Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Apanama....saya tidak faham!

Berikut adalah petikan daripada Berita Harian 13/2/2001. Saya berasa amat lucu seorang manusia (Che Dead) yang memulakan perpecahan dalam umat Melayu tiba-tiba berkata "saya amat hairan...saya benar-benar tidak faham..." dan cuci tangan apabila orang Melayu berpecah lagi kepada satu kelompok baru iaitu BBM (kononnya ini kelompok perpecahan terbaru, tapi betul atau tidak mereka ni tidak pro kerajaan wallahualam sebab "Kepala" BBM ni adalah ketua pembelot yang terkenal). Hakikatnya, Che Dead lah punca segala kekalutan dalam umat Melayu sekarang dan seperti biasa dia akan mengeluarkan statement "saya tak tau apa-apa" itu lagi....

Yang benar,
SHEIKH KELANA

KOTA KINABALU, Isnin – Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berkata kewujudan Badan Bertindak Melayