Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pakar Perubatan Untuk Anwar Ibrahim Dan Perundingan Melayu

Pakar Perubatan Untuk Anwar Ibrahim Dan Perundingan Melayu
(MGG: Anwar Ibrahim’s Specialist and Malay Unity Talks)

UMNO dan PAS akan bertemu minggu hadapan untuk berunding mengenai perpaduan Melayu. Secara kebetulan dan setelah berlaku banyak perbalahan, permohonan Dato’Seri Anwar Ibrahim agar seorang pakar ‘endoscopic’ daripada Jarman dibenarkan datang memeriksa beliau telah dibenarkan. Kebenaran yang dilakukan secara mengejut itu diiringi dengan kewaspadaan bahawa ia dilakukan berdasarkan perikemanusian. Yang menjadi penghalang besar kepada sebarang perundingan serius mengenai perpaduan Melayu ialah cara UMNO dan juga kerajaan menangani mantan timbalan perdana menteri itu. Secara pribadinya, Perdana Menteri enggan mengiktiraf parti Keadilan sebagai sebuah parti yang betul-betul mewakili orang Melayu, kerana adanya orang bukan Melayu dalam parti itu. Lagipun, dia memang tidak mahukan Keadilan hadir; memandangkan status ikon parti yang semakin menyinar bekerlipan martabat politik beliau sejak diperam di penjara.

Permohonan Dato’ Seri Anwar tiu dibenarkan untuk memberikan oomph kepada acara perundingan itu. Tetapi, syarat yang dikenakan adalah tidak munasabah. Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Dr. Abdul Razak Kecil telah mengenakan lima syarat: bahawa pakar perubatan Jarman itu mestitiba dalam masa 14 hari, bahawa dia sendiri yang akan bertanggungjawab seandainya berlaku sesuatu kesilapan, bahawa pakar HKL akan menyaksikan pembedahan yang akan dilakukan itu. Sememangnya, setiap kali kita menjalani proses perubatan di Hospital Kuala Lumpur, kita sudah pun kehilangan hak untuk membuat protes seandainya sesuatu kesilapan terjadi. Inilah amalannya dan ini juga amalan di tempat lain. Tetapi, sejak bilakah sesaorang pakar perubatan itu mesti tiba dalamasa 14 hari? Apakah akan jadi kalau doktor itu tidak boleh datang dalam tempoh waktu itu? Apakah mungkin sikap perikemanusian itu terhumban di jendela, seandainya dia tidak mempunya masa yang terluang untuk satu bulan? Adalah lojik untuk kita andaikan bahawa Dato’ Seri Anwar bukan sahaja pesakit beliau seorang. Tentu sekali beliau mempunyai banyak urusan lain di Jarman untuk diselesaikannya. Apakah motif sebenar mengenakan tekanan itu?

Satu sebab kenapa permohonan itu diperkenankan ialah sebagai penentuan bahawa perundingan perpaduan Melayu itu tidak terbantut disebabkan isu mendapatkan pakar Jarman itu. Tetapi, perkara ini tidak akan berelaku juga. Dato’ Seri Anwar telah lama bertelagah dengan pihak yang berkuasa untuk mendapatkan haknya kepada pakar perubatan pilihannya. Memanglah dia sendiri dijangka akan membayar kos perubatan itu. Tetapi, permohonan itu telah dinafikan oleh kerajaan selama ini. Malahan sudah ada rancangan menghantarnya balik ke penjara Sungai Buluh daripada kamarnya di ward HKL. Kemudian, dicetuskan betapa beliau sengaja menggembar-gemborkan penyakitnya. Dr. Abdul Razak hampir sahaja menghantar pesakitnya itu ke penjara walaupun beliau sedang menahan kesakitan yang bukan kepalang. Kenapakah kini Dr. ini bersetuju menghantar balik pesakitnya sedangkan sekarang dia sendiri mengatakan perkara itu tidak boleh dilaksanakan disebabkan peri kemanusian?

