Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tugas Yang Membosankan (3)

MTugas Yang Membosankan
(One Lousy Job)
Oleh: Warren Carragata
Asiaweek: February16, 2001 Vol.27 No.6

Bahagian Ketiga:

Kejayaan IBRA pada tahun 2000 telah meyakinkan Gerungan untuk berkata betapa segala kritikan mengenai kelembapan agensi itu untuk menjual asetnya sebagai tidka bertempat. “Ternyata sudah ada kelajuannya,” tegas beliau. Jika demikian ia merupakan satu pergerakan yang tidak akan mampu melaksanakan apa-apa, sedangkan itulah yang mahu dilaksanakan oleh Gerungan seperti ucapan mula kerjanya di mana dia berazam untuk memacu agensi bergerak lebih cergas lagi. Lagipun itulah laungan Rizal Ramli, menteri kanan ekonomi yang mendesak IBRA melipatgandakan proses penjualan asset yang ada. Gerungan memang sudah merencana satu rancangan untuk menjual lebih banyak asset lagi secara melakukan kongsisama dengan satu atau lebih bank pelaburan utama di sana. Bank-bank pelaburan akan mengambil alih hutang lapuk sekitar 500 juta dollar, menyusunya semula untuk dijual dengan mengonsi sama segala keuntungan yang berbangkit bersama IBRA.

Sebagai sebuah institusi, IBRA mungkin cepat menjadi capik dengan segala asset yang telah diperolehinya, sehingga menjadi kabur untuk menyelesaikan segala masalah yang menghantuinya. Budianto, bekas timbalan pengerusi telah mengimbau pengelamannya ketika bertugas di agensi itu. Pada satu ketika di waktu IBRA mahu menutup bank-bank yang kemuflisan, agensi itu gagalmenetapkan dsetinasi dana sejumlah 106 juta dollar yang baru tiba. “Kami belum mengenal siapa yang mempunyai apa,” kata Budianto. Dalam banyak kes, para penghutang masih membayar hutang mereka walaupun bank yang meminjamkan hutang itu secara rasminya sudah gulung tikar. Dalam kes lain pula, sistem perakaunan memang mencelaru, dan pembayaran selalunya tidak dicatatkan (posting) kepada akaun hutang yang sebetulnya. Pegawai Budiyanto menghabiskan tiga bulan untuk menyelidik dan membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Namun, lebih 10 juta dollar tidak dapat diperbetulkan.

Pengalaman sebuah syarikat kommunikasi yang bersaiz sedang daripada Amerika Utara yang datang dengan niat melabur dalam beberapa syarikat di Indonesia mungkin boleh dijadikan satu petunjuk bagaimana cekapnya IBRA. Seorang pegawai syarikat itu telah berbual dengan Asiaweek dengan syarat namanya dan juga nama syarikatnya dirahsiakan telah bercerita bagaimana syarikatnya telah membelanjakan sekitar dua juta dollar dan menghabiskan satu tahun membuat penyelidikan beberapa institusi yang kebanyakannya sudah pun diletakkan di bawah pengawalan IBRA. Ceritanya itu merupakan satu rangkaian masalah yang menghantui IBRA. Masalah utama yang dihadapi oleh semua orang, ialah sukarnya untuk bercakap dengan orang yang bertanggungjawab. Pesanan telefon yang dibuat kepada IBRA memang jarang sangat dijawab balik. Sessi mesyuarat yang telah dirancang kerap sangat dibatalkan di saat akhir. Kalau pun ada mesyuarat yang difikirkan membantu perundingan, kerap sangat tidak ada seorang pun wakil IBRA yang datang. Tiga bulan berlalu dalam satu proses perundingan itu, pegawai yang mewakili syarikat pembeli daripada Amerika Utara itu masih mencari jawapan kepada satu solan yang dikemukakan pada hari pertama dia mula-mula berjumpa pegawai IBRA. Ia sudah menjadi semacam satu lelucon sahaja.

