Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ANTARA PINGAT & PENGAT

"Yah, yah, pengat apa yang orang dok heboh tu,"tanya anak jiran saya kepada ayahnya, suatu petang.

Sang ayah sempat berfikir sejenak untuk mencari apa gerangan benda 'pengat' yang ditanyakan puteranya itu.

"pengat yang mana pula?"balik bertanya sang ayah. "itu, yang 'sutan' Kelantan bagi kat orang, kemudian dia ambil balik. apa 'sutan' tak takut buruk siku ke?"ujar si anak jiran saya itu. Jiran saya itu baru mafhum apabila disebutkan 'sutan' Kelantan, yang segera terbayang dalam khayalannya bagaimana orang yang dimaksudkan itu berpose dengan memakai kacamata hitam berdiri di depan kereta mewah Lamborghini. Sepintas terkesan seperti bos mafia. Orang inilah yang 'melarikan' Lamborghini dari gudang kastam Pelabuhan Klang, beberapa tahun lalu. Saya tidak tahu kenapa anak jiran saya yang baru berusia 11 tahun itu sudah tertarik dengan isu-isu konyol tentang penarikan 'pingat' -- bukan 'pengat' seperti yang disebut anak jiran saya itu -- yang sudah diberikan kepada seseorang. Sedangkan pingat atau apapun 'gelar kebesaran' duniawi tidak lagi relevan dalam era post-feudalistik seperti sekarang ini. Gelar 'tan', 'tan sri', 'datuk', 'datuk seri', 'nenek', 'nenek seri' dan sebagainya tidak lebih dari sisa-sisa peninggalan zaman feudal.

Orang-orang Pas -- khususnya di Kelatan -- tidak harus berdukacita sekiranya Sultan Kelantan menarik kembali semua pingat dan anugerah yang pernah diberikannya. Nik Aziz tidak kurang nilainya di mata umat tanpa memakai gelar 'datuk', demikian juga Fadzil Noor. Demikian juga Dr. Hassan Ali dan sebagainya.

Dalam keadaan seperti sekarang ini, orang-orang Pas Kelantan harus menarik garis tegas dalam hubungannya dengan Istana Kelantan. Sudah cukup lama pihak-pihak tertentu mencuba untuk melaga-lagakan tokoh-tokoh tertentu Pas dengan pihak istana. Ustal Alwi ketika terpilih menjadi Adun Gaal pernah tidak diberikan surat tauliah mengajar oleh MAIK. Padalah sebelum terjun ke kancah politik Ustaz Alwi dalam pegawai bahagian agama MAIK. Kemudian dalam masalah air, cukup lama Tok Guru Nik Aziz menanggung beban gara-gara terlalu bertolak ansur dengan kerenah pihak istana. Dan entah berapa banyak kes lain yang kehadiran istana merupakan selumbar dalam gerak kerja pentadbiran dan pemerintahan Pas di Kelantan.

Jadi untuk menunjukkan bahawa Pas tidak memerlukan sebarang anugerah dari pihak istana, dalam keadaan sekarang, sebaiknya orang-orang Pas tidak harus malu kepada orang itu dan orang ini. Mereka mesti bertindak serentak mengembalikan semua anugerah kepada pihak istana yang pernah memberikannya kepada mereka. Dimulai dengan Tuan Guru Nik Aziz, kemudian disusuli dengan orang-orang di bawahnya.

Dengan demikian, saya kira, Pas tidak perlu lagi merasa terikat dengan istana, kecuali dalam hal-hal yang tidak dapat dielakkan kerana termaktub dalam undang-undang tubuh negeri Kelantan. Kedekatan Pas dengan istana lebih banyak mudharat dibandingkan dengan manfaat.

Pihak istana harus sedar, bahawa bagi sesetengah orang menganggap lebih baik mendapatkan 'pengat' dibandingkan dengan 'pingat'.

-----------
Hanya yang di-cc-kan ke alamat e-mail saya saja akan ditanggapi.
le_mah@hotmail.com
limah gemuk


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com