Semalam terpapar dalam sebuah akhbar harian gambar setiausaha parti Pas dan umno sedang bersalaman. Maka sahlah Ustaz Fadzil akan bertemu dan berbincang dengan si tua kutuk itu. Mulai hari ini dan hari-hari seterusnya kenalah kita para penyokong Pas khasnya dan BA amnya banyak-banyak urut dada menahan sabar kerana PASTI 'spin doctor ' umno yang memegang teraju akhbar-akhbar perdana akan memusing-musing dan memutar-belitkan berita untuk menambahkan lagi kekeliruan dikalangan penyokong Pas dan BA.
Memang benar Islam menggalakkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan. Tetapi rekod umno dan lebih-lebih lagi si tua kutuk itu menjadikan pertemuan dan perbincangan ini sia-sia.
Ianya tidak menjanjikan apa-apa. Tidak keterlaluan jika disamakan pertemuan ini nanti seperti
perjanjian damai Arab-israel . Di mana hasilnya ? Bagi saya si tua kutuk ini menghulurkan tangan ' kununnya' untuk perpaduan orang-orang Melayu lebih merupakan strategi politik untuk memperlahankan kebangkitan rakyat . Pas dan KeADILan hanyalah sekadar wadah untuk menyempurnakan kebangkitan rakyat. Bagaimana Ustaz Fadzil boleh percaya yang si tua kutuk ini benar-benar ingin melihat orang-orang Melayu bersatu padu. Mengapa si tua kutuk itu masih berkuasa ? Respinya ialah dengan melaga-lagakan di kalangan ' tolol-tolol umno ' dan membiarkan pemimpin-pemimpin yang kotor terus memegang jawatan-jawatan yang sedang sandang. Sewaktu Tun Razak beliau bertindak keatas pemimpin-pemimpin yang menyeleweng dan korup tetapi si tua ini membela dan melindungi pemimpin-pemimpin yang rendah akhlak dan korup. Apa yang dilakukan tak ubah seperti sistem piramid yang di amalkan dalam direct selling. Aku bela kau , kau jaga aku . Sama mendapat feadah dan untung.
Berbalik pada pertemuan Pas dan umno. Saya meraskan seolah-olah Pas membelakangkan rakan-rakanya dalam BA. Sejak merdeka kita tidak mendapat sokongan orang-orang cina khususnya. Kita dicurigai oleh mereka. Begitu juga dengan golongan bandar dan golongan muda. Dulu Pas lebih di kenali dengan parti kampung dan parti lebai-lebai. HANYA setelah musibah menimpa Anwar barulah keadaan bertukar. Dan usia perubahan ini masih muda. Masih mentah. Dalam usia BA ini masih muda dan mentah sepatutnya Pas mempergiatkan
lagi usaha agar keyakinan orang cina terhadap Pas melalui DAP khususnya dipertingkatkan
lagi. Tetapi apa yang dilakukan sekarang ini ialah menimbulkan rasa curiga mereka . Bukan
mudah untuk mengajak mereka menyokong kita .
Seperkara lagi , seandainya dalam perbincangan itu nanti si tua kutuk itu menerima cadangan-
cadangan yang dikemukakan oleh Pas , bagaimana kita nak bergerak selepas itu nanti ? Apa
kah Pas akan diberi tugas dalam barisan nasional untuk melaksanakan cadangan-cadangan
itu ? Ustaz Fadzil menyatakan pertemuan itu sekadar perbincangan sahaja . Kalau sekadar itu
apa faedahnya ? Yang pastinya DAP mungkin dalam senyap-senyap memikirkan kedudukan
nya dalam BA . Sebenarnya matlamat si tua kutuk itu ingin melihat BA berpecah .
Kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya. Bersedialah dengan tajuk-tajuk berita
yang akan disiarkan oleh akhbar mereka.
KERIS TAMBING SARI