Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


KILANG HARAM : MISMANAGEMENT DAN KORUPSI.

Tertonton beberapa siri penampilan Kilang Haram disekitar Lembah Kelang ( Negeri Selangor ) dan Protest dari penduduk setempat yang sering diutarakan oleh Berita Terkini TV3, saya melihat ini sebenarnya adalah satu sindiran keatas Pentadbiran " MB setahun Jagung Selangor" M. Khir Toyo. Samada ianya merupakan satu kelemahan Pengawalan ataupun satu bukti Amalan Kurupsi yang sudah tidak terkawal lagi.

Sebenarnya Penampilan Kilang Haram ini sudah terlalu lama dan ianya bolehlah disifatkan bermula dari Terbakarnya Kilang Mercun di Sungai Buluh di era Pentadbiran Mat. Tyson dahulu. Berterusan TV 3 Membawakan kisah ini bagi menguji minda rakyat adakah pentadbiran yang ada ini berkemampuan atau seharusnya ditukarganti sahaja. Mereka mereka ini sebenarnya lebih senang untuk bercakap pasal isu melayu , Pengawalan majlis ilmu / ceramah serta soal soal yang tidak membawa faedah didunia maupun akhirat. Amat malang mempunyai pemimpin seperti ini yang tidak mempunyai penyelesaian keatas masalah rakyat.

Kenapa tidak menggunakan pendekatan yang sama ketika menangani isu rumah Haram (Setinggan), atau setidak tidaknya memberi sepenuh ruang kepada BPR bagi penyelesaian. Adakah Kilang kilang tersebut terlalu kebal kerana kita arif bahawa nama nama seperti Rafidah, Rahim Tamby Chick dll kronies mempunyai bilangan kilang kilang disekitar negara kita. Tanyalah mana mana Pegawai DOSH ( Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja) yang terlibat dalam pemeriksaan kilang kilang & operasi jentera, tentunya jawapannya `ada tangan tangan 'majik' yang selalu menghalang kerja kerja mereka untuk lebih efficient.

Benarlah ! mereka ini semuanya sudah Gila dan BENGAP dan penyelesaian terbaik ialah Me Nyahkan saja mereka ini di 2004 nanti. Tapi sanggupkah kita melihat Amalan Mismanagement dan Korupsi dalam tempoh itu.

Renungan :
Bak kata YB Ismail Kamus " Kita bukan Gila Kuasa tapi Kita mahu Kuasa dari orang Orang Yang GILA !

RASA MARAH AA : 31/01/01


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com