Perdana Menteri Tua ‘Yang Keletihan’?
(Is The Prime Minister A ‘Tired Man’)
Seperti pemimpin di Malaysia yang lainnya, Perdana Menteri memang mudah diwawancara oleh terbitan asing kerana mahu menonjolkan imejnya. Dia tidak akan memberi ruang untuk diwawanscara oleh penerbitan tempatan melainkan untuk memperbaharui penonjolan imej bahawa dialah pemimpin terunggul yang tidak ada bandingannya. Inilah imej yang mesti disogokkan kepada minda rakyat Malaysia. Sebenarnya, dia begitu terpinggir sehinggakan di Malaysia pun tidak ramai orang mahu mengadakan wawancara dengannya. Kerana itu, apabila Asiaweek mengemukakan cadangan bertemu beliau, dia pun melompat dengan penuh keghairahan. Saya sendiri tidak faham kenapa. Hasil wawancara itu telah menghancurkan pandangan perdana menteri itu seperti yang dia mahu kita yakini. Tujuan asalnya ialah untuk memperkokohkan kepercayaannya betapa dunia telah silap mengadilinya. Sedangkan apa yang telah diluahkannya itu adalah gambaran perasaan seorang tua yang keletihan yang telah tercangguk dalam jerat yang dipasangnya sendiri tanpa kemampuan melepaskan dirinya lagi.
Keadaan kesihatannya bukanlah baik sangat. Dia mudah terperusuk di kerusinya. Otaknya selalu mencelaru, dan dia mudah merasa keletihan. Tetapi, insan yang sudah berusia 75 tahun memang mempunyai segala ciri-ciri ini dan mungkin lebih teruk lagi. Dia memang kerap disajikan hidangan yang tidak mudah ditelannya, tambahan pula kalau hidangan itu disediakan mengikut resipi masakannya: itulah kerja-kerja jijik yang mengaibkan timbalan perdana menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim. Inilah satu tindakan yang telah menghancurkan segala usaha yang baik-baik yang pernah dilakukannya selama dua dekad dia berkuasa. Apa lagi yang akan dilaksanakannya, tidak kiralah betapa unggulnya usaha itu, dia akan terus disumpah-seranah oleh rakyat marhaen dan seterunya sejarah negara kerana kesilapan itu. Dua tahun selepas membuat kesilapan bear itu, sokongan orang Melayu terhadapnya sudah lama berubah. Pandangannya mengenai dunia sentiasa merudum. Apakah yang mampu dibuktikannya melalui wawancara dengan Asiaweek itu?
Pada hakikatnya, wawancara yang dilakukan bersama lebih daripada seorang penemuramah memang satu majlis yang mudah mencetuskan kesulitan. Seseorang hanya mampu mengawal suasana itu kalau seseorang itu berada dalam keadaan yang cergas. Mahathir sudah tidak mempunyai kecergasan itu. Dia mudah merepek, tidak lagi berfikir dulu sebelum mengeluarkan jawapannya dan bercakap seolah-olah dia berdepan dengan wartawan tempatan yang akan diawasi oleh penyelia media Mahathir sebelum hasil tulisannya itu boleh diterbitkan. Mahathir tidak boleh melakukan semua itu terhadap wartawan asing, walaupun dia kerap melakukannya terhadap wartawan tempatan. Masalahnya muncul disebabkan Mahathir terlalu seronok mendengar suaranya sendiri. Itu sebabnya dia suka merepek meleret-leret sedangkan ada ketikanya dia mesti diam membisu sahaja. Cerita utama Asiaweek itu telah menarik penelitian pembaca terhadap Malaysia dan wawancara tiu telah memperakukan betapa Malaysia kini sedang hanyut ke arah satu banjaran gunung airbatu yang tenggelam, kesan daripada kepimpinan seorang manusia berhati syaitan. Melalui wawancara itulah Asiaweek dapat mendedahkan betapa teruknya keadaan sebuah negara yang sedang hanyut itu.
Mahathir memang terlalu pintar untuk tidak menyedari semua kejijikan itu. Jadinya, dia menuduh Asiaweek bukannya kerana apa yang telah ditulis dan dipaparkan tetapi kerana mengambarkan dirinya sebagai seorang tua yang keletihan. Dia menuduh Asiaweek kerana sengaja memilih gambarnya yang herot-merot. Tetapi, bukankah dia dan juga para pengampunya yang membenarkan gambar-gambar itu digunakan? Para edito yang memilih gambarnya itu berasaskan jalan cerita yang mereka paparkan, bukannya untuk menunjukkan seorang perdana menteri yang kelihatan kacak dan tampan. “Mereka terlalu mesra degan saya sehingga saya pun terpedaya.” Begitu mudah sekali seorang perdana menteri digoda oleh tiga orang wartawan. Bagaimana pula kisah Anwar yang dicetuskan oleh beberapa insan yang mampu mengkotak-katikkan beliau untuk menghancurkan bekas timbalannya itu tanpa beliau menyedarinya terlebih dulu?
Di sebalik kisah gambar itu, wawancara itu telah memalukan Mahathir dan juga pentadbirannya. Reaksinya hanya memburukkan keadaan. Inilah yang menyebabkan edisi Asiaweek Januari 26 itu akan diulangcetak lagi.
-MGG Pillai-
.......................................................................................
Terjemahan oleh Sdr. Marhain Tua
Komen Mahathir dan para juaknya muncul hanya satu minggu selepas Laman Web Reformasi menerbitkan artikel asal dan juga terjemahannya. Rakyat marhaen terutama sekali orang Melayu telah terlebih dulu sedar akan kandungan Asiaweek sebelum majallah itu muncul di kedai. Tetapi, kalau pentadbiran Mahathir betul-betul cekap, mereka sudah mampu menyekat pengedaran majallah itu seperti yang dilakukannya dulu-dulu. Kegagalannya melakukan tindakaan ini sekarang, menunjukkan betapa Mahathir dengan kumpulan bajingannya hanya mampu berlagak garang kepada terbitan tempatan sahaja. Mungkin Mahathir kena ambil kumpulan penguatkuasa MPSJ untuk tugas ini. – MT -