Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perunding Yang Mengenakan Caj RM100,000 Sejam

Perunding Yang Mengenakan Caj RM100,000 Sejam
(MGG: The RM100,000 An Hour Consultant)

Kerjaya sebagai seorang perunding sudah menjadi satu fesyen sekarang ini. Mereka wujud dalam pelbagai sikap dan sifat. Seorang perunding mungkin diperlukan untuk membuka pintu ke ruang yang dipenuhi oleh golongan atasan. Seeorang lagi meungkin diperlukan untuk berkhidmat melobi kontrak aaupoun menentukan tempaahan dibuat ke atas barangan yang senagaja ditinggikan nilai harganya. Para perunding seperti itu memang dibayar dengan harga yagn tinggi dan ada di antara mereka memang pakar dalam pekerjaannya. Bayaran khidmat itu bukan selalunya murah. Saya pernah terdengar beberapa kisah yang belaku dalam Darulboleh, yang memang ada kebenarannya, walaupun ia mengejutkan kerana ada seorang perunding yang mengenakan kadar khidmat sebanyak RM100,000 bagi satu jam. Dia memang begitu berjaya sehinggakan kini dia mampu hidup mewah laksana seorang ahli perniagaan. Saya pernah bertanya apakah sebabnya orang lain sanggup membayar wang sebanyak itu untuk mendapatkan khidmatnya? Soalan itu diperbetulkan pula. Rupanya, insan yang itu mampu mengenakan caj sebanyak dua kali ganda daripada biasa pada bulan itu dan masih ramai orang lain yang akan merapatinya untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

Inilah yang merupakan anak tangga pertama dalam satu proses kemajuan seorang ahli perniagaan di Darulboleh. Pada tahap awalan saya memang tidak menyangkakan perkara ini boleh berlaku ke atasnya. Dia memang pintar membuat dua kerja dalam satu masa, laksana meminum air sambil menyelam. Kerana itu dia mampu mengejar masa sambil menyumpah dirinya kerana tidak menceburi bidang perundingan itu lebih awal lagi. Dia memang mempunyai segala kelulusan yang terpuji dan keupayaannya membuka pintu untuk mendapatkan peluang memang sudah teruji. Oleh kerana kebijaksanan itu saya pernah diberitahu betapa hadiah yang mahal-mahal pernah dihulurkan selepas perjumpaan yang pertama.

Saya memang pernah mendengar betapa wang yang banyak bertukar tangan sebagai tanda penghargaan yang diamalkan di sebuah negeri. Ahli perniagaan selalunya sanggup bermati-matian berlumba-lumba menyediakan wang yang banyak untuk mendapatkan pingat ‘datuk’. Memang tidak ada sesiapa yang mahu bercerita mengenainya, tetapi memang ada pasaran khas bagi ‘bisnes’ seperti ini. Dalam urusan ini ada kumpulan orang tengah yang lebih seronok kalau dikenali sebagai perunding mengikut selera kerjaya masakini. Perunding jenis ini memang diperlukan untuk memudahkan satu kumpulan yang memang sedia membayar harga yang diperlukan untuk mewujudkan satu hubungan, kerana tanpa hubungan itu bererti mereka menjadi mangsa kepada peraturan birokrasi. Jadi, kita ada perunding yang bertindak sebagai broker yang menjual projek, yang kebanyakannnya saya dapati adalah palsu. Ada pula perunding yang merupakan agen yang mampu memberikan maklumat awal kepada anda mengenai projek yang akan muncul pada bulan dan tahun yang boleh dijangkakan. Bayarannya bukan murah, kerana mereka ini merupakan rakan niaga yang menjalankan peranan sebagai agen makan komisen sahaja. Malahan, tidak ada satu benda yang dapat dilakukan melainkan ia diuruskan melalui perunding, tidak kiralah apa jenis manusianya.

Pernah tercetus satu skandal di Jabatan Perdana Menteri satu ketika dulu, yang terpaksa ditutup rapat kerana malu. Skandal ini membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan yang menuntut bayaran antara RM10,000 hingga 15,000 semata-mata bersua muka dengannya untuk lima belas minit sahaja. Khabarnya dia menambun begitu banyak wang dalam usaha itu sebelum bersara dan kini berlagak sakan dalam dunia korporat pula. Saya peranh diberitahu mengenai dua gelaran Tan Seri yang ‘diculik’ dan ‘dianugerahkan’ kepada orang yang tidak pun layak dipertimbangkan untuk menerima gelaran itu. Kerana itu di setiap penjuru putaran sesuatu roda itu, wang akan bertukar tangan menepati putarannya. Memanglah, cerita seperti ini tidak ada buktinya, tetapi orang yang memberi memang enggan bercakap kerana BPR akan menyoal orang yang memberi dan juga yang menerima pemberian itu. Tidak ada sesiapa yang akan dikenakan tuduhan kerana selalunya orang yang mahu dikenakan tuduhan itu bertaraf golongan yang tidak boleh disentuh. Sesaorang yang terpaksa berhadapan dengan siasatan seperti itu, ia adalah satu penyiksaan yang tidak dapat dibayangkan langsung, kerana ia akan merobah cara hidup orang yang terlibat.

Tetapi, memang saya ini sepatutnya tidak bersikap dungu seperti itu. Tidak ada sesuatu di Darulboleh ini yang boleh didapati secara percuma lagi. Pemeriksaan perubatan sudah menjadi sesuatu yang menekan hidup saya sehingga saya merasakan tidak lagi termampu menanggungnya. Satu ketika dulu saya hanya dikenakan caj sebanyak RM10 setiap enam bulan. Kini, ia memerlukan RM2,000 untuk satu lawatan. Saya fikir ini adalah bertepatan dengan kadar seorang perunding yang mengenakan caj sebanyak RM100,000 bagi setiap jam. Inilah gambaran betapa dia bersedia memberikan perkhidmatan di mana orang lain sanggup bergadai golok untuk menyediakan harga perkhidmatannya itu. Patutkah kita bising-bising mengenai hal ini? Untuk apakah kita riuh-riuh mengenainya?

MGG Pillai
Selasa 6 Feb.2001.

................................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com