Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


19 Februari Yang Mendebarkan

Hari yang di nanti-nantikan oleh mamak tua ( maaf , saya tak boleh dengar nama sebenarnya apatah lagi menyebutnya. Melihat gambarnya lagi saya tak sudi ) dan umno akan tiba beberapa hari lagi. Kasihan pada mamak tua ini. Dia tidak sedar. Jauh sekali mahu insaf. Dia tidak sedar putra jaya kata pergi kubur kata mari. Dalam keadaan hayatnya tak ubah seperti ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kepala otaknya masih ligat untuk melemahkan dan kalau boleh menghancurkan gerkan Islam. Islam bagi dia dan partinya ialah bina masjid besar dan cantik , adakan musabaqah dan anjurkan seminar, diskusi dan simposium tentang Islam. Baginya begitulah sepatutnya kita lakukan terhadap Islam. Sebenarnya pertemuan yang akan berlangsung pada 19 Februari ini adalah permulaan langkah mamak tua angkh ini untuk melemahkan Pas. Hasil pertemuan ini nanti akan di putar belitkan dan akan dijadikan modal penting dalam perhimpunan agung umno yang akan diadakan pada bulan Mac. Ucapan mamak tua dalam perhimpunan agung umno itu nanti pasti akan berkisar pada pertemuan di antara Pas dan umno.

Bagi saya, yang mendebarkan ialah hari-hari selepas 19 Februari itu nanti . Apakah akan berlaku pergolakan dalam Pas itu sendiri kerana ahli-ahli serta penyokong Pas akan pening. Mana nak diterima pakai. Kenyataan umno yang akan bertalu-talu disiarkan baik melalui akhbar mahupun televisyen atau kenyataan pemimpin Pas yang walaupun akan disiarkan oleh akhbar tapi telah di edit. Apakah akan berkocaknya pakatan Barisan Alternatif ? Pas terpaksa membayar dengan harga yang mahal ' sekiranya ' berlakunya andian-andian yang disebutkan itu. Dan yang hampir pasti pertemuan itu tak sampai ke mana-mana. Hanya sekadar bual-bual kosong antara Pas dan umno. Saya tak nampak pertemuan ini mendatangkan untung kepada Pas. Adalah sia-sia berbincang dengan serigala ganas yang sentiasa mencari jalan untuk membaham musuh dan mangsanya. Yang hendak diajak berbincang ialah seorang yang tidak berhati perut. Yang tidak memiliki perasaan belas kasihan. Lihat apa yang dia lakukan keatas Anwar, keatas kerajaan Kelantan dan Terengganu. Dia tersenyum lebar diatas penderitaan orang lain. Jadi apa maksudnya ajak berunding dengan Pas ? Mungkin azamnya sebelum mati untuk menenggelamkan Pas. Baru puas hatinya.

Mudah-mudahan 19 Februari ini nanti tidak membawa padah kepada Pas dan Barisan Alternatif. Semoga Ustaz Fadzil tidak akan tunduk dan terpengaruh seperti mana yang terjadi keatas ahli-ahli majlis tertinggi umno apabila berdepan dengan mamak tua . Semuanya tunduk dan kecut memandang mukanya. Entah apa ilmu yang dipakainya, hanya Allah saja yang mengetahuinya.

KERIS TAMBING SARI


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com