandat yang jelas kerana parti komponen BN menikmati dua pertiga majoriti dalam parlimen. Suasana perbalahan pucuk pimipinan parti tidaklah setara dengan keadaan pada 1987 dulu di mana diamenang pertandingan kepimpinann parti. Ada satu konsensus politik yang beranggapan bahawa Mahathir mendapt sokongan penuh daripada tiga tokoh penting dalam parti: Timbalan Perdana Menteri dan Calon Pengganti Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Kewangan Tun Abdul Daim dan Menteri Pertahanan Najib Razak. Satu ketika dulu orang menganggap Abdullah tidak mampu bertahan, rupanya bukan begitu pula.
Baru-baru ini Mahathir telah bertegas menyatakan bahawa UMNO dan parti komponenn BN akan menang lagi di pemilu yang mendatang walaupun dengan majoriti yang berkurangan. Namun, kesetiaan akar umbi parti masih lagi samar-samar sahaja. Di Malaysia bukan ada sebarang pilihan pendapat (opinion polls) dan pemilihan di bahagian akan bermula pada buln April. Ketika uitu akraumbi UMNO akan memilih para perwakilan untuk menghadiri persidangan tahunan UMNO dan mereka akan menjadi perhatian pucuk pimpinan parti. Mengikut seorang ahli MT, hampir semua pemegang jawatan ketua bahagian akan dicabar dan kecenderongan politik pemenang itu nanti akan menunjukkan apakah Ibrahim Ali mempunyai ramalan yang tepat dalam memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti.
Secara teori, perwakilan di persidangan tahunan UMNO boleh menaruh undi tidak percaya kepada kepimpinan yang akan menghumbankan Mahathir dari pucuk pimpinan parti. Teapi, persidangan tahunan itu adalah satu lakonan sandiwara yang sungguh hebat sehinggakan usaha undi tidak percaya itu tidak mungkin akan berjaya. Begitu juga dengan segala himpunan dan protes jalanan seperti yang terdapat di Filipina dan Indonesia yang mampu menggulingkan Joseph Estrada dan hampir juga menumbangkan Abdurrahman Wahid.
“Saya fikir keadaan sudah banyak berubah, rakyat marhaen akan sedia menunggukan pemilu yang lagi satu,” kata seorang veteran UMNO, sebagai satu amaran yang sudah pasti mencuit perasaan takut di kalangan penyokong UMO.
“Waktu itu barulah PAS, Keadilan dan DAP (parti pembangkang Cina) akan membentuk satu kerajaan baru di negara ini. Akan wujud seorang timbalan perdana menteri Cina. PAS akan bersetuju menglaksanakan undang-undang Islam hanya di negeri yang ramai penduduk Islamnya dan itu sahaja.”
....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua