Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pembohongan di Radio Malaysia Kedah

Berita RMK jam 7.30 pagi (21.2.01) telah mengulas berita mengenai Ceramah Parti Keadilan yg di buat di Kg Lahar, Malau, Jitra pada 14.2.01 setelah seminggu peristiwa itu berlaku. Sebelum ini semua media kerajaan tidak berani untuk menyampaikan berita tersebut mungkin takut silap bohong dlm lapuran atau pun ada sebab lain. Setelah seminggu barulah berani itu pun mungkin dah dapat 'green light' dari pihak atasan @ ketua pembohong dan telah diberitahu macam mana cara nak bohong. . Pembaca berita tu kalau tak silap Pak Din (nampaknya dapat saham free lah tu sebab subahat dgn puak pembohong). Apa yg dinyatakan dlm berita itu bahawa pihak polis tidak akan bertolak ansur langsung dgn Parti Keadilan dan pihak yg merusuh dan menimbulkan keganasan terutamanya yg melibatkan Saudara Ezam. Hai, nampaknya takut sangat puak ni. Yg jadi soalannya yang takut tu siapa, pihak polis ke atau Umno?

Kita sudah tahu yg PM umno ni kegemarannya membohong orang hidup-hidup. Tak mau nak tanggung dosa berbohongnya tu sorang-sorang maka di ajaknya puak lain tumpang syer. Maka benar sangatlah peri bahasa melayu, 'bapak kencing berdiri anak kencing berlari' sebab Ketua Pembohong dah bohong besar maka kuncu-kuncunya tambah lagi besar. Pak Din RMK pun tak terkecuali dan tumpang sekaki kerana sampaikan berita bohong lagi fitnah tu. Kalau Pak Din tak tengok sendiri apa yg terjadi jgnlah jadi tukang sampaikan pulak. Yang suruh sampaikan berita bohong tu mungkin seorang dua saja tapi Pak Din dah sebarkan fitnah keseluruh Kedah, Perlis, P.Pinang, Perak dan dimana-man siaran Radio RMK boleh didengar. Kalau tak tolong sampaikan anak bini tak makan ke Pak Din? Pembohongnya lagi yang orang awam yg yang memulakan rusuhan sebab itu polis terpaksa bertindak untuk menyuraikan orang ramai yg mana sebenarnya orang ramai yg terdiri dari orang-orang kampung bangsa melayu islam yang tua, wanita, kanak-kanak cuma mahu mendengar ceramah dgn aman untuk mengetahui perkembangan semasa. Saya berada betul-betul disebelah pentas ceramah. Tidak ada niat langsung untuk mereka merusuh. Pada pemerhatian saya, kalau orang ramai berniat untuk merusuh atau berlawan dgn pihak polis mungkin ramai anggota polis yg masuk hopital malam tu atau mungkin ada yg mati. Setakat trak-trak FRU dan kereta polis tu senang-senang saja mereka tolak masuk kedalam sawah berhampiran malah kemungkinan empat-empat tayar keatas memandangkan ramai nya orang-orang yang hadir masa tu.

Pada pengamatan saya pada malam tu Dr. Mahadzir dan pihak polis telah menambahkan musuh serta semakin dibenci. Puluhan ribu yang hadir masa tu sekiranya di tanya tak akan ada seorang pun mengatakan tindakan polis itu betul atau pun perlu. Semua nya merungut dan menyatakan kebencian dan memaki hamun pihak polis dan Dr Mahadir. Ramai yang menjerit geram "tunggu lah kamu Dr. Mahadzir orang Kubang Pasu akan ajar kamu 2004 nanti, jangan harap kami nak undi kamu lagi" .

Kepada pihak polis pulak terutamanya anggota bawahan FRU inginlah di nasihatkan janganlah bersubahat dan diperalatkan oleh orang yg zalim lagi kejam. Apakah dgn gaji yg tak sampai seribu tu sanggup mengkhianati orang yg sebangsa dan seugama. Apakah dengan gaji itu juga tuan-tuan rela menyuapkan kemulut isteri dan anak-anak tuan-tuan? Apa murah sangatkah harga diri saudara-saudara semua ? Susah sangatkah nak cari rezeki dgn cara yg baik dan halal dlm negara Malaysia yg di war-warkan kaya dan mewah oleh regim tuan-tuan tu ? Kembalikan lah keadilan dan keamanan sebenar ditanah air milik kita bersama ini. Negara ini bukan milik Mamak Mahadzir tu seorang.

Kepada Saudara Ezam dan komponen BA, jangan serik dengan puak-puak zalim ini. Serang Kubang Pasu, letihkan polis dan lumpuhkan Mamak tu. Kami akan bersama-sama kamu, insya'allah.

locos11


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com