Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KHIR TOYO DAN CARA BERPOLITIK YANG TIDAK TERHORMAT

Dibandingkan dengan ramai ahli UMNO yang lebih kanan dan lebih banyak berjasa, tidak syak lagi Dr.Khir Toyo adalah seorang ahli UMNO yang sangat bernasib baik, kerana beliau telah dilantik menjadi MB Selangor dengan begitu mudah dan dalam usia yang sangat muda.

Akan tetapi, jika dibandingkan dengan MB Selangor yang terdahulu, nasib beliau mungkin pula tidak sebaik nasib MB yang berkenaan..

MB Selangor yang terdahulu memegang jawatan itu ketika UMNO masih merupakan parti yang kuat di Selangor dan MB pula biasanya mendapat sokongan yang agak menyeluruh daripada pemimpin UMNO yang lain.

Sebaliknya, Khir Toyo menjadi MB ketika pengaruh UMNO telah merosot dan lemah, dan pelantikan beliau sebagai MB pula pada mulanya tidaklah direstui oleh kebanyakan pemimpin kanan UMNO di Selangor.

Oleh itu, bukan sahaja kedudukan parti yang dipimpinnya tidak lagi sekuat dahulu, malah kedudukan beliau sendiri sebagai MB tidaklah begitu teguh. Dengan perkataan lain, kedudukan beliau sebagai MB tidaklah begitu selamat.

Dalam kedudukan beliau yang tidak begitu selamat itu, beliau telah mengamalkan sekurang-kurangnya dua cara berpolitik yang tidak terhormat dan tidak terpuji: pertama, mengamalkan "rasuah politik", dan kedua menghalang atau menyekat aktiviti parti lawan (PAS dan KaADILan) di kawasan beliau (Sabak Bernam).

Rasuah politik yang paling ketara melibatkan beliau dapat dilihat menjelang Hari Raya yang lalu. Ketika itu beliau telah menyampaikan derma atau hadiah berupa wang tunai, ayam, beg sekolah dll di kawasan beliau (DUN Sungai Panjang) yang nilainya berpuluh ribu ringgit dan mengatasi jumlah elaun beliau selama beberapa bulan.

Walaupun, kemudiannya beliau menjelaskan hadiah atau derma itu berasal daripada sumbangan tokoh koperat dan syarikat yang tertentu, tetapi pada mulanya beliau tidak memberi penjelasan itu, dan seolah-olah ingin menunjukkan bahawa derma dan hadiah itu adalah derma dan hadiah peribadi beliau.

Dengan itu, penjelasan beliau itu tidak dapat membersihkan nama beliau, kerana jelas bahawa beliau memang telah melakukan "rasuah politik" , iaitu menggunakan sejumlah wang yang terlalu besarnya untuk menarik dan mengekalkan sokongan penduduk di kawasan itu terhadap beliau dan parti UMNO.

Sekatan dan halangan terhadap aktiviti parti lawan pula dilakukan oleh pasukan polis FRU dan PGA yang menghalang orang ramai menghadiri majlis ceramah anjuran KeADLan dan PAS dan mengganggu majlis ceramah yang sedang berjalan, terrmasuk ceramah di dalam bangunan atau dewan.

Gangguan FRU yang terakhir melibatkan majlis ceramah PAS di Markas Sabak Bernam, di mana antara penceramahnya termasuklah Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Haji Muhamad Sabu.

Gangguan berterusan terhadap majlis ceramah anjuran PAS dan KeADILan di Sabak Bernam berlaku selepas Khir Toyo menjadi MB Selangor, dan sudah tentulah beliau berada di belakang tindakan ganas polis FRU dan PGA itu.

Walaupun rasuah politik yang beliau lakukan mungkin dapat mengekalkan sokongan sebahagian ahli UMNO lama di Sabak Bernam terhadap beliau, tetapi tindakan beliau itu tidak mendidik rakyat di kawasan beliau berpolitik secara bersih dan matang.

Amalan rasuah politik itu juga sebenarnya tidaklah selaras dengan konsep "pembangunan insan" yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor sekarang, yang seolah-olah berasal daripada idea dan pemikiran beliau.

Mengenai amalan menyekat dan mengganggu aktiviti parti lawan pula, walau apa pun tujuannya, jelas tidak selaras dengan caa berpolitik yang bersih dan sihat dalam negara demokrasi, kerana amalan itu mencabul hak rakyat berhimpun dan menggunakan hak mereka berpolitik secara sah.

Oleh itu, kedua-dua amalan berpolitik yang melibatkan Khir Toyo ini memang tidak bersih , tidak terpuji dan tidak terhormat, dan tidaklah patut diteruskan lagi.

Oleh:
KuYang
23 Feb. 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com