Assalamualaikum w.b.t.,
Ada satu cerita hebat berlaku di Masjid Al-Rahman selepas sembahyang Jumaat hari ini. Sebelum imam berkhutbah, beliau telah memberi tazkirah mengenai kaum Yahudi dan perbezaannya dengan Israel (Israel adalah keturunan Nabi Yaakob - manakala Yahudi laknaktullah pula adalah kaum yang tidak menerima Nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi yang terakhir kerana bukan dari keturunannya.
Khutbah yang disampaikan juga mengenai Yahudi yang mana sifat-sifat yang ada pada mereka juga terdapat pada sebahagian pemimpin negara yang mengaku Islam.
Selepas khutbah ada hamba Allah telah melaungkan takbir dengan kuatnya dan diikuti oleh para makmum yang berada di bahagian hadapan masjid..........tiba-tiba berdiri seorang lelaki (karat biru UMNO - usia dalam lingkungan 40-an) yang melaungkan ''Hidup Mahathir'' (3 X) dan ''Pemimpin ulung negara kita'' dan terus keluar dengan selamba dekknya.
Semua jemaah yang mendengar laungannya itu terus mem'boo'nya secara perlahan sahaja (sebab menghormati masjid), sambil senyum 'menganjing' kepada lelaki yang karat UMNO itu.
Itulah ceritanya pada hari Jumaat yang mulia ini di masjid 'Reformasi'.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.