Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Budaya Kesederhanaan

Budaya Kesederhanaan
(TheCult of Mediocrity)
Artikel asal ada di laman ‘Charoscuro’ di Malaysiakini.

Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, sedang serbasalah. Semakin ramai rakyat Malaysia yang dianggapnya tidak peduli lagi dengan budaya kerja dan perkhidmatan mereka. Ini mesti dihentikan, katanya. Memadaikah dengan meraung begini? Dua puluh tahun yang lalu, ketika Dr. Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri, dia mahukan Kuala Lumpur menjadi sebuah badar raya dalam taman yang indah.

Kini, tidak ramai yang bercakap perkara itu sedangkan apa juga ruang kosong yang masih tinggal sedikit itu dirobek-robek untuk dipasang cerusuk bagi mewujudkan bangunan pencakar langit lagi. Di sana-sini kita dapat lihat bagaimana pokok-pokok yang ditanam dengan harga ribuan ringgit tiap sebatang, kini dikerat dan dipunggah beberapa bulan kemudiannya untuk membolehkan kerja-kerja melebarkan jalan.

Paklah menyalahkan etika kerja yang longgar. Apabila rakyat Malaysia lebih selesa melihatkan pendatang haram daripada Indonesia dan Bangladesh membuat kerja-kerja kotor itu bagaimana pula perkara ini boleh mencetuskan etika kerja yang baik? Apakah sudah menjadi satu dasar menggalakkan kesederhanaan dalam pekerjaan di pihak kerajaan dan juga swasta? Sebaik sahaja seorang penyelia itu memalingkan mukanya, orang yang diawasinya pun cabut lari pergi minum kopi, selalunya berkali-kali dalam sehari. Deringan telefon memang selalu dibiarkan begitu di hampir semua jabatan kerajaan.

Bangunan yang memang tidak pernah diselia bertahun lamanya, tiba-tiba sahaja dibersihkan setiap kali ada orang penting datang membuat lawatan. Kalaulah kerja-kerja menyelia bangunan itu dibuat selalu, Kuala Lumpur tidak “menjadi bandaraya kelas bawahan di mana wujudnya struktur bangunan bertaraf kelas utama di sebuah negera kelas dunia ketiga.” Inilah pandangan Abdullah sendiri. Tetapi sebuah negara dunia ketiga tidak semestinya mempunyai budaya kerja yang jijik ataupun negara dunia utama mesti mempunyai budaya kerja yang baik-baik.

Dr. Abdul Kalam, orang yang bertanggungjawab mengetuai program senjata nuklear India pernah ditanya dalam satu wawancara BBC, sebaik sahaja India berjaya meledakkan bom atom ciptaannya; apakah dia sangsi kalau-kalau para pekerja dalam projeknya itu dapat melaksanakan tugas mereka memandangkan sikap mereka yang suka ponteng bila diberikan peluang. Dia menjawab betapa dia amat curiaga kalau dia sendiri dan juga para pakar saintisnya berkemungkinan menghampakan semua petugas itu kerana kegagalan mereka.

Seseorang pekerja India apabila telah dipastikan tugasannya akan melaksanakan tugas itu mengikut kemampuannya yang terbaik sekali.Dia tidak takut kalau tugas itu tidak terlaksana. Dia merasakan puas melaksanakan tugas, tidak kiralah betapa rendahnya anggapan orang terhadap tugasnya itu ataupun apakah tugas itu sesuatu yang membosankan kerana pelru dilakukan berulang-ulang. Dia lebih takut dimarahi orang kalau dia gagal melaksanakan tugasnya. Semua ini bergantung kepada cara dan persepsi seseorang perkerja itu menilai peranannya dalam masyarakat.

Perbezaan sudah semakin ketara di negara ini. Tidak ada sesiapa yang peduli lagi. Memang amat mudah menggaji seorang pekerja Indonesia ataupun Bangla untuk melakukan sesuatu. Abdullah boleh terus bersuara lantang mengenai budaya kesederhanan ini dan tidak ada perubahan yang dapat dilakukan selagi sikap bekerja secara sederhana sudah menjadi satu budaya. Sikap ini tidak lagi terkongkong di kalangan pekerja biasa. Cubalah hubungi sepuluh orang pegawai di satu pagi dan anda akan diberitahu mereka sedang berada di meja mesyuarat yang tidak tentu bila akan berakhirnya. Kalau anda mahu menilai status sesuatu permohonan anda? Jangan haraplah. Pegawai yang berkenaan sedang bercuti dan tidak ada sesiapa pun di situ sebagai pengganti.

Reput Yang Bermula Di Kepala

Baru-baru ini Timbalan Perdana menteri membuat lawatan rasmi ke Singapura. Dia telah ditemani sebaris menteri (pusat) dan ketua menteri dan sekumpulan pegawai yang menjadi ahli kontijennya. Kenapakah perlunya dia membawa begitu ramai tukang iring dengan membazirkan wang kerajaan. Kebanyakan mereka yang mengirinya itu sengaja bersantai dengan menggunakan peruntukan kerajaan sahaja. Bagaimanakah Paklah sanggup mengkritik apabila katikatangan di bahagian bawah perkhidmatan kerajaan itu tidak mahu menjalankan tugas dengan berkesan?