Yang lebih teruk lagi, ada kalanya IBRA sendiri tidaktahu-menahu mengenai beberapa asetnya. Pegawaitiu pernah menanyakan beban hutang salah sebuah firma yang sudah diambilalih oleh IBRA. “Kami tidak ada rekodnya.” Itulah jawapanyang diterima. “Anda tidak mendapat keyakinan akan apa yang anda mahu beli,” kata pegawai Amerikan itu. Akhirnya syarikat itu mengambil pendirian bahawa memang tidak berbaloi untuk menunggu lama-lama lagi. “Risiko yang tinggi tidak bersairas dengan pulangan yang tinggi.” Beberapa cerita yang menakutkan itu, mengikut Castle, memang lumrah sekali. “Itulah pengalaman yang selalu diulang-ulang sehinggakan orang pun naik muak dan tidak berminat lagi.”

Para pengkritik kerajaan semakin yakin betapa korupsi memainkan peranannya dalam penentuan pendirian IBRA untuk bertindak ataupun tidak. Tetapi, tuduhan salah-guna kuasa selain daripada kes yang melibatkan skandal Bank Bali, masih lagi tidak ada buktinya. Bank Bali telah melebamkan mata IBRA sehingga membantu menjatuhkan orang yang digantikan oleh Gus Dur, B.J. Habibie.

Pada mulanya bank itu telah diambilalih oleh IBRA dan telah membayar komisen sebanyak 60% kepada sebuah syarikat yang ada kaitannya dengan Parti Golkar sebagai satu kaedah untuk menebus pinjaman antara-bank dengan IBRA. Selain itu, ada satu kajian oleh Pricewaterhouse Coopers mengenai ketelusan bisnes sejagat. Kajian yang telah pun dibukukan itu mencatatkan betapa Indonesia adalah sebuah negara yang mendudukki tempat kedua sebagai paling korup di dunia ini selepas Russia. IBRA sudah “menjadi satu padang dimanakorupsi membiak,” kata AmienRais, speaker Dewan Perundingan Rakyat dan salah seorang pembangkang yang lantang suaranya terhadap kerajaan Wahid.

Beberapa bukti salahguna kuasa adalah bercorak samar-samar sahaja. Satu siasatan oleh agensi odit negara telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai cara IBRA membuat bayaran kepada khidmat perunding. Pada thunj lalu jumlah bayaran itu memuncak sehingga 68 juta dollar. Sebahagian wang itu mungkin berbentuk wang sogokan, kata juruodit secara terbuka. Namun beberapa akaun yang dikatakan terpalit korupsi dalam IBRA sendiri masih tidak mempunyai sebarang bukti. Mengikut pendapat Marie Muhammad, selain dari skandal Bank Bali, “memang tidak ada bukti berlakunya korupsi secara besar-besaran.”

Kalau diambilkira segala masalah yang menghantuinya apakah Gerungan mempunyai peluang yang baik untuk membetulkan keadaan? Tidak ada sesiapa yang mempertikaikan kejujuran dan keazamannya. Tetapi dia merupakan seorang novis-politik yang tidak mempunyai penaungnya. Walaupun ini menggambarkan kebebasannya, ia juga membawa erti akan tercetusnya kesulitan untuk mendapatkan sokongan politik ketika dia amat memerlukannya. Laksamana Sukardi seorang bekas menteri dalam kabinet Wahid dan juga merupakan teman sejawat dengan Gerungan ketika di Citibank dulu, amat yakin sahabatnya itu akan dihantui masalah akhirnya. “Citibank adalah satu suasana kerja yang memang selesa, kerana semuanya dalam keadaan yang baik,” katanya. “Apabila anda keluar daripada Citibank, ia persis bertugas dalam hutan rimba.” Itulah jawapan kepada persoalan kenapa kamar pejabat pengerusi IBRA itu nampak tidak berhias. Gerungan telah memberitahu kawan-kawannya betapa dia memang bersiap sedia untuk melepaskan jawatannya jika diperlukan.

....bersambung....

........................................................................................
Terjamahan oleh Sdr. Marhain Tua

Catatan: Melalui artikel yang berisi maklumat ini rakyat marhaen harus sedar bahawa segala gembar-gembur mengenai pemulihan ekonomi negara adalah kelentongan semata-mata. Apabila diambil-kira artikel ini dan diimbau balik tulisan MGG 3901 “The Bankrupt Icons...” serta nukilan terbaru Amin Sapiro “Jangan Besar Pancing Dari Umpan”, rakyat marhaen akan sedar bahawa Mahathir dan Daim sedang bermain mekap dengan perangkaan untuk menunjukkan ekonomi negara sudah beransur pulih. Insya Allah segala alasan mainan mekap ini akan diterangkan dalam MMM4. – MT--


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com