Kini Anwar akan menerima perubatan yang dimintanya, bukan disebabkan daya usaha pihak hospital ataupun pihak yang berkuasa dalam kerajaan. Dia akan menerima perubatan itu kerana UMNO sedang berusaha untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melyu yang sudah lama mengucapkan selamat tinggal kepada parti itu. Ini merupakan satu kemenangan kecil bagi Anwar. Namun, ini tidak bererti UMNO akan berada di kedudukan yang selamat dan menyelamatkan juga perundingan UMNO-PAS itu. Perdana Menteri beranggpan dengan menenepikan Keadilan daripada perundingan disebabkan Keadilan telah menolak ajakan itu akan membuatkan perundingan PAS-UMNO itu sesuatu yang unik yang mungkin mengharumkan nama PAS. Secara selamba pula PAS telah memberitahu dunia betapa ia mahu membincangkan isu yang lebih besar daripada apa yang diharapkan oleh UMNO. Apakah ia mungkin melakukannya? PAS tidak mempunyai kekuatan untuk menguasai majlis perundingan itu, sudah tentulah pandangan sejagat UMNO yang akan digembar-gemburkan nanti. Inilah yang menghantui barisan pembangkang yang masih lembik itu. Terutama sekali adanya pendapat yang mengatakan walaupun PAS mempunyai hasrat untuk melihatkan Dato Seri Anwar dibebaskan daripada penjara, namun PAS diketahui amat curiga apakah yang akan dilakukannya selepas dia mendapat kebebasan itu. Dengan lain perkataan, kesangsian bahawa Dato Seri Anwar berkemungkinan dipujuk untuk rujuk ke pangkuan UMNO untuk menjadi pemimpin ulungnya, merupakan satu kesangisan yang mencurigakan. Memanglah perkara itu dianggap tidak munasabah sekarang, tetapi hakikatnya UMNO dan PAS memang tidak mahu melihat sinario itu. UMNO tidak mahu peristiwa itu berlaku kerana ia akan menyingkirkan semua pemimpin yang ada, dan PAS pula tahu kalau Anwar rujuk kepada UMNO parti itu akan terus berada di bangku pembangkang untuk masa yang lebih lama lagi.

Ajakan UMNO agar diadakan perundingan mengenai perpaduan Melayu dalam sebuah negara yang pelbagai kaumnya adalah persis tindakan Pauline Hanson di Australia bersama partinya ‘One nation’ di Queensland. Melalui perundingan ini UMNO mahu mencuba mewujudkan satu kaum yang eksklusif seperti yang cuba dilakukan oleh One Nation di Australia. Keadaannya memang berbeza; alasan sejagatnya pun berbeza walaupun hasratnya itu yang ada kesamaannya. Niat sebenar dalam kedua-dua usaha itu ialah memperlekehkan kewujudan kaum lain dalam masyarakat yang ada. Inilah pendirian yang digunakan oleh pihak yang menentang hak kemanusian sejagat. Tidak banyak bezanya pendirian begini dengan tindakan puak Taliban yang membaling batu ke arah seorang ibu kepada seorang anak yang berusia tujuh tahun kerana kesalahan berzina dan penderaan serta hukuman ke atasnya itu dilakukan di hadapan khalayak ramai termasuk kanak-kanak. Begitulah juga halnya dengan tindakan di Florida di mana orang yang bersalah dihukum bunuh dengan menggunakan kerusi elektrik yang rosak. Kedua-dua kumpulan itu bertindak tegas mempertahankan tindakan mereka dan meminta dunia luar jangan mengganggu kerana undang-undang sejagat tidak ada sangkut paut dengan mereka. Memang terdapat perbezaan di antara Taliban dan Florida, walaupun prinsipnya adalah serupa. Begitulah juga halnya di antara UMNO dan One Nation.

-MGG Pillai-
12.2.2001.

........................................................................................
Terjamahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com