Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sharon, Arafat Dan Mao

Sharon, Arafat Dan Mao
(Sharon, Arafat And Mao)
Oleh: Thomas. L. Friedman
New York Times (Foreign Affairs)
Teks Asal kiriman MGG Pillai

Aku berada di Davos menghadiri World Economic Forum, dua minggu yang lalu dan melihat Shimon Peres berjalan di depan mataku. Salah seorang wartawan yang mengiringi beliau telah bertanya apakah aku akan menghadirkan diri mendengar ucapan Peres dan Yasir Arafat di hadapan sekitar 1,000 pelabur sejagat dan para menteri yang turut serta. Tidak, jawabku kepadanya. Aku mempunyai pendirian tegas dan hanya berminat untuk mendengar ucapan Arafat kepada rakyatnya dalam bahasa Arab. Alangkah malangnya, kata wartawan itu kerana sudah ada satu usaha untuk menyelesaikan sesuatu. Mr. Peres akan menghulurkan tangan kedamaian kepada Arafat dan Arafat akan membalasnya dengan samangat yang sama. Peristiwa berintim-intim itu akan dirakam dan dipancarkan ke Israel untuk memperteguhkan proses damai dan peluang Ehud Barak memenangi pilihanraya yang dihadapinya. Eloklah, bolehlah aku melihatnya di TV, jawabku lagi.

Mr. Peres memang cuba menghulurkan tangan kedamaiannya seperti yang dirancaangkan, tetapi ia disambut oleh Arafat dengan satu tepisan menggila. Sambil membaca ucapannya yang memang tersedia dituliskan dalam Bahasa Arab, Arafat telah mengecam Israel “kerana tindakan ketenteraan yang fasis” dan “dasar penjajahan,” dan juga sikapnya “membunuh, menghukum, pembunuhan tawanan politik, kemusnahan dan huru-hara.”

Kelakonan Mr. Arafat di Davos itu memangnya satu tontonan dan beliau amat geram terhadap Ariel Sharon kerana menang besar dalam pilihanraya itu. Apakah yang dibacakan oleh Arafat sambil ditemani oleh Peres yang duduk di sebelahnya? Pertama, dia menyebut tidak ada bezanya di antara Mr. Barak dan Mr. Sharon. Memberikan ucapan di petang hari pengundian di Israel dan di saat-saat Barak sedang menggelupur untuk mengusahakan sidang perdamaian dengan Palestian di Taba, tentu sekali membuatkan tawaran Barak itu sesuatu yang melucukan. Lagipun, Yassir Arafat berkata tidak ada bezanya di antara Mr. Peres dan Mr. Sharon. Pendapatnya itu dituturkannya selepas Peres berucap dan membuatkan Mr.Peres seperti seorang badut apabila ia diberikan liputan luas di Israel. Oleh kerana orang Palestin masih memerlukan pekerjaan, Mr.Arafat memberikan satu mesej ke seluruh dunia terutamanya para pelabur: Jangan melabur dulu!!!

Itu sebabnya pihak media mengemukakan soalan yang tidak relevan mengenai pilihanraya Sharon itu. Mereka bertanya, siapakah Ariel Sharon? Sepatutnya saoalan itu berbunyi siapakah Yassir Arafat? Pihak media terus bertanya: Apakah Sharon mampu meniru Charles de Gaulle, panglima tentera yang berjaya mengundurkan askar Peranchis keluar daripada Aljeria. Ataupun apakah beliau akan meniru Richard Nixon, seorang anti-komunis yang berdamai dengan Komunis China? Soalan seperti itu telah tersasar jauh perginya.

Israel sudah pun mempunyai seorang Charles de Gaulle. Namanya ialah Ehud Barak. Beliau adalah seorang panglima yang paling banyak menerima bintang penghormatan. Dia telah berkecuali ketika kabinet Israel membuat pengundian terhadap usaha kedamaian Oslo II. Tetapi apabila memegang jawatan politik, dia berputar 180 degree. Dia telah menawarkan Mr. Arafat 94 persen Tebing Barat untuk dijadikan negara Palestin dan pampasan terhadap baki kawasan yang berjumlah 6 persen itu. Termasuk jua penempatan semula orang Palestin yang menjadi pelarian dulu. Mr. Arafat tidak menyebut semua itu sebaliknya menggelarkan beliau seorang fasis ketika Barak menghadapi pilihanraya. Seolah-olah Charles de Gaulle sedang berusaha berundur daripada Algeria dan orang di sana berkata: “Terimakasih, anda adalah seorang fasis dan kami akan mengambil kembali Algeria. Tetapi kami tidak akan berhenti di sini selagi kami tidak dapat merampas Bordeaux, Marsailles dan Nice”. (Inilah tiga bandar di Peranchis yang kini dimonopoli oleh orang Arab - Aljeria, Morokko, Tunisia, Senegal dan Ivory Coast - penterjemah)

Kalau orang Palestin tidak kisah mengetahui siapakah Ariel Sharon kenapakh kita perlu sibuk-sibuk? Mr. Arafat mahukan seorang pemimpin Israel yang tidak akan memaksa dirinya membuat keputusan yang besar-besar, yang sememangnya dia tidak mampu lakukan, kenapakah kita mesti tanya Sharon apakah dia akan meniru gelagat de Gaulle dan menawarkan sesuatu yang lebih bermakna kepada Arafat? Apakah pentingnya Israel mendapatkan seorang Nixon kalau orang Palestin tidak mempunyai seorang pemimpin seperti Mao?

Proses kedamaian Oslo adalah satu ujian. Ia merupakan satu ujian sama ada Israel mempunyai seorang rakan palestin yang mampu mencapai kedamaian. Itulah satu ujian yang besar yang termampu ditangani oleh orang israel seperti yang mereka harapkan dan itulah juga yang ditangani oleh Barak secara beraninya sehingga melampaui batasan kesabaran dan konsensus politik Israel. Mr. Yassir Arafat telah melepaskan peluang itu. Akhirnya nanti, orang Palestin akan meminta satu ujian olok-olok lagi. Berkemungkinan besar orang Israeli akan mengalah lagi kerana mereka mahukan kedamaian itu. Tetapi, siapakah yang dapat meramalkan apa lagi bentuk keperitan dan keganasan yang akan tercetus sambil menunggukan saat itu?

Yang kita fahami, proses damai Oslo itu sudah pun berakhir. Itulah pendapat sebahagian majoriti orang Israel ketika pilihanraya dulu. Oleh itu hentikan soalan apakah Sharon akan meniru Charles de Gaulle. Bukan itu alasannya kenapa orang Israel memilih beliau. Mereka memilihnya untuk menjadi seorang ‘Penaung’. Mereka memilih beliau kerana mereka kenal siapakah beliau sebenarnya. Tujuh tahun selepas perdamaian Oslo ditandatangani orang Israel sudah masak dengan fahaman siapakah Arafat sebenarnya.

-Thomas L. Friedman-
12.2.2001.

........................................................................................
Terjamahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com