Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Menjelang Pertemuan UMNO-PAS

Assalamualaikum w.b.t,

Saya ingin menyentuh secara ringkas tentang pertemuan yang bakal diadakan antara PAS dan UMNO. Tidak pernah terlintas di benak fikiran saya bahawa UMNO benar-benar ikhlas dalam mewarwarkan isu perpaduan Melayu selama ini. Saya hanya memandang hal ini sebagai satu lagi aksi politik kerana sudah menjadi salah satu tugas utama dan pelajaran nombor satu ahli politik sekular mewujudkan isu apabila tiada isu untuk menjamin kesinambungan survival politik mereka.

Walaupun menyedari sikap keterbukaan adalah satu sifat yang murni tetapi saya suka menekankan disini bahawa sikap berhati-hati juga adalah perlu. Allah s.w.t suka kepada hambaNya yang berjuang dalam barisan yang tersusun. Oleh itu saya mencadangkan agar pihak BA membuat persiapan rapi dari segi pengawalan maklumat dengan memastikan semua wartawan BA dan mungkin juga memastikan juga kehadiran wartawan asing (jika perlu dalam keadaaan ini) sebagai pengimbang untuk memastikan maklumat tepat berkenaan isi pejumpaan tersebut dapat disebarkan.

Kita semua patut sedia maklum dengan keadaan golongan yang akan kita hadapi. Mereka oportunis dan tentu akan memanipulasi situasi sebegini untuk memihak kepada mereka. Jangan terlalu bergembiran dengan menggunakan Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah sebagai perbandingan tetapi perlu juga kita ingat akan peristiwa tipu muslihat Muawiyah terhadap Saidina Ali k.w hingga menyebabkan jawatan khalifah jatuh kepada manusia tidak adil selama beberapa generasi.

Ingat sebelum kena. Orang beriman tidak boleh masuk ke lubang biawak dua kali!

Yang benar
SHEIKH KELANA


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com