Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


SETELAH DUA PULUH ENAM TAHUN BERLALU

Kemarahan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Yusoff Jaafar terhadap Naib Ketua Pemuda Keadilan tidaklah sukar untuk dimengerti. Sesiapa pun akan marah jika ada orang mencaci kerjaya atau jabatannya di mana tempat dia bekerja dan mencari makan. Namun begitu Naib Ketua Pemuda Keadilan itu, Gobalakrishnan tentu ada sebab mengapa dia melemparkan tuduhan kepada anggota polis yang mengikut arahan pemimpin negara membuta tuli sebagai anjing kerajaan. Demikianlah yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar harian dan media elektronik terhadap insiden itu.

Mohd Yusoff selanjutnya diberitakan sebagai berkata bahawa pemimpin Keadilan itu boleh didakwa mengikut seksyen 4 (1) (B) Akta Hasutan 1948, dan boleh dikenakan denda RM 5,000 atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Berulang-ulang kali media elektronik pro BN memutarkan berita kemarahan Datuk Ketua Polis itu. Memang begitulah orang ketika marah. Tetapi sdr. Gobalakrishnan tentu sudah berpengalaman dengan kerenah institusi polis sejak peristiwa pemecatan DSAI di mana para reformis dikasari sedemikian rupa, dihambat, disembur dengan air hijau, dipukul, dirotan, diseret bahkan terbaru ditelanjangkan dan disuruh melakukan sesuatu dalam keadaan telanjang, di mana semuanya itu membuatkan kemarahannya meluap-luap lalu melemparkan kata-kata kesat itu. Tidaklah pelik juga kata-kata seperti itu dilemparkan dalam situasi sekarang ini, di mana pemerintah yang bersifat diktator menekan segala kebebasan rakyat untuk bersuara dan memberikan pendapat.

Dan tentunya juga diktator tua itu yang mulai terasa bahang dari dua buah negara jiran yang sedang menghadapi kebangkitan kuasa rakyat, di mana seorang dari pemimpinnya, Estrada telah pun tumpas dalam menghadapi kuasa rakyat itu. Kini tiba pula giliran Gus Dur menghadapi kuasa rakyat itu dan menghadapi kemungkinan meletakkan jawatan akibat kesalahan salah guna kuasa dan rasuah. Tentu terdetik juga hati diktator tua yang sudah sekian lama berkuasa itu melihat kawan-kawan sekelilingnya ditimpa nasib malang sedemikian. Akan tiba pulakah giliran nasib aku, mungkin begitu fikir sang dikatator berkenaan yang kini sedang enak membaham segala kekayaan negara di hari-hari akhir pemerintahannya. Rahsia dia serta anak dan kroninya membaham dan membalun harta negara bukanlah menjadi rahsia lagi. Hampir semua rakyat sudah tahu gelagat Presiden Umno yang telah mencapai usia 75 tahun itu. Kesemuanya itu tambah menakutkan beliau, sang diktator. Dan kemungkinan rasa amarah Datuk Mohd.Yusoff itu dilahirkan sedemikian rupa kerana hendak melindungi ketakutan diktator tua itu.

Panggilan sebagai anjing kerajaan terhadap pegawai atau anggota keselamatan yang taat membabi buta terhadap pemimpin bukanlah perkara baru di negara ini. Sewaktu penulis baru saja menjejakkan kaki di sebuah kampus 26 tahun yang lalu setelah "dibrainwash" oleh para pegaewai kerajaan di Buluh Perindu, Morib selama seminggu, kami dan kawan-kawan juga dipanggil sebagai anjing kerajaan oleh para senior yang melihat kami umpama serigala mahu nenelan mangsanya, walau pun kami bukan anggota keselamatan. Dalam demonstrasi pelajar 1974, demonstrasi terbesar dari pelajar yang pernah terjadi di negara ini, gelaran anjing kerajaan juga dilemparkan kepada pasukan keselamatan yang cuba mneghuraikan demostrasi itu. Ramailah para pemimpin pelajar ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang amat mencengkam itu, termasuklah DSAI sendiri. Kemudian timbullah AUKU yang menghalang kegiatan para mahasiswa dan pelajar pusat pengajian tinggi mengambil bahagian dalam aktiviti politik dan sosial di luar kampus. Jadi 26 tahu dahulu gelaran itu sudah digunakan, tetapi aoakah baru sekarang Datuk Mohd Yusoff menyedarinya? Apakah selama 26 tahun itu dia tidak pernah mendengar perkataan ini, atau dia telah tertidur selama itu. Dia hanya tersedar di saat ini, saat di mana institusi polis menjadi bahan cacian dan kejian di atas tindakan kasar mereka terhadap sekelian reformis yang terbabit. Hanya akhir-akhir ini institusi itu mulai kembali dihormati, itu pun selepas tertubuhnya SUHAKAM. Tetapi kenyataan Datuk KPN Terengganu itu tidakkah kembali menjatuhkan martabat jabatan polis di mata umum?

Institusi polis seharusnya berkecuali dalam soal ini, terutama dalam menghadapi kuasa kebangkitan rakyat dan merudumnya kuasa pimpinan Umno terhadap rakyat jelata. Pihak polis harus memberikan peluang kepada rakyat marhain menyatakan pendapat mereka dalam bentuk perhimpunan aman dan sebagainya jika mereka mahu terus dihormati. Jika tidak mereka akan terus-terusan dicaci-maki sehinggalah sampai saatnya diktator tua itu meletakkan jawatan,atau jatuh dari tampuk kuasa, atau dijatuhkan sendiri oleh orang-orang di sekelilingnya sepertimana yang berlaku di negara jiran kita. Apakah itu saatnya yang mahu ditunggu oleh anggota polis, sehingga mereka dipaksa meminta maaf dari rakyat di atas kesalahan masalalunya?. Hanya polis dan jabatan polis sahaja yang mampu menjawabnya. Tepuk dada tanyalah selera!!

AlKundangi,
3.2.2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 5 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com