Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tugas Yang Membosankan (4)

Tugas Yang Membosankan
(One Lousy Job)
Oleh: Warren Carragata
Asiaweek: February16, 2001 Vol.27 No.6

Bahagian Keempat:

Pengalaman Gerungan bertugas di sektor swasta memang melayakkan dirinya untuk melakukan kerja-kerja pemulihan birokrasi yang sudah terlalu membesar sejak satu tahun lamanya sehinggakan agensi itu kini menghuni beberapa bahagian dua menara pejabat. Tetapi keenggnaan IBRA untuk berhadapan dengan hakikat yang mempunahkan zaman Suharto itu membayangkan betapa kerajaan yang memerintah memang sudah gagal menjalankan peranannya. Satu ketika dulu Habibie memang tidak berminat langsung untuk menjual harta kepunyaan para kroni, tetapi Wahid berada di satu tahap yang sungguh lemah untuk melakukan apa saja. Kerja-kerja menjual dan mengnyahkan bebanan hutang yang tinggi daripada pegangannya dan segala kerja penyusunan semula hutang yang ada, memerlukan kewujudan naungan politik dan kerjasama kerajaan yang mampu melindung IBRA daripada sebarang campurtangan luar. Catle berpendapat, “seandainya presiden dan para pendukung undang-undang tidak menyokong IBRA, memang tidak banyak yang dapat dilaksanakan olehnya.” Ia mungkin memerlukan sedikitdemokrasi untuk membersihkan segala keributan yang telah dilakukan oleh Suharto dan para juaknya. Namun, kepada Wahid dan juga IBRA, kerja-kerja keras yang menyulitkan itu masih baru sahaja mahu bermula.

“Wanted Dan Unwanted”

Beberapa nama kroni yang menikmati habuan terbanyak daripada PakHarto memang sentiasa muncul di media berita dalam usaha mereka menebus kembali harta mereka ataupun berusaha untuk tidak dicekup untuk hidup di penjara.

WANTED — AND UNWANTED
Beberapa nama kroni yang menikmati habuan terbanyak daripada  PakHarto memang sentiasa  muncul di media berita dalam usaha mereka  menebus kembali harta mereka  ataupun berusaha untuk tidak dicekup untuk hidup di penjara. 
Liem Sioe Liang

Kemuflisan Bank Central Asia (BCA) telahmenjahanamkan Lim. Dia telah memindahkan saham dalam 108 firma kepada IBRA bernilai $5.5 bilion dollar.

Tommy Suharto

Masih menjadi orang buruan setelah dikenakan hukuman Mahkamah kerana  korupsi. Dia berhutang dengan IBRA Sebanyak 594 juta dollar.

Bob Hasan

Raja  Balak dan Raja Rimba Indonesia, satu ketika dulu. Sudah didapati bersalah oleh mahkamah kerana korupsi.Beliau dikenakan dua tahun penjara tetapi masih mahu mahu merayu dulu.

Kenapa Saya mesti Marah?

Gergasi tekstil dan kejuruteraan Texmaco, sudah menjadi budak belasahan di Indonesia masakini. Para reformis telah mengkritik cara IBRA melaksanakan kerja-kerja penyusunan semula sistem perbankan negara dan perindustriannya. Laksamana Sukardi, seorang bekas menteri pelaburan kabinet Gus Dur telah mengkritik cara membiarkan Marimuthu Sinivasan untuk terus menerajui syarikatnya yang diapongkan semula itu sebagai “satu rompakan disiang hari.” Tetapi ketua firma yang berumur 63 tahun itu bertegas mengatakan betapa alasannya memang mudah diketepikan dalam kebisingan keritikan itu. Sirivasan telah berbual dengan wakil Asiaweek, Warren Caragata di Jakarta dan menceritakan bagaimana proses penyusunan semula itu akan menafikannya kepada hak memiliki firma itu untuk sekurang-kurangnya sebelas tahun. Itulah tempohnya yang diperlukan untuk membayar balik 2.7 bilion dollar yang dipinjamoleh syarikatnya daripada bank, yang kemudiannya dialihkan pula kepada IBRA. Berikut adalah sebahagian sedutan perbualan itu:

Kenapakah timbul begitu besar masalah terhadap peranan tuan untuk mengetuai Texmaco semula? Memang ada beberpa kumpulan yang berminat agar perkara ini terus menjadi hangat untuk melindungi isu lain yang lebih besar dan boleh menjadi lebih hangat.

Tetapi, bukankah anda merupakan seorang lagi ahli di kalangan kumpulan yang berminat itu? Tidak. Bagaimana anda boleh cakap begitu? Saya tidak pernah berurusniaga dengan kumpulan elit Suharto. Setiap orang menguruskan monopoli tersendiri. Hubungan saya dengan Suharto memang baik. Tetapi, kalaulah saya rapat dengan Suharto tentu sekali saya dapat menikmati banyak faedahnya.

Para pengkritik berkata anda memang rapat dengan Wahid? Dan mereka juga mengatakan saya rapat dengan Habibie. Begitu juga, saya rapat dengan timbalan presiden Megawati ataupun Rizal Ramli dan ramai lagi. Tetapi saya tidak pernah keluar jauh daripada pejabat saya ini.

Pernahkah anda menelefon Wahid ataupun bekas pengerusi IBRA Cacuk Sudarijanto ataupun orang lain untuk melobi agar dipulangkan balik firma anda? Anda harus bertanya kepada Wahid ataupun Cacuk. Di hari saya menandatangani MOU (Memorandum of Understanding), sahya bertemu dengan para pegawai. Saya tidak perlu melobi perkara ini kerana mereka semua adalah golongan professional. Saya tidak pernah menelefon sesiapa untuk menekan sesiapa.

Apakah anda merasa tertekan kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapat balik hak-milik firma anda? Kenapa saya perlu marah-marah? Setiap orang mempunyai masalah yang serupa. Kita perlu tabah menghadapinya.

Tamat

........................................................................................
Terjamahan oleh Sdr. Marhain Tua

Catatan: Melalui artikel yang berisi maklumat ini rakyat marhaen harus sedar bahawa segala gembar-gembur mengenai pemulihan ekonomi negara adalah kelentongan semata-mata. Apabila diambil-kira artikel ini dan diimbau balik tulisan MGG 3901 “The Bankrupt Icons...” serta nukilan terbaru Amin Sapiro “Jangan Besar Pancing Dari Umpan”, rakyat marhaen akan sedar bahawa Mahathir dan Daim sedang bermain mekap dengan perangkaan untuk menunjukkan ekonomi negara sudah beransur pulih. Insya Allah segala alasan mainan mekap ini akan diterangkan dalam MMM4. – MT--


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com