Keganasan Yang Mencabar
(Danger: Terror Ahead)
Mark Hosenball and Evan Thomas
Newsweek International (February 19 Issue)
Bahagian Satu
(Awalkata: Penterjemah mungkin membahagikan artikel yang panjang ini kepada tiga bahagian. Artikel ini penting memandangkan umat Islam sedang menanti kemunculan ‘Zulhijjah’ dan keselamatan Timur Tengah merupakan sesuatu yang menghenyak umah ketika jemaah haji berada di Arab Saudi.)
Pakar pencegah keganasan Amerika telah memburu Osama bin Laden, bertahun lamanya. Berjuta dollar telah dibelanjakan, berjumlah waktu tenaga manusia telah dihabiskan. Begitu juga usaha diplomatik yang dibazirkan untuk menjejak perancang-unggul yang dikatakan bertanggungjawab secara terus ataupun sebaliknya dalam pelbagai peristiwa. Inilah peristiwa yang merangkumi ledakan ke arah USS Cole sehinggalah kepada pengeboman kedutaan Amerika di Afrika.
Pada minggu yang lalu Pengarah CIA (Central Intelligence Agency) George Tenet telah memberitahu Jawatankuasa Perisik Senat betapa Osama Laden mepunyai satu jaringan operasi “yang sungguh berbahaya dan mengancam” keselamatan Amerika Syarikat. Adalah sesuatu yang agak aneh juga perkara ini kerana hanya satu minggu sebelum keterangan Tenet itu, seorang wartawan NEWSWEEK telah duduk semeja dengan salah seorang rakan seperjuangan Osama Laden di sebuah kedai kopi di sebuah hotel di London. Orang itu Yasser el-Sirri berbadan tegap tetapi kurus dan mempunyai janggut yang tebal. Namun, beliau kelihatan peramah dan tenang. Secara terbuka dia megah dengan tindakan kerajaan Mesir yang telah menjatuhkan hukuman mati keatasnya kerana beberapa tuduhan jenayah dan keganasan. Dia telah menafikan tuduhan kerajaan Amerika bahawa dia telah mengusahakan pengumpulan wang dan mengambil rekrut untuk membantu Osama Laden. Tetapi dia bangga dengan keupayaannya mendekati beberapa pegawai tinggi Osama Laden yang amat digeruni itu. Dia juga mengaku betapa dia baru sahaja menerima amanah menguruskan Pusat Penelitian Islam, seperti yang telah diumumkannya, di mana pesanan diterima daripada orang-orang yang rapat dengan Osama Laden.
- Peperangan Jihad Terbuka
Yassir el-Sirri merupakan salah seorang sekutu Osama Laden yang menyokong perjuangan memerangi Amerika dalam apa yang mereka sebut sebagai perjuangan berjihad. Bahagian risikan memang lebih gemar mengekori orang yang mereka syakki itu secara terbuka dan tidak selesa kalau mereka menjalankan aktibiti secara haram. Sememangnya strategi ini memudahkan Amerika. Seperti yang selalu dilaungkan oleh perisik kanan Amerika, memang jaraang sangat kita mendengar puak-puak ini berjaya melakukan tugas mereka kerana tindakan serangan mereka itu mudah dapat dipatahkan hasil kerjasama erat di antara Amerika Syarikat dengan sekutunya. Ramai pegawai risikan memberitahu NEWSWEEK betapa mereka percaya Osama Laden, yang merupakan seorang bilioner Arab Saudi yang kini menyorok di Afghanistan, memang mampu melakukan serangan bila-bila masa. Soalnya sekarang ialah di mana serangan itu akan berlaku. Sejak beliau menubuhkan Kumpulan Al Qaeda pada awal 90-an dulu, Osama Laden telah mengambil ramai kumpulan pengganas melalui pejabatnya di Timur Tengah dan Afrika Utara hinggalah ke Asia Timur, Eropah dan Amerika Utara. “Kalau anda berjaya membubarkan satu cawangannya, satu lagi yang baru akan muncul pula. Kalaupun Osama Laden jatuh menjunam ke dalam gaung di Afghanistan, kita mungkin akan bertepuk tangan mendengarkan berita itu. Namun, pertubuhannya akan terus menjalankan peranannya.” Demikian pendapat seorang pegawai kanan kedutaan Amerika. “Dia mungkin sudah mencipta satu program untuk 100 tahun lamanya. Mungkin beliau baru mencecah lapan tahun dalam perancangannya itu. Kerja semacam itu bukannya dapat mencapai kejayaan dalam masa 10 tahun; tetapi dia sedang menyatukan Afghanistan. Dia telah turut serta dalam peperangan di Chechnya dan berjaya mengaibkan Russia. Kini mereka semakin berjaya di Filipina, dan Indonesia. Dan juga di sini.” Kebelakangan ini Osama Laden nampaknya sedang menjalin hubungan dengan pengganas Palestin. Seorang pegawai telah memberitahu NEWSWEEK betapa bahagian risikannya telah dapat mengesan beberapa petanda bagaimana Al Qaeda bukan sahaja mencuba berbaik dengan Kumpulan Hizbullah tetapi dengan dua kumpulan radikal Palestin yang bergerak dalam Israel dan kawasan yang dijajahnya, Hamas dan Palestinian Islamic Jihad. Pada tahun yang lalu, mengikut lapuran risikan Amerika, pasukan keselamatan Israel telah menumpaskan satu cawangan Al Qaeda di Pinggiran Gaza. Para pegawai Amerika merasa gerun bahawa kemenangan Ariel Sharon sebagai perdana menteri Israel mungkin mencuit kemaraan ugutan pengganas itu bukan sahaja terhadap orang Israel malahan juga terhadap orang Amerika.” Apakah Sharon faham bahawa kemenangannya itu membuatkan pihak pengganas naik berang?” tanya seorang pegawai Amerika. “Memang, dia sedar perkara itu.”
Urusan menyelesaikan masalah di Timur Tengah itu untuk mendapatkan kedamaiannya ketika Bill Clinton hampir mengakhiri tempoh kekuasannya telah menemui jalan buntu. Pentadbiran Bush cuba menarik diri daripada rantau itu. Tetapi, keadaan yang muncul disitu nampaknya tidak mengizinkan mereka berbuat begitu. Sebelum berakhirnya bulan ini, Setiausaha Negara Colin Powell akan menjelajah keseluruhan Timur Tengah dengan mengadakan persinggahan berjadual di Kuwait, Israel, Mesir, Jordan dan Arab Saudi. Powell pernah mengkritik cara pentadbiran Clinton menangani masalah Timur Tengah itu dan dijangka melancarkan kaedah lain pula. Tetapi, dalam cara memerangi keganasan, beberapa pegawai pentadbiran berkata, Amerika sebenarnya tidak mempunyai inisiatif baru untuk ditonjolkan. Beberapa pakar anti-keganasan dalam pentadbiran kerajaan Amerika telah memberitahu NEWSWEEK betapa Bush dan juga para perancang utamannya masih belum menyediakan satu rencana memerangi keganasan itu. Setakat ini, pasukan Bush itu hanya mengekalkan jawatan seorang pakar anti-keganasan yang bernama Richard Clarke.
Bersambung....
.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua