Era globalisasi sungguhpun disanggah dengan pelbagai
kecaman dan kririkan, ia tetap berjalan dengan tema
super power Amerika meluaskan empayar kuasa ke seluruh
pelusuk dunia. Pada masa yang sama ia membawa missi
untuk meragut potensi umat, merobek perpaduan dan
melemah ikatan persaudaraan.
Sejak begitu lama, kita dikongkong dengan paradigma
dan modul ciptaan Amerika dan kuncu-kuncunya untuk
bergerak. Dengan tajaan, selian dan kongkongan kuasa
Barat, kita dicipta dengan pelbagai isu, kita
diputarkan dengan semangat islah yang entah ke mana,
dengan rentapan, dengan sentuhan sulit, semakin lama
mengongkong kita untuk bergerak dan beraksi.
Sungguhpun masa dan ketika sudah berubah.. kita masih
bergelut dengan rencah dan rencam yang tidak
sudah-sudah. Polemik politik, dengan semangat
reformasi, islah dan seumpamanya masih menjadi tema
perjuangan politik kita. Tentang masalah umat, tentang
nasib genarasi akan datang, tanggungjawab terhadap
kejahilan dan kebebalan masih terbiar.. umat menjadi
resah dengan budaya mungkar, risau dengan budaya
fahshak, ism-ism sekular terus menapak, makanan
materialistik, minuman hodenistik dan sebagainya
menjadi dendangan dan santapan harian masyarakat.
Kita berhadapan dengan pelbagai rencah dan rencam.
Bukan setakat isu penyamun yang menyamun harta rakyat,
bukan setakat rasuah yang bermaharajalela, bukan
setakat istilah apa yang disebut sebagai mahazalim dan
mahakejam.. malah kita berhadapan dengan putaran
modul, rencah yang dikelolakan oleh pihak musuh untuk
membiarkan kita bergelut secara berterusan.. sedangkan
masalah umah, kerenah dan pembangunan insani manusia
terus dibiar dengan tajaan penyuburan projek
pembangunan karektor-karektor haiwan yang melambak
dalam masyarakat.
Adakah kita masih boleh bernafas dengan dada yang
lapang tentang keruntuhan moral di kalangan anak-anak
bangsa, adakah kita masih bersenyum dengan rekahan
nafsu haiwan dalam benak anak-anak bangsa, adakah kita
masih dibuai lena yang berpanjangan tentang gejala
murtad, buta agama, gila maksiat dan seribu macam
penyakit masyarakat yang bakal menghancurkan masa
depan bangsa dan umat. Apatah lagi, penularan gerakan
sulit kristianisasi, merobek kejernihan aqidah
anak-anak bangsa, membutakan kehidupan anak-anak
bangsa setelah kematian, mengsengsarakan generasi akan
datang tentang futuristik dan hadaf yang bakal
dilalui.
Masalah yang menghimpit kita, musuh umat dan bangsa
yang ingin membaham generasi umat dan bangsa, ranjau
dan belukar dalam masyarakat bukan lagi kisah yang
tidak mempunyai tajuk dan isi, tetapi merupakan fakta
denagn segala scientific kajian, dengan segala bahan
yang telah diexperimentkan.
Dengan ranjau dan belukar dalam masyarakat, istilah
menyalahkan kepada orang lain masih tidak perlu
didebatkan, kita punyai akal untuk sama-sama satukan
fikiran, kita punyai hati yang sentiasa mempunyai rasa
iman dan keyakinan, kita masih mempunyai rasa belas
dan kasihan tentang masa depan kita dan bangsa kita.
Kita dan negara kita. Kita dan umat kita.
Ianya bukan lagi mainan dan rencahan yang dipaparkan
dalam permainan politik. Kita perlu mempunyai rasa
musyawarah dan mazakarah, kita perlu melalui rasa
kasih dan berlapang dada, kita perlu duduk bersama
berbincang, bertukar fikiran untuk menyatukan tindakan
dan harapan.
Sesungguhnya usaha pertemuan di antara PAS dan UMNO
seharusnya dilihat secara matang, ianya bukan tema
untuk bergelut mencari siapa menang dan kalah, tetapi
berbinccang tentang masalah kita, tentang masa hadapan
kita, generasi akan datang dengan segala rencah dan
rencam yang diputarkan musuh di sekeliling. Ia bukan
untuk mencari publisiti politik murahan, tetapi
perbincangan secara serius apa yang dikatakan dengan
masalah umat, anak-anak bangsa yang selama ini menjadi
ratahan sikap biadap dan zalim nafsu-nafsu haiwan.
Malaikat Subuh