Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Forum Badan Bertindak Melayu: Menggigit Balik

Forum Badan Bertindak Melayu: Menggigit Balik
(Malay Action Front Forum: Biting The Biter (fwd))

Walaupun tempat pelancaran forum berubah daripada padang Kelab Sulaiman kepada PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), mesej yang mahu disampaikan oleh pihak penaja dan peserta forum tidak pun tercemar dan menyimpang daripada tujuan asalnya. Namun, inilah mesej yang tidak digemari oleh para pemimpin UMNO. UMNO secara rasminya tidak ada kena mengena dengan forum itu, MAYC (Malaysian Association of Youth Clubs) telah menegah para ahlinya daripada turut serta. Sekaligus ini menunjukkan bahawa para pengasas forum itu tidak mendapat restu Perdana Menteri. Namun, di sebalik semua hingar bangar majlis forum itu, satu kumpulan pendesak di dalam UMNO muncul dari kalangan yang turut serta yang memikirkan mereka masih mempunyai pengaruh untuk mendesak UMNO memperbetulkan perjuangan mengikut pandangan yang mereka kemukakan.

Setiap fraksi besar dalam UMNO telah menyisihkan diri mereka, walaupun kewujudan forum itu membantu beberapa kumpulan yang tidak menyerlah dalam usaha menyokong si perdana menteri. Sebelum perhimpunan itu diadakan, pihak penaja telah cuba mendapatkan sokongan daripada veteran UMNO, tetapi tidak ramai yang sanggup menerima tawaran mereka. Bekas timbalan perdana meneri, Tun Ghafar Baba telah hadir, tetapi ucapannya mengeni perpaduan perkauman bukanlah sesuatu yang dijangkakan oleh hadirin yang berhimpun di situ. Setiap insan yang berada di atas pentas adalah ahli UMNO dan tentunya kehadiran mereka itu memberikan keyakinan betapa wujudnya kini satu kumpulan pendesak dalam parti itu.

Hakikatnya tumpuan utama majlis itu ialah terhadap ketuanan Melayu tetapi ia juga telah mengkritik kerajaan UMNO dan peranannya dalam menangani masalah orang Melayu. Namun, terdapat banyak kelonggaran dalam ucapan yang dikemukakan itu. Ada beberapa penceramah yang berlagak seperti ahli pembangkang. Kalau mereka sebenarnya ahli pembangkang, sudah pasti mereka akan menerima bahana merasakan keadaan sebenar menghuni sebuah kamar penjara. Terdapat beberapa kenyataan mengenai orang Melayu yang berbaur perkauman yang sungguh menakutkan.

Perdana menteri Mahathir Mohammad memang tidak terlepas daripada cemohan mereka. Ramai yang mencemoh cara pembelaan yang dilakukan kepada MAS dan Projek LRT. Ramai yang mahukan Mahathir mendengar rintihan akar umbi dalam parti. Cemohan terhadap Mahathir semakin menggila sehinggakan ada ketikanya pihak penaja majlis hampir meminta ahli UMNO (yang tidak tahan mendengar cemohan –penterjemah) keluar daripada majlis itu untuk seketika. Tentu tidak dapat kita bayangkan apa yang mungkin terjadi kalau semua penceramah yang berada di atas pentas keluar daripada majlis itu, kerana mereka samuanya adalah ahli UMNO juga.

Kehadiran sekitar 3,000 peserta di majlis itu menunjukkan mereka amat ingin melihatkan kehangatan majlis itu. Ramai yang tiba dengan bas. Tetapi kehangatan yang dijangkakan tidak pula tercetus. Sekali-sekala terdengar tepukan gemuruh para hadirin apabila kerajaan dan juga perdana menteri dicemuh dan sebaik sahaja rencana Dasar Ekonomi Terbaru dicadangkan. Kalau hadirin seramai ini berada di padang Kelab Sultan Sulaiman, kehadiran mereka mudah dianggap sebagai kewujudan bunga-api yang sudah lembab sahaja.

Yang menjadi satu perkara luar biasa kali ini ialah cemohan terhadap Mahathir. Mengikut budaya dan susur galur budaya Melayu, adalah kurang manis mencemuh dan mengutuk sesaorang pemimpin secara terus terang. Tetapi, sarong keris sudah semakin tergoyang dalam cakapan seperti ini. Semakin ramai orang Melayu yang semakin lantang bersuara masakini berbanding dengan sikap mereka di masa yang lalu. Tidak kiralah sama ada mereka masih berada di tepi pentas kuasa politik ataupun mereka mewakili diri sendiri sahaja. Apa yang mereka laungkan amat mudah disambung-sambung terutama sekali kalau ucapan itu merupakan keritikan terhadap pihak yang memegang kuasa.

Perhimpunan itu berakhir dengan satu resolusi yang diputuskan bersama untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri. Resolusi itu seolah-olah memberikan satu gambaran bahawa Perdana Menteri tidak mungkin mendengar rintihan yang diucapkan kalau tidak dirumuskan dalam satu resolusi untuknya. Apakah forum seperti ini mampu merobah pemikiran Mahathir untuk menilai dasar-dasrnya setelah kaedah yang lain didapati tidak berjaya? Saya fikir inilah satu lagi cara untuk memberitahu seluruh dunia betapa berkecamuknya pergolakan dalam UMNO. Segala ucapan yang dituturkan tidak akan meberikan kelegaaan kepada Mahathir. Semua itu akan menghantui ketenteramannya.

Akhirnya, kepentingan forum itu terletak kepada perkara yang tidak dibincangkannya. Semua intipati ucapan yang diluahkan itu adalah gambaran jelas betapa bergeloranya keadaan politik negara. Namun, semacam ada satu usaha untuk menentukan satu perkara yang Mahathir tidak mahu mereka bincangkan: kisah yang menhantui mantan timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim yang masih lagi terpenjara.

Walaupun UMNO menunjukkan kurang minat dalam perhimpunan itu, dua timbalan menteri telah turut serta. Mereka berdua ini masih berada di pinggir gelanggang kuasa. Keberanian mereka untuk turut serta memberikan gambaran kisah yang memang sudah lama diketahui oleh semua.

-MGG Pillai-
5.2. 2001

................................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com