Kalau Gus Dur Mahu Terus Berkuasa
(How Gus Dur Can Survive)
Daripada: The Asia Letter #1875
Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid mempunyai hanya satu pilihan kalau mahu terus kekal berkuasa. Beliau perlu mendengar nasihat yang diberikan oleh empat penasihat asing yang disediakan oleh kerajaannya. Mereka semua adalah jagoan yang memahami masalah dengan lebih jelas lagi daripada pak kiai yang semakin angkuh ini. Apakah dia mampu memahami semua itu adalah soalan yang boleh dijawab di lain waktu.
Para penasihat itu bukannya orang sembarangan. Mereka adalah Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew, bekas pengerusi bank pusat Amerika Paul Volcker, bekas diplomat Jepun Nobuo Matsunaga dan bekas pegawai bank pusat Jarman Ulrich Cartellieri.
Mereka telah mencadangkan agar kerajaan memperbaiki hubungannya semula dengan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) yang telah membantu menyelamatkan Indonesia sejak November 1997 tetapi tidak pernah diberikan penghargaan kerananya. Mereka telah berpendapat selagi reformasi yang berkesan tidak dilaksanakan, keyakinan pelabur tidak boleh diharapkan. Mereka telah memberi ingatan agar tidak mudah terpedaya dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak lima persen tahun lalu, dengan menyatakan bahawa pemacu sebenarnya ialah pertumbuhan ekonom Amerika dan kemewahan kenaikan harga minyak. Kedua-dua unsur ini dijangka menurun tidak lama lagi.
Sebenarnya, tidak ada sesuatu yang terbaru dalam saranan mereka. Itulah juga yang dilaungkan oleh rakyat marhaen selalunya, dalam setiap situasi, yang sepatutnya mampu menggoncang Indonesia untuk bertindak menjadi sebuah negara yang rancak sekali lagi.
Hakikatnya masalah sebenar terletak pada Abdurrahman Wahid juga. Sepatutnya dia mempergunakan sokongan padu rakyt di tahap awal kuasanya dan juga dengan bergeraknya ekonomi negara yang mencetuskan angka pertumbuhan yang merangsangkan. Sebaliknya dia semakin menyimpang dan telah menyalahgunakan segala peluang untuk mengharumkan wibawanya lagi. Dia berjaya bukan sahaja dalam mengurangkan popularitinya di kalangan rakyat yang mengundinya dulu, tetapi dia telah memecah-belahkan Dewan Perundingan Rakyat ketika perpaduan adalah satu kemestian untuk melaksanakan segala usaha mereformasikan negara yang amat diperlukan.
Terdapat seorang menteri lagi yang mungkin tidak mampu meneri manasihat bintang jagoan itu ialah ketua ekonomi dan menteri Rizal Ramli. Rizal menunjukkan kurang senangnnya terhadap kritikan ynag diluahkan. Dia telah melaungkan angka pertumbuhan tahun lalu sebagai petanda kejayaan dasar reformasi negara. Malahan dia telah mencedmuh tindkan IMFmelengahkan pemberian pinjamannya sebagai satu perkara yang sengaja mahu menjeruk hati. Mungkin dia memikirkan bahawa tindakan IMF itu hanya setakat mengurangkan pemberian bantuan sedangkan ia keyakinan masyarakat antarabangsa yang sudah berkurangan.
Semua ciri-ciri reformasi yang menyangkuti kewangan, korporat, kehakiman dan pentadbiran negara yang menjadi intipati perjanjian kerajaan Indonesia dengan IMF sudah menjadi kucar-kacir, dan ada setengahnya yang sudah hampir terpinggir. Ia bukan lagi menjadi satu perkara kecil kepada Indonesia.
Kami percaya Abdurrahman Wahid harus diberikan peluang berkhidmat sehingga pupus ruang kuasanya. Lagipun ini adalah satu demokrasi yang masih belum berjalan betul lagi. Stabiliti negara adalah faktor yang lebih penting lagi. Namun, kalau dia memperlekehkan nasihat yang diberikan oleh penasihat antarabangsa itu, tidak ada sesiapa yang berani meramalkan apa yang akan jadi kepada masa depan poltiknya.
....................................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua