Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Powod FGR - Kenapa orang BA tak boleh kritik BA. Kena angguk aje ke?

Assalamualaikum,

Saya tolong fowod dari FGR. Saya berpendapat penulis yang nick "Gagah 21 Tahun" ada kes. Saya sendiri lihat di FGR kalau ada orang menegur-kritikan sesuatu keputusan parti-parti BA beliau akan dituduh orang UMNO atau posting dideletekan oleh PW webmaster FGR. Banyak posting yang tentang pertemuan PAS dengan UMNO sebab takut PAS kena dimainkan UMNO telah dihentam sebagai posting orang UMNO. Bukankah UMNO yang nak kan pertemuan perpaduan tu? Perbuatan ini bercanggah dengan prinsip kebebasan bersuara yang kita BA laung-laungkan. Harap saudara Dollah Rimau dan lain-lain di Tranung kite boleh siarkan pendapat "Gagah 21 Tahun" ini.

Terima Kaseh

"Kenapa orang BA tak boleh kritik BA. Kena angguk aje ke?"

Mengapa PW Webmaster FGR padamkan posting-posting saya. Yang saya katakan adalah kenyataan dan benar. Adakah kita sendiri takut mendengar kebenaran?

Kita semua yang memperjuangkan reformasi sibok dengan laungan-laungan 'kebebasan bersuara' (Freedom of Expression) kebebasan ini dan itu, tetapi nampaknya ada dikalangan kita macam saudara Webmaster FGR yang tak practice what we preach. Tak sanggup nampaknya menerima pendapat-pendapat yang bertentangan atau krtikan-kritikan terhadap BA dari orang BA sendiri. Maknanya BA pun sama aje dengan UMNO tak boleh terima kritikan dari dalaman. Apa akan jadi nanti kalau BA memerintah jika sekiranya orang BA sendiri tak boleh kritik kalau ada kepincangan dalam BA. Maknanya BA akan sama lagaknya dengan lagak UMNO - tak boleh menyuarakan pendapat-pendapat yang tak senang didengar, hanya kemukakan yang seronok didengar.

Kepada PW Webmaster. Adakah kita orang BA hanya dikehedakki membuat posting di FGR ini dalam nada menyokong BA sahaja. Maknanya kita tidak boleh membantah atau menyuarakan sesuatu mengenai BA yang tidak sedap didengar.

Saya dah lihat sikap PW Webmaster FGR banyak kali. Sikap kuku besi, sama macam Mahathir jugak. Anda PW Webmaster FGR pernah kata you are not wanted here, go to another forum. Apa punya sikap yang you ada ni hah?

Kalau nak kan yang sedap didengar aje, samalah seperti UMNO. Tak ada bezanya. Samalah dengan Utusan Meloya, dan lain-lain media ampu kerajaan. Tak ada kebebasan bersuara. Dan jangan kata pulak anda ada standard sendiri, poraaah. Kita gunakan universal standards.

Allahyarham Mohd Anuar Sharip contoh bagaimana seorang pejuang reformasi yang mati dibelasah polis dalam tahanan tidak begitu diambil peduli pihak BA kecuali PRM dan lain-lain badan seperti Aliran, Suaram.

Keadilan dan PAS ambil sikap cuci tangan. Nasib baik ada orang macam Sabri Zain (PRM) dan ada badan-badan macam Aliran yang mengambil tahu dan cuba memberi Kak Suzana bantuan-bantuan yang perlu. Bukan Kak Suzana nak dibantu dari A hingga Z. Bukan begitu. Kak Suzana hanya inginkan morale support. Ini pulak dah lah tak bantu tapi sebaliknya setuju dengan dakwaan polis bahawa Allahyarham Anuar Sharip itu kaki dadah.

Saudara PW Webmaster sendiri kalau mata tak buta dan telinga tak tuli akan akui dari lingkungan 3,000 hingga 4,000 hardcore reformis jalanan sudah tinggal sekarang ini hanya dalam lingkungan 2 atau 3 ratus sahaja. Kenapa? Sebab mereka sudah tahu. Jika berlaku apa-apa kepada mereka seperti ditangkap polis maka 'they have to mostly fend for themselves'.

Itu sebab saya kali ni akan pergi berjumpa dengan salah saorang lagi pengerak reformis jalanan untuk beritahu dia jangan keluar kali ini. Dia ni ada gerai di Stove dekat Dayabumi. Dah banyak kali dia kena tangkap berdemo dan banyak kali gambarnya masuk surat khabar, ada sekali tu gambar sedang mendukong anaknya. Jadi bukan saya expose dia di FGR ni. Dia dan saya tak perlu expose. SB kenal kami.

Saya nak bagitahu kawan kat stove itu agar kita hardcore reformis jalanan jangan turun ke padang kali ini. Dengan cara ini terpaksalah orang-orang BA yang lain menyambut seruan reformasi dan keluar berdemo. Saya pasti tak ramai yang berani turun ke padang.

Kami faham risiko. Memang dalam perjuangan mesti sanggup tanggung risiko. Malah dah rasa tak sempurna atau tak sah kalau tak berakhir dengan kena belasah atau berkhemah beberapa malam di lokap polis. Kebanyakkan kami kena belasah oleh FRU naik gian pulak nak kena belasah lagi. Tapi kalau kami ditangkap dan sebagainya 'don't forsake us'. Duit bayar jaminan semua tu kami boleh cari sendiri. Peguam-peguam no problem sebab PRM dan Aliran, Suaram dan badan-badan Peguam akan usahakan. Yang kami inginkan daripada PAS dan Keadilan hanyalah morale support. Tu aje. Itu pun susah?

Kepada Abang Sabri Zain (PRM) yang sentiasa berdemo dengan kami...sorry this time I am not going to the frontlines. Dan lebih kurang 50 orang hardcore lagi akan turut dok dirumah. kami rehat kali ni. Kami nak tengok orang-orang BA yang lain turun padang untuk berdemo.

Kepada Webmaster FGR...contohilah Webmaster Tranung Kite. Yang pahit pun disiarkan oleh Tranung Kite kerana mereka sedar macam mana teruk sekali pun kritikan terhadap kepimpinan PAS, ianya boleh diguna juga untuk peringatan kepada pimpinan PAS agar tidak terpesong dari landasan perjuangan. Pasal Nasaruddin berneck tie dan bercoat untuk bincang dengan UMNO pun Webmaster Tranung Kite sanggup siarkan. (Di harap si Nasaruddin next time will dress accordingly like a Muslim leader. Jangan jadi cakap tak seperti bikin).

Allahu Akbar!

Gagah 21 Tahun


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com