Turki Hentikan Kawalan Matawang
(Turkey Abandons Currency Controls)
Oleh: Ben Holland - Associated Press
Nilai Lira menjunam 27 persen berbanding dollar sebaik sahaja kerajaan menghentikan pengawalan kadar pertukaran matawang untuk mengelakkan krisis yang melibatkan dua pemimpin utama Turki. Di awal dagangan kadar pertukaran di Bank Pusat mencatatkan kadar 950,00lira bagi setiap satu dollar, berbanding 688,000lira pada hari Rabu.
Para pegawai bank memberi amaran bahawa kadar yang lebih meyakinkan hanya dapatdiketahui apabila kerajaan mengumumkan usahanya untukmembendung inflasi di negara itu.
Penurunan nilai lira itu telah meransang kegiatan di pasaran saham. Ia naik lebih 10 persen daripda 7,945mata di sessi pagi, satu hari selepas mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 18 persen. Para analis menjangkakan munculnya inflasi untuk jangka pendek. Kadar inflasi semasa ialah sekitar 30 persen, menurun daripada 70% pada 1999.
Sejak Turki memulakan program anti-inflasi dengan sokongan pinjaman $11bilion dollar daripada IMF, di waktu bermulanya kadar tukaran matawang lira berbanding dollar dan euro. Pinjaman semalaman adalah pada kadar 7,500 persen pada hari Rabu, sehinggakan mencetuskan kegusaran adanya krisis politik yang besar.
Pengguguran kawalan tukaran matawang itu, bererti Turki menghentikan satu unsur penting dalam usaha menstabilkan rancangan ekonomi negara. Kerajaan berkata bahawa ia masih mengekalkan program itu, termasuk mempercepatkan usaha pengswastaan monopoli perkhidmatan telefon talian kekal, negara.
Pengarah Urusan IMF, Horst Koohler, telah mengeluarkan satu kenyataan menyokong tindakan yang dilaksanakan oleh Bank Pusat Turki itu. Kohler berpendapat bahawa keputusan mengapungkan lira Turki itu “sepatutnya dapat membantu menstabilkan kadar pertukaran matawang dan menentukan - mungkin selepas berlakunya kenaikan di tahap awal - penurunan berterusan kepada kadar inflasi.” Kohler juga berkata bahawa IMF akan memberi pertimbangan untuk menyediakan kewangan tambahan kepada Turki dan dia mengsyorkan agar para peminjam tidak menyisihkan bank komersial Turki.
Keputusan kadar pertukaran matawang itu telah diumumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas berlangsungnya perundingan selama 10 jam antara Perdana Menteri Bulent Ecevit beserta para menterinya dengan pegawai Bank Pusat Turki.
....................................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua
Catatan Penterjemah:
Nampaknya unsur-unsur inflasi dan stagflasi di Malaysia sengaja dicetuskan oleh pemerintah tanpa sebab yang munasabah. Apakah kesannya nanti akan mengundang suasana kucar-kacir seperti yang berlaku di Turki? Ini adalah serba mungkin dan memang harus dijangkakan oleh setiap rakyat marhaen. Awasilah dan simpanlah wang yang ada di tempat yang selamat, tidak kiralah kalau di dalam peti yang kalis api di rumah sendiri. Ramai sukusakat dan pewaris KEJAM sudah lama melarikan wang simpanan mereka ke seberang tambak. Cuma mereka lebih bijak daripada orang Melayu yang melarikannya secara ‘kilo’. –MT-