Kereputan pentadbiran Malaysia bermula di kepala, seperti ikan juga. Memang tidak ada panduannya. Hanya kenyataan akan hasratnya. Menteri kabinet memang orang yang pakar dalam perkara ini. Tetapi, mereka juga amat pakar untuk mengengkari sebarang panduan yang dikeluarkan. Begitu juga yang bertugas di setiap kementerian. Media massa memang gemar membesarkan cerita mengenai kelemahan ini. Tetapi, tidak mencetuskan kesan apa-apa. Tidak ada sesiapa yang bersedia mengeluarkan peraturan bertulis agar sesuatu peraturan dipatuhi. Ia hanya merupakan satu kenyataan spontan yang dikeluarkan untuk bahan persidangan akhbar semata-mata. Kerana itu kenyataan demikian tidak perlu di ambil perihatin secara serius.

Jadinya, Abdullah mahukan pekerja kelas bawahan mempunyai etika kerja sedangkan perkara yang sama tidak perlu dikenakan kepada para pegawi dan yang setaraf dengannya. Kita tidak menjadikan usaha menabung kepakaran sebagai satu kemestian. Kita tidak membudayakan kerja yang bermutu tinggi. Kita mempunyai beberapa maktab tusyen yang menyediakan pelajar untuk memasukki ambang universiti untuk mendapatkan kelulusan sarjana mereka. Kerana itu kita mudah bermegah betapa kita unggul dalam industri pendidikan. Inilah caranya kita menggalakkan rakyat Malaysia menjadi doktor perubatan, jurutera, akitek, perancang bandar dan sebagainya.

Kita mudah mengelat dalam setiap tahap kehidupan kita. Apabila kita membeli rumah, tidak lama kemudian kita dapat tahu betapa ia tidak di bina dengan sempurna. Saya belum lagi berjumpa dengan seorang pembeli rumah yang merasa puas dengan pembeliannya kerana ia diusahakan oleh seorang pemaju yang mempunyai sikap yang sama kalau dia membuat sosej. Buatlah pengaduan, dan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan akan menjawab sambil melegakan perasaan anda kenapa anda harus terus tinggal di rumah itu dengan perasaan yang selesa. Tidak kiralah kalau jaminan pemaju itu sudah luput kelmarin dan anda tidak boleh membuat tuntutan lagi.

Masyarakat yang Sakit

Pihak polis terpaksa melancarkan ‘jualan murah’ untuk menggalakkan masyarakat yang berhutang beratus ribu banyaknya dalam bentuk saman yang pihak polis gagal untuk mendapatkannya. Jabatan pengangkutan jalan tiba-tiba sedar betapa puluhan ribu lesen pemandu telah diedarkan secara ajaib. Lihat sahajalah kepada semua kelengkapan stadium yang dibina khas untuk Sukan Komanwel 1998. Semuanya hampir lingkup kerana kekurangan kerja-kerja seliaan. Ia tidak boleh digunakan untuk satu pesta sukan yang besar lagi tanpa membelanjakan ratusan juta ringgit untuk memperbaikki dan menggantikan barangan yang telah lama hilang kerana sengaja dicuri orang. Semua ini adalah satu gambaran betapa masyarakat Malaysia sedang diserang penyakit yang sengaja diabaikan oleh kerajaan.

Satu ketika dulu kerajaan menjadi tertekan kerana kekurangan tenaga manusia sehingga melaksanakan satu projek agar ada satu juta manusia bekerja dengannya. Tidak ada satu usaha sehinga kini untuk menilai apakah semua yang diambil bekerja itu betul-betul membuat kerja. Begitulah segterusnya. Kerana itu, apa perlunya membersihkan Kuala Lumpur kerana timbalan perdana menteri naik marah?

Kalau Abdullah serius dengan kenyataannya, dia harus mulakan merombak sikap di bahagian atasan. Di sinilah mulanya segala kereputan itu. Eloklah dia mendedahkan para menteri dan ketua jabatan yang tidak menjalankan tugas. Ia harus menjadikan urusan itu sesuatu yang diutamakan sementara dia masih menjadi timbalan perdana menteri dan sehingga dia menjawat jawatan perdana menteri, kalaulah nasib memihak kepadanya. Dia mesti menunjukkan tauladan, walaupun kita tahu dia tidak berupaya melakukannya. Inilah yang dirasai oleh perdana menteri selepas berkuasa selama dua puluh tahun. Inilah juga yang akan diketahui oleh seorang perdana menteri pada 2020 nanti.

Untuk melakukan perubahan kepada semua itu, mesti ada reformasi terhadap sikap dan persepsi. Inilah sesuatu yang tidak akan disetujui oleh pentadbiran Barisan Nasional. Menuduh sebahagian masyarakat kerana tidak mahu bersikap unggul tidak akan merobah keadaan. Apabila tidak ada sebarang imbohan untuk melakukan perubahan dan apabila lebih menguntungkan sesaorang itu kalau dia mengikut sikap dan gelagat ramai, apakah gunanya dia melakukan perubahan? Inilah budaya kerja di bahagian atasan. Kalau ia dicontohi di bahagian bawahan apakah kita mesti hairan? Perlukah kita memberitahu Abdullah dengan penuh kiasan?

-MGG Pillai-

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com