Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Krisis Baru Di Kelantan

Krisis Baru Di Kelantan
(MGG: An Unspoken Crisis Rears Its Head In Kelantan)

Ketika Sultan Kelantan pulang daripada lawatan tidak rasmi ke Dubai minggu lalu, dia telah disambut oleh Badan Bertindak Rakyat Kelantan yang ditaja oleh UMNO. Sekitar dua ribu orang telah menyambut baginda. Apa sebabnya dia berada di Dubai itu tidak pula sesiapa yang tahu. Cuma menteri kewangan, Tun Daim ada tercongok mukanya sebelum baginda berlepas dari sana. Apa yang dibincangakan memang terpaksa diagak-agak sahaja. Tentu sekali ada kena mengena dengan perbalahan terbaru di antara istana Kelantan dengan kerajaan PAS. Memang sudah berlaku satu konfrontasi bermula dengan tindakan istana menarik balik bintang gelaran yang telah diberikannya. Perangai buruk-siku-diraja ini dikenakan ke atas dua orang exco-mengikut laporan New Straits Times – kerana tidak meluluskan tanah yang Sultan mahukan. Tetapi, itu bukan cerita yang sebenarnya. Petronas mahukan tanah untuk memasang paip gas daripada tuanpunya tanah yang terbabit. Tetapi tuanpunya tanah itu mahukan pampasan mengikut kadar pasaran. Apabila kerajaan enggan menyahut tawaran mereka, inilah yang membabitkan beberapa peristiwa yang melibatkan dua orang pegawai exco itu terpaksa memulangkan balik bintang yang mereka terima.

Kisah selanjutnya masih ada lagi. Dewan Undangan negeri sudah pun bersedia menggugurkan kekebalan diraja dengan membuat pindaan kepada perlembagaan yang ada dalam persidangan dewan di akhir bulan nanti. Kerajaan Kelantan tidak melakukan pindaan itu ketika semua kerajaan negeri yang lain melakukan penyelarasan dengan pindaan perlembagaan persekutuan mengenai perkara yang sama. Pindaan ini memberi ruang kepada seorang raja untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang dalam masa tiga puluh hari untuk menjadi satu undang-undang. Jika tidak, dan kalau raja memberikan alasan kenapa beliau enggan, perkara itu diperdebatkan lagi. Apabila ia diluluskan oleh dewan, ia akan menjadi undang-undang secara otomatik sahaja. PAS menguasai semua kerusi dewan kecuali dua kerusi, dan pindaan itu akan diluluskan apabila dibentangkan. UMNO Kelantan telah mempersoalkan tindakan itu. Tetapi PAS menjawab balik bahawa ia adalah bertujuan menyelaraskan pindaan perlembagaan mengikut kehendak Perdana Menteri yang mahu raja-raja mengikut peraturan.

Satu cadangan agar proses ‘management buyout’ dilaksanakan terhadap Keloil, yang sedang kerugian tetapi mempunyai hak ke atas setiap petrolium dan gas yang digerudi di Kelantan. Nampak sangat ada satu mainan raksasa oleh Petronas yang mahukan syarikat itu disuntik melalui sebuah syarikat yang tersenarai dipasaran saham. Cerita sebenarnya masih samar-samar lagi. Tetapi ada desas-desus yang membabitkan Menteri Besar dan juga Sultan Kelantan mengenai perkara ini. Badan Bertindak Rakyat Kelantan yang ditaja oleh UMNO itu nampak terlalu berpihak kepada Sultan untuk mengkucar-kacirkan Sultan. Walaupun ia sudah gagal memenangi kuasa politik melalui peti undi UMNO Kelantan sedang bergiat untuk menconteng arang ke muka pihak yang sedang menikmati kuasa. Di waktu yang sama ada pula rancangan untuk membina sebuah pelabuhan besar di Tumpat, sebagai landasan untuk memunggah barangan yang datang daripada Kambodia dan Laos. Saya diberitahu projek ini akan menelan sehingga satu bilion ringgit.

Dengan tercetusnya semua kisah di atas merupakan satu tamparan terhadap keikhlasan UMNO dalam usahanya mengadakan rundingan mengenai perpaduan Melayu. Pada malam semalam Perdana Menteri ada membuat pengumuman bahawa isu kerajaan persekutuan menyekat bayaran royalti petrolium boleh dibincangkan dalam rundingan itu. Kalau perkara ini diungkitkan ia akan mendedahkan betapa UMNO tidak dapat menerima hakikat kewujudan sebuah kerajaan Melayu bukan-UMNO yang sedang berkuasa. Usaha menggunakan segala tipu helah yang ada untuk menghenyak kerajaan PAS itu menunjukkan ia lebih merosakkan perpaduan orang Melayu, jika dibandingkan dengan gelagat Badan Bertindak Melayu yang baru berforum di Kuala Lumpur. Kini, apa yang sedang berlaku di Kelantan adalah satu sinario yang berbeza. Inilah yang menjebak UMNO dalam perangkap yang dipasangnya lama dulu. UMNO tidak boleh menentang apa yang mahu dipraktikkan oleh PAS. Pada awal 1990-an dulu, ia pernah menyerang PAS kerana tindak melakukan pindaan kepada perlembagaannya. Kini, ia tidak boleh berbuat apa-apa, melainkan melahu sahaja.

-MGG Pillai-
14.2.2001.

.......................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 15 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com