Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Satu Lagi Muslihat Politik

Satu Lagi Muslihat Politik
(A Political Conundrum)
Oleh: S. Jayasankaran
REVIEW issue cover-dated February 22, 2001.

Walaulupun asetnya bernilai 6 bilion ringgit($1.6 billion) Bank Utama mungkin merupakan bank yang kecil sekali, tetapi di Sabah dan Sarawak ia merupakan satu bank yang utama. Ia pernah mewartakan keuntungan yang besar yang berlipat ganda lapan kali dengan mencatatkan keuntungan sebanyak 110 juta ringgit sepanjang sembila bulan pada tahun 2000. Anehnya, Bank Utama gagal mendapatkan rakan untuk bergabung. Inilah yang ganjil nampaknya dalam usaha industri bank di Malaysia melaksanakan penggabungan mereka. Semua itu ada kaitan dengan sejarah, lokasi dan juga politik.

Sabah dan Sarawak menyertai persekutuan Malaysia pada 1963 dan 38 tahun kemudiannya, masih lagi memendam rasa kerana terus dalam keadaan kemiskinan. Mungkin inilah sebabnya penduduk di dua negeri itu tidak berselindung-selindung menyerlahkan kehampaan mereka terhadap proses penggabungan bank di negara ini - hanya satu daripada 10 bank induk yang dipilh datangnya daripada Sarawak ataupun Sabah.

Perundingan Utama dengan dua bakal calon rakan usahasama telahpun kecundang. Ini mencetuskan satu dilemma kepada bank pusat. Bagaimana caranya berurusan dengan sebuah bank kecil yang mempunyai pengaruh politik yang sungguh besar? Inilah sebabnya ramai para analis yang berpendapat akhirnya Bank Negara akan berlembut dan memberikan bank ini status bank induk pula.

Bank Utama memang bukan mudah untuk dikotak-katikkan. Bank ini dipunyai oleh Cahya Mata Sarawak sebanyak 51 %. Ini adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh keluarga Taib Mahmud, seorang ketua menteri yang kuat pengaruhnya dan lama perkhidmatannya di Sarawak. Lagi pula, keutuhan Sarawak amat bermakna kepada parti komponen Barisan Nasional yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad. UMNO yang dipimpin oleh Mahathir Mohammad, walaupun merupakan parti teras BN, sudahpun kehilangan sokongan yang besar di kalangan orang Melayu di Semenanjung. Inilah yang membuatkan keteguhan sahabatnya di Malaysia Timur menjadi tongkat penegak BN untuk menampan serangan pengaruh parti pembangkang. Lagipun ketika pemilu 1999 dulu, Taib telah mengusahakan satu kemenangan besar di mana semua 28 kerusi parlimen berpihak kepad BN. Ini merupakan 15% daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Pada akhir Disember yang lalu, Utama telah dijodohkan dengan Arab Malaysia Banking Group yang mempunyai aset lima kali ganda besar darinya. Namun, perundingan itu gagal disebabkan perbezaan pendapat mengenai pengurusan dan harga pampasan. Pada Januari lalu, Menteri Kewangan Daim Zainuddin telah meminta Rin Kei Mei, orang kuat di EON Bank, untuk menyiasat kemungkinan bergabung dengan Utama. EON adalah bank induk yang paling kecil dengan aset berjumlah 24 bilion ringgit. Oleh kerana ia mempunyak kaitan dengan Sarawak, bererti ia amat cocok dengan Utama. Lagipun bank itu dipunyai oleh Rimbunan Hijau yang memegang 20% sahamnya. Rimbunan Hijau pula merupakan syarikat pembalakan terbesar di Sarawak.

Pada awal Februari, urusan perundingan itu telah ditamatkan apabila EON menulis surat kepada bank negara menyatakan ia tidak mampu bergabung. Oleh kerana ia sudah mengambil alih tiga institusi kewangan yang bermasalah pada tahun 2000 dan ia mahu melakukan kerja-kerja pemulihan dulu. Dengan kata mudah ia mengucapkan terima kasih kerana perundingan yang dibantutnya itu.

Mengikut cerita seorang yang rapat dengan urusan perundingan itu, EON merasa sangsi kalau-kalau ia akan kehilangan pengaruh untuk berkuasa. Pihak yang mempunyai hubungan dengan Sarawak berkeupayaan memegang 45% ekuiti gabongan itu. Ini akan menyulitkan masa depan mereka (EON Bank dikuasai 60% oleh EON, pengedar kereta nasional dan Rin pula menguasai lebih daripada 25% EON).

Jadi, apakah yang akan dilakukan oleh bank pusat? Ia telah mengulangkan kenyataan lamanya bahawa bank induk tidak akan ditambah lagi melebihi kuota 10 bank yang ada sekarang. Namun, melihatkan masalah yang menghantui RHB, bererti Utama masih ada peluang lagi. Taib memang merasa hampa perundingan untuk menggabungkan UTAMA telah gagal dan menghadapi jalan buntu. Namun, Taib telahpun memberitahu BERNAMA pada Januari lalu, bahawa “ seandainya penggabungan itu gagal, terpulanglah kepada kerajaan untuk memikirkan polisi yang alternatif pula”.

................................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com