Dunia Hiburan Ala Malaysia
(That’s Showbiz – Malaysian Style)
Oleh: Santha Oorjitham - Asiaweek
Bagaimana agaknya cara seorang penghibur wanita melayari dunia hiburan di Malaysia sekarang ini? Saya telah menyanyakan soalan ini kepada seorang penyanyi kelab malam Azlina Aziz dan juga Vermon Kedit, pengurus kepada vokalis R&B Ning Baizura – dan mendapati dua cerita yang berbeza daripada mereka. “Tak menasabah”. Itulah yang keluar daripada mulut Azlina mengenai beberapa sekatan yang perlu dihadapi oleh para penghibur beragama Islam. Namun, Kedit berpendapat keadaan sudah semakin baik sejak lima tahun yang lalu.
Pada10 Jun tahun lalu, Helmi dan ‘The Gimmick’ yang turut dianggotai oleh Azlina telah membuat pertunjukan di ‘The Ship’, sebuah restoren di Selangor (tempat yang sebenar ialah di Damansara Utama kira-kira 100 meter jaraknya daripada Masjid Mujahideen - penterjemah). Azlina yang berumur 30 tahun dengan ditemani oleh dua orang pemain muzik (lelaki) pengiringnya sedang berehat sambil menunggu giliran mereka untuk menghibur bagi kala ke-tiga pada malam itu. Kira-kira 11.30 malam, 30 anggota polis termasuk pegawai JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan beberapa petugas sukarela Islam telah menyerbu masuk. Mereka telah mengepung semua pelanggan lelaki yang beragama Islam yang sedang menikmati minuman beralkohol - satu perbuatan yang melanggar hukum syariah. Oleh kerana beliau tidak pun meminum minuman beralkohol, kata Azlina, “saya fikir saya tidak akan diapa-apakan.” Tetapi kumpulan itu menyiasat semua wanita Islam yang ada, dan memberitahu bahawa mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 10 hukum syariah negeri kerana mencemar dan menghina martabat Islam - ia merupakan satu seksion undang-undang yang Azlina tidak pernah mendengarnya sebelum itu.
Mereka telah dibawa dalam dua buah van ke sabuah balai polis dan dikurung dalam dua bilik yang berasingan. Orang lelaki dibebaskan dulu. Dia tidak dibebaskan sehingga jam 5 pagi, setelah diberitahu untuk melaporkan dirinya kepada JAIS pada minggu yang ke hadapan. Dia diberitahu betapa kesnya akan di bawa ke mahkamah pada September 21. Namun selang beberapa minggu kemudiannya, pada Jun 28, tuduhan yang dikenakan itu telah digugurkan. Dia berpendapat para pegawaiyang terbabit ‘tersilap’mengenai hukum undang-undang dan memababitkannya kepada orang beragama Islam. Tempat itu tidak lagi melayan pelanggan Islam dengan memberikan bekalan minuman beralkohol. Dia berpendapat, “Sejak itu mereka sudah lebih berhati-hati.” Dia merasa sedih betapa kegelutan itu dikatakan salah satu penyebab kenapa bekas menteri besar Selangor, Abu Hassan Omar, meletakkan jawatannya pada Ogos 10 dulu.
“Minuman beralkohol memang disediakan di banyak tempat,” kata Azlina. Kalau orang beragama islam tidak boleh berada di tempat semacam itu, “tidak ada sesiapa pun yang boleh memasukki sebuah hotel, lapangan terbang ataupun pesawat terbang.”Azlina berkata Helmi dan anggota band beliau membuat persiapan akan pertunjukkan mereka setelah mengkaji palanggan yang datang dan memilih lagu untuk dipersembahkan serta jenis pakaian untuk diperagakan. Sebelum itu mereka pernah menghiburkan pegawai negeri Selangor. “Saya memang bepakaian sopan dan kami memainkan beberapa lagu tradisi orangMelayu,” katanya lagi. Tetapi, sejak penangkapan itu “saya lebih berwaspada dengan pakaian saya. Saya dapat rasakan ada orang yang memperhatikan saya dan mereka berfikir saya bersalah.” Dia kerap mengenakan pakaian ‘gown yang laboh
hingga ke bawah. Ada juga dia mengenakan pakaian yang berlengan pendek, tanpa berlengan dan mempunyai potongan yang rendahdi bahagian hadapan. Kini, dia menutupi lengan dan bahunya dengan menggunakan selendang.
Walaupun pernah ditahan, dia masih percaya, pada keseluruhannya kerajaan Barisan Nasional sedang mencuba mempertahankan hak wanita, bukan sahaja setakat hak orang Islam. Dia berkata PAS tidak mahu benarkan kaum wanita bekerja, terutama sekali di kelab (malam). “Bagaimanakah kita mahu maju kalau kita tidak boleh bekerja?” soalnya. (Menteri Besar Pas di Kelantan, (Tuanguru) Nik Aziz Nik Mat, pernah berkata betapa keutamaan (pekerjaan) harus diberikan kepada wanita yang tidak cantik, kerana wanita yang cantik mudah dipinang). Azlina ialah seorang janda dan terpaksa bekerja untuk menyarai hidup bersama seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
Walaupun demikian, keadaan sudah pun melegakan Ning Baizura, seorang penyanyi yang berusia 24 tahun. Dia pernah mencetuskan kontroversi ketika menghiburkan pelanggan dengan berpakaian yang mendedahkan pusatnya di Hard Rock Café di Singapura pada 1995. “Terdapat waratawan daripada Johor di situ dan mereka telah mencetuskan keributan mengenainya,” kata pengurusnya Kedit. Ning terpaksa menuntut maaf secara terbuka kepada menteri penerangan ketika itu (Mohamed Rahmat) dan juga ketua pengarang Utusan Melayu yang mahukan beliau melakukannya secara terbuka.
Tetapi, Ning pernah membuat pertunjukan yang ditaja oleh majallah ‘Her World’ pada tahun lalu dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan pusatnya lagi. Tidak pula muncul ribut-ribut di situ. Begitu juga dengan pakaian yang pernah dikenakannya sebagai hiasan muka hadapan majalah FHM (For Him Magazine) pada bulan Julai. Menteri Penerangan yang sudah pun diketuai oleh Khalil Yaakob tidak pun membuat
sebarang komen mengenainya.
Utusan Malaysia pernah mencuba mencetuskan kontroversi lagi melibatkan wawancara Ning dengan majallah FHM itu. Ketika itu Ning memakai pakaian bertali ‘G-string’. Ning pula dilaporkan gemar melakukan seks di pagi hari sembil cerita khayalan yang melibatkan penggunan krim, minyak lilin dan segala aksi lagi. Ning juga dilapurkan suka berfantasi untuk berhubungan dengan lima jejaka pada satu ketika. Akhbar itu menerbitkan artikel yang mengganyang Ning “setiap hari yang ditulis oleh penulis berbeza ,” kata Kedit, “tetapi akhbar lain tidak pun sibuk mengenainya. Mereka hanya menerbitkan laporannya sahaja.”
Di konsert terbuka, Ning dan kumpulannya memang berpakian kurang seksi. Tetapi di satu pertunjukan khas, Ning telah melakonkan aksi Jennifer Lopez dengan menyanyikan “We had fun,” kata Kedit.”Tidak ada pun sesiapa yang membuat komen mengenainya.”
.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua