"Kalau Fadzil Nor tak pandai kunci jin-jin belaan
Mahathir, hancur nanti,"kata kawan saya. Seorang lagi
kawan saya bimbang Fadzil Nor kena pukau nanti oleh
Mahathir. Dia takut "Fadzil Nor akan kelu lidah, otak
jadi blank dan akan anggok aje." "Diri kita kena
berisi kalau nak berdepan dengan Mahathir hok simpan
jin dan pakai susuk tu,"tambah beliau. "Fadzil Nor ni
berisi ke?"
Memang banyak orang berminat bila bercakap pasal jin
dan ilmu seher. Ada juga orang Islam yang tak percaya
makhlok jin itu ujud walau pun disebut dalam Quran dan
Hadith. Memang banyak sekali cerita pasal Mahathir
pelihara jin-jin dan pakai susuk.
Ustaz Ismail Kamus masa kempen pilihanraya 1999 ada
kata secara kiasan Mahathir pakai jin. Mahathir tak
senang dan takut dengan Ustaz Haron Din sebab Ustaz
Haron Din berupaya dengan idzin Allah kunci jin-jin
dan ilmu seher yang Mahathir pakai.
Sebenarnya kita telah mendengar banyak tentang Dr
Mahathir memelihara jin-jin dan menggunakan susuk
serta ilmu seher. Ada orang secara berseloroh berkata
jin-jin tersebut diimport dari India. Ada orang
bercerita di Mahligai Air Mata Rakyat di Putra
Jaya ada satu bilek rahsia tempat Mahathir sembah
patung ular sendok (cobra). Ada juga cerita Mahathir
memakai susuk sama seperti yang dipakai oleh
P Ramlee. Wallahualam.
Ada juga rakan-rakan kaum India cerita pasal Samy
Vellu letak patung Mahathir di sebuah kuil Hindu.
Setiap hari paderi-paderi kuil akan mandikan patung
Mahathir itu dengan air susu. Dengan pendewaan
sedemikian Mahathir akan terus sihat, panjang umur dan
sentiasa disanjung seperti dewa-dewa oleh
pengikut-pengikut beliau. "Mahadey-dewa-dewata"?
Pemimpin-pemimpin UMNO pun ada bercerita mereka
mensyakki Mahathir "ada memakaki." Bila berdepan
dengan Mahathir mereka boleh secara tiba-tiba berasa
gerun, mengeletar, mengelabah dan lupa apa yang nak
dikatakan. Ini berlaku jika mereka pergi dengan niat
untuk bersemuka sebab rasa tak puas hati dengan
sesuatu keputusan yang dibuat oleh Mahathir. Tapi bila
berdepan dengan Dr Mahathir mereka tak ubah macam kena
pukau. Lidah jadi kelu, otak jadi kosong, dan mereka
akan angguk sahaja apa yang Mahathir cakap.
Shahrir Samad pun berani cakap belakang. Sharir akan
senyap dan angguk saja bila berdepan dengan Mahathir
dalam mesyuarat MT UMNO.
Dr Mahathir tu taklah sehebat mana. Dia cukup
takut berdepan dengan para ulamak macam Ustaz Haron
Din, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang, Ustaz
Ishak Baharom, Ustaz Ismail Kamus dan lain-lain. Belum
terdengar pulak orang sebut Ustaz Fadzil Noor antara
ulamak yang Mahathir takut.
Mahathir juga kurang selesa bersama mereka-mereka yang
selalu amalkan ayat-ayat pendinding dari Al Quran dari
Surah Al-Baqarah (ayat-ayat 1 - 4, 163 - 164, 255
iaitu
ayatul kursi, 284 - 286); Surah Al-Imran (ayat 18);
Surah Al-Araaf (ayat 54), Surah At-Taubah (ayat 128 -
129), Surah Al-Mu'minuun (ayat-ayat 115 - 118) dan
banyak lagi.
Ada orang sebut Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah
antara orang-orang yang kuat amalannya yang Mahathir
dan jin-jinnya 'tak boleh makan'.
Menurut kata-kata orang, kalau pelihara hantu terpaksa
lakukan kekejaman demi kekejaman supaya dihormati dan
ditakuti oleh jin-jin puaka yang dipelihara itu. Orang
yang pelihara jin juga disyaratkan mesti benci kepada
agama Islam dan para ulamak. Agaknya ini dia punca
kekejaman Mahathir terhadap Anwar dan perasaan benci
yang ada pada diri Mahathir terhadap Islam dan para
ulamak. Wallahualam.
Orait. Kalau jadi pertemuan PAS-UMNO pada 19hb
Februari kita akan tahu samada Mahathir akan berjaya
pukau Fadzil Nor.
Mansur KK