Kalau dulu api reformasi yg dinyalakan oleh ANwar cuma
marak membakar di sekitar Lembah Kelang sahaja....kini
ia menjadi bara yg kian marak dan menyala hingga ke
perkuburan Mahathir di Kubang Pasu. Saat kejatuhannya
kian hampir...sehampir putih telur dengan
kulitnya...dan apabila datang pertolongan
Allah....anjing2 yg kuat menyalak itu pasti akan
terjelepuk tak berkutik...Ingatlah..barang siapa yg
menentang rakyat maka dia akan jatuh di tangan rakyat
juga. Dan barang siapa yang bersama rakyat..maka dia
akan hidup aman damai bersama rakyat...Pemimpin yg
zalim akan ditelan zaman...tetapi rakyat yang
bermaruah akan menjadi tonggak kekuatan ummah. Wahai
polis2 yg masih punya hati dan perasaan...sampai bila
kalian mahu menjadi anjing2 suruhan walhal daging dan
isinya dimakan oleh tuan2 kamu, sementara kamu sendiri
hanya dapat menggonggong tulang belulang sahaja ? Dan
dgn sisa-sisa tulang dan belulang yg dihurungi lalat
hijau itulah kamu memberi makan anak isteri
kamu...lantas mmenjadilah keturunan kamu penyangak dan
pendurhaka kpd ALlah dan orangtuanya.
Bila lagi
kalian mahu bersama rakyat menikmati arus dan
gelombang kebangkitan keadilan sejagat ini? Siapa
antara kalian yg bisa menongkat langit walhal tuan
kamu sendiripun akan dikambus ke dalam lubang tanah ?
Kamu bersusah payah berperang dgn rakyat, sedang
tuan-tuan politik yg kamu taatkan sangat itu bersenang
lenang di mahligai nya bersama anak isteri bersuka ria
dengan wang berjuta ringgit. Dan kamu hanya makan gaji
beberapa ratus ringgit sahaja ? Berbaloikah semuanya
itu ? Fikirkanlah wahai manusia yg berakal !!
mamat dahlia