Rayuan Seorang Wanita Bidayuh Kepada Perdana Menteri
(MGG: A Bidayuh Lady Appeals ToThe Prime Minister)
Besar kemungkinannya pilihanraya umum peringkat negeri akan dilaksanakan di Sarawak, awal bulan hadapan. Perdana Menteri sedang membuat lawatannya di sana untuk memancing undi penyokong Barisan Nasional. Pada kali ini dia tidak berapa selesa dengan ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, seperti yang pernah mereka jalini dulu-dulu. Dia seolah-olah lebih cenderung kepada orang lain dari luar Parti Bersatu Bumiputra yang sinonim dengan “UMNO” dalam gagasan Barisan Nasional Sarawak. Mungkin jua sebagai satu alternatif dia lebih selesa dengan seorang ahli kabinetnya Dato’ Effendi Norwawi. Di Sarawak, Tan Sri Taib sudah ternyata sudah melepasi tarikh gunanya kepada kerajaan negeri dan kepada Barisan Nasional, persis yang dialami sendiri oleh perdana menteri secara keseluruhannya di negara ini. Semua ini sedanga dilakonkan secara berselindung di sebalik tabir.
Ada satu perkara kecil yang memang tidak pernah diduga oleh pihak yang berkuasa, apabila sehelai surat telah diserahkan kepada perdana menteri di Kucing pada hari Khamis 22 Februari, 01. Surat itu datangnya daripada seoranng wanita di Payau Achau, sebuah kampung Bidayuh yang terpinggir kira-kira 20 minit perjalanan dengan berkereta daripada Serian. Surat itu merupakan satu salinan kepada surat yang sama yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, satu minggu sebelum itu. Satu salinan surat itu sudah pun dikirimkan kepada seorang pemimpin pembangkang di Kuala Lumpur. Kita tidak tahu apakah isi kandungan surat itu, tetapi wanita itu memang dikenali di kampung itu sebagai isteri (mengikut hukum alam) kepada seorang pemimpin Barisan Nasional Sarawak selama empat tahun di awal tujuh puluhan dulu.
Wanita ini, khabarnya telahpun melahirkan seorang anak lelaki hasil perhubungan itu dan anaknya kini bekerja di sebuah kilang membuat bumbung di Kuching. Mungkin juga cerita ini adalah satu usaha untuk memeras ugut tokoh politik ini, tetapi saya tidak fikir begitu. Rakyat marhaen yang mempunyai masalah tidak bertindak melulu semata-mata kerana mereka ditipu. Adalah tidak bersalah anuntuk mengandaikan bahawa tokoh politik ini tidak pun mengiktiraf wanita itu dan juga anak mereka.
Kisah ini sengaja dibesar-besarkan di halaman web Sarawak sambil mengutuk kerajaan. Ia tersibar luas di negeri itu melalui perbualan. Saya telah menelefon seorang teman di Miri mengenai desas-desus ini dan dia telah memperakukannya sebagai sesuatu yang memang diketahui oleh penduduk Miri. Kalau perkara itu diketahui oleh orang Miri, tidak payahlah bertaruh kalau-kalau orang negeri itu tidak mengetahuinya. Kerajaan dan para pemimpinnnya sengaja diam membatu dalam perkara ini sambil mengharapkan ia akan lesap di angin lalu seperti beberapa skandal yang dulu-dulu. Selalunya kalau skandal itu membabitkan pemimpin Barisan Nasional, orang itu mampu bertahan mengharunginya. Saya memang tahu banyak skandal yang tidak diberikan liputan akhbar ataupun sampai ke pengetahuan umum. Kisah terbaru ini mungkin satu lagi skandal yang tidak diberi ruang dimedia masa. Tetapi, tidak mungkin ia dapat ditutup dengan nyiru sahaja.
Inilah skandal yang sedang menghantui Tan Sri Taib di luar dugaan sesiapa sahaja. Sejak tiga dekad yang lalu, jawatan ketua menteri Sarawak telah dijadikan satu warisan keluarga, selepas Taib menggantikan bapa saudaranya, Tun abdul Rahman Yaakub, yang kini merupakan musuh ketatnya. Apabila bekas Yang DiPertua Negeri yang sudah berusia 79 tahun terpaksa ditabalkan balik ke jawatan yang pernah ditinggalkannya, menunjukkan di sudah terlalu kebingungan. Dia tidak boleh mencadangakan nama lain kerana kemungkinan ia mencetuskan masalah besar. Lagipun dia memerlukan sesaorang di istana yang akan memihak kepadanya seandainya dia mempunyai peluang untuk menjadi ketua menteri sekali lagi. Ramai para analis di Sarawak percaya betapa Barisan Nasional Sarawak akan berjaya lagi, tetapi sama ada Taib boleh menang lagi, tidak ramai yang pasti. Dia sedang dihantui masalah untuk mempertahankan kerusinya. Oleh kerana dia bercadang berubah tempat pencalonan menunjukkan betapa banyak perkara yang tidak menyenangkan sedang menghambatnya.
Inilah peluang yang paling baik untuk pihak pembangkang menghenyak Barisan Nasional dan meremukkan kuasa majoriti mereka. Keupayaan pembangkang menubuhkan satu kerajaan baru bukannya didorong oleh mereka yang tidak mahukan Tan Sri Taib, tetapi oleh satu kuasa yang berpusat di Kuala Lumpur. Inlah yang mengkucar- kacirkan keadaan di negeri itu. Ramai yang mahukan munculnya seorang penyangak yang tidak mudah dikotak-katikkan oleh kerajaan pusat. Undi masyarakat Cina memang penting kali ini. Mereka sedang dibayangi masalah kehilangan beberapa bank kecil kepunyaan masyarakat mereka apabila dikenakan rencana penggabungan. Begitu juga dengan tuntutan Suqui, episod Sekolah Cina Damansara. Semua ini dan banyak lagi, adalah pentanda banyaknya masalah yang besar-besar yang akan dihadapi oleh kerajaan baru yang akan didominasi oleh orang Melayu, di masa depan. Inilah yang mereka cuba elakkan di Sarawak.
Kaum Bumiputra bukan Islam,seperti Dayak dan banyak suku-kaum lagi, merasa telah terpinggir dalam pentadbiran negara di mana mereka berperanaan murahan tanpa harapan untuk melihat kaum mereka sendiri menjadi ketua menteri, satu hari nanti. Barisan Nasional pun sedang mencelaru melihatkan gelagat ketua menteri menguasai semua laksana hantu. Masalahnya, pihak pembangkang tidak mempunyai satu wadah yang seragam, dan dengan kuasa yang ada pada kerajaan, semangat mereka memang pudah dipatahkan. Namun demikian, satu peperangan pilihanraya yang hangat pasti akan muncul juga. Saya masih lagi memikirkan apakah tindakan perdana menteri terhadap surat yang baru diterimanya.
-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.mty
....................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua
Komen Penerjemah:
Soalan terakhir MGG itu mudah saja untuk dijawab. PM tidak akan berbuat
apa-apa,
dengan surat itu kerana dia hanya akan bertindak kalau surat itu ditulis
oleh U.
Felda ataupun mungkin juga ‘Baginda’ Tukang Pelihara Dara Sunti.-MT-