Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tragedi Bikinan Manusia

Tragedi Bikinan Manusia
(Man-made tragedy-Corruption, shoddy standards caused many Indian deaths)
- Bee Editorials: Feb. 6. 2001

Pembinaan yang diawasi oleh piawaian yang paling tinggi masih tidak mampu menampan kematian, kecederaan dan kemusnahan daripada salah satu pengalaman getir alam semula jadi. Inilah dia bahana gempabumi. Penduduk California memang sudah lali dengan pengalaman ini. Namun, para pakar memang faham tanpa sebarang keraguan betapa kemusnahan yang menimpa Gujerat boleh diringankan. Apa yang terjadi adalah gambaran betapa kelemahan manusia telah menyebabkan kematian yang tinggi setiap kali negara-negara yang miskin diserang bencana alam.

Yang ironis, ekonomi India yang sedang meluap telah menyumbang kepada kematian yang meragut puluhan ribu nyawa. Bangunan tinggi-tinggi untuk dijadikan apatmen dan juga pejabat telah dibina secara gelojoh sejak beberapa tahun yang lalu selalunya dengan kos yang murah-murah, alat binaan yang kurang bermutu dan dalam banyak projek, bangunan itu tidak pernah diperiksa untuk menentukan mutu bikinannya. Memadai dengan pemeriksaan wang yang dibayar sebagai sogokan untuknya. Di banyak tempat, lebih banyak bangunan yang baru terbina yang remuk dibandingkan dengan bangunan yang lama. Siasatan jenayah sedang dipesatkan untuk menyahut kemarahan rakyat.

Apakah tindakan pendakwaan akan menyusul kemudiannya ataupun apakah semua itu akan mebawa perubahan, adalah sesuatu yang boleh disangsikan. Yang pasti ialah betapa perlunya satu piawaian sejagat yang boleh digunakan di mana saja dan diperteguhkan melalui peruntukan khas di negara yang memerlukannya, sama ada untuk menentukan kaedah pembikinan yang lebih baik ataupun untuk menampung kesan kejutan gempa susulan yang sungguh mengerikan. Salah satu kritikan utama selepas berlakunya gegaran gempa bumi di Gujerat itu ialah cara kerja-kerja bantuan (penyelamatan) yang terpaksa dirancang oleh orang tempatan mengikut cara spontan. Kebanyakan usaha itu adalah hasil kerja rakyat marhaen dan bukannya oleh kerajaan pusat ataupun agensinya.

Apabila bencana sebesar ini berlaku, agensi sejagat, agensi kerajaan dan pasukan sukarelawan terpaksa bertindak dengan segera tanpa ada helahnya. Malahan, dalam hal ini, Pakistan yang merupakan musuh ketat India telah mengirimkan beberapa bahan bekalan melalui pesawat udara. Tindakan yang sama pernah dilakukan oleh Turkey dan Greece apabila negara yang sentiasa bermusuhan itu mengalami bencana yang sama secara berasingan, dulu. Walaunpun sikap perikemanusiaan itu menyemarakkan keriangan di hati, dunia sejagat masih boleh memperbaiki keadaan dengan mencipta satu piawaian dan peraturan sejagat untuk mengurangkan bahaya tragedi yang mampu menggelodak untuk meruntun nayawa manusia. Kerajaan perlu didesak untuk bertindak tegas terhadap kerakusan, penipuan dan tamak haloba yang memudahkan kerja-kerja dalam menghenyak dan mengganyang insan. Desakan ini perlu dilakukan secepat mungkin. Seorang pakar seismologi di University of Colorado telah membuat kajian mengenai pergerakan bumi di benua India selama 15 tahun dan berpendapat bahawa rantau itu akan berkemungkinan diserang oleh gempa bumi secara berurutan dalam masa yang terdekat.

-The Sacramento Bee

...................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com