Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


THAIPUSAM: MENGAPA TIDAK CUTI UMUM?

Orang-orang berbangsa India baru sahaja menyambut satu upacara keagamaan mereka, iaitu Thaipusam. Ia adalah hari di mana mereka menunaikan nazar di Batu Caves, satu tempat yang dianggap suci oleh kaum India di Malaysia. Tetapi mengapa hari itu tidak menjadi hari cuti umum, walau pun Samy Vellu sudah berkali-kali memohon agar ia dijadikan hari cuti umum?

Semua orang tahu bahawa Batu Caves terletak dalam negeri Selangor yang bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Orang Selangor, Johor dan Perak bercuti pada hari itu.Mungkin ada lagi negeri lain, penulis kurang pasti.Soalnya kenapa ada sesetengah negeri bercuti,dan sesetengah negeri tidak bercuti. Mungkin itu hak kerajaan negeri untuk menentukannya. Tetapi kerajaan pusat boleh mengisytiharkan hari Thaipusam dijadikan sebagai cuti umum, kalau mereka mahu. Masalahnya mereka tidak bersetuju. Alasan yang diberikan takut lemah ekonomi kerana terlampau banyak cuti umum.

Tetapi semua orang tahu, seperti yang telah disebutkan tadi bahawa Batu Caves adalah berhampiran dengan Kuala Lumpur. Disebabkan oleh upacara keagamaan itu melibatkan bilangan terbanyak masyarakat India di negara ini, maka Batu Caves penuh sesak. Jalan-jalan utama ke sana juga sesak. Tambahan pula sehari sebelum itu, iaitu pada 6 Februari,2001 mereka mengarak patung mereka itu dari pusat bandar KL ke Batu Caves. Masanya pula melibatkan waktu perdana di mana orang-orang yang tidak bercuti bekerja. Maka sesaklah satu KL. Para pekerja atau penduduk yang tinggal hampir dengan kawasan berkenaan tetapi bekerja di KL terpaksa mengambil cuti sendiri, kerana keadaan terlampau sesak. Keadaan itu tidak memungkinkan mereka pergi ke tempat kerja. Itulah keadaan yang berjalan saban tahun.

Namun kerajaan BN yang hanya membisu di atas permohonan Samy Vellu itu nampaknya kurang memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat marhaen ini. Rakyat yang berkerja terutama yang menggunakan perkhidmatan awam tidak dapat ke tempat bertugas. Mereka kehilangan cuti tahunan. Yang menggunakan kenderaan sendiri pula memandu berjam-jam ke tempat kerja yang tidak sampai berbelas kilometer jauhnya. Mungkin juga kerajaan BN memahami masalah ini, tetapi mereka tidak prihatin. Sama seperti mereka menangani isu DSAI. Mereka tahu DSAI sakit dan masih memerlukan rawatan, tetapi mereka mahukan DSAI kembali ke selnya yang sempit dan tiada kemudahan perubatan itu di Sg. Buluh. Inilah kerajaan BN. Mereka tidak prihatin masalah rakyat. Mereka hanya prihatin dengan puak dan kroni mereka sahaja. Atau dalam erti kata yang lain mereka tidak berhati perut. Biarlah orang lain susah asalkan mereka senang. Biarlah mereka membalun (meminjam istilah MT) harta negara, asalkan harta negara itu tidak terlepas kepada meraka yang bukan berstatus kroni dan kaum kerabat.

Seharusnya kerajaan BN memberikan sahaja cuti umum itu kepada semua negeri. Biarkan orang-oang India menjalankan urusan agama mereka asalkan tidak menganggu orang lain dan menyebarkan ajarannya kepada rakyat marhaen. Inilah prinsip Islam. Atau sekurang-kurangnya berilah cuti umum kepada orang-orang yang tinggal di Wilayah Persekutuan,KL. Sekurang-kurangnya tidaklah pekerja-pekerja terutama yang berpendapatan dan bepangkat rendah kehilangan cuti secara percuma. Bayangkan berapa ramai di kalangan mereka itu yang tinggal di kawasan Batu Caves, Sentul, Sri Gombak dan lain-lain kawasan yang berhampiran. Jika mereka datang juga ke tempat kerja, yang pasti punch card mereka akan merah, tanda datang lambat. Jika bossnya juga tidak prihatin, tentu mereka sekurang-kurangnya kena marah. Bukan salah mereka. Tetapi kenapa mereka mesti kena marah atau amaran. Yang silapnya ialah kerajaan juga. Mengapa mereka takut sangat untuk memberikan cuti umum pada perayaan keagamaan seperti itu?Akibatnya orang ramai menanggung susah terutama rakyat marhaen kerana rakyat terpaksa bersesak-sesak ke tempat kerja atau kehilangan sehari dua cuti rehat. Benarkah kerajaan BN mengamalkan tradisi membela rakyat?

Sekiranya Barisan Alternatif dapat mengambil alih tampuk kuasa, kita akan isytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum. Atau sekurang-kurang cuti umum bagi warga KL. Tentu Samy Vellu setuju sangat dengan hal ini, dan mungkin dia akan masuk BA, siapa tahu? Dan orang-orang India pun akan megalihkan sokongan kepada BA. Tinggallah BN dengan seorang diktator tua itu hanyut di mamah usia dan kuasa kebangkitan rakyat. Itulah nasib yang sering dialami oleh kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak mengambil berat masalah rakyat jelatanya. Selamat tinggal BN!

AlKundangi,
8.2.2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com