Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Lanjutan Isu Ustaz Nasarudin tertinggal songkok ?

Assalamualaikum,

Saya setuju dengan saudara @ saudari. Pemimpin pertubuhan Islam mesti ada dan kekalkan identiti sendiri. Jangan ada pemimpin kepada mana-mana pertubuhan, jabatan mahupun institusi "ISLAM" berpakaian seperti Pengarah Pendidikan umpamanya. Tak boleh nak beza.

Saya kenal secara tak langsung kepada Ustaz Nasarudin ni kerana beliau tinggal di Cheras (tak perlu sebut taman mana) sama dengan tempat tinggal bekas Pengarah Jakim yang dah jadi senator.

. Ada juga nampak menaiki pajero "ahli parlimen Malaysia" dan biasanya pun saya lihat tidak bersongkok. Anggapan saya terhadap beliau selama ini adalah baik sahaja mungkin beliau kepenatan mengharungi "jam" sebelum sampai ke rumah dan songkok ni dah menjadi bebanan kepada beliau untuk tidak memakainya. Isu ini tidak besar sekiranya beliau hanya ahli biasa PAS tetapi dengan kedudukannya kini, haruslah difikirkan pandangan awam terhadap beliau yang isu ini walaupun "kecil" tetapi boleh menimbulkan finah yang "besar" kepada beliau. Sama-sama kita renungkan .... Biarlah orang lain berpakaian begitu tetapi beliau kekal dengan identiti sendiri sebelum beliau menjadi YB. Baru ada umph .... Kalau tidak tiada beza pemimpin PAS dengan UMNO ... Ini satu cabaran kepada semua pemimpin PAS ....

tq


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 12 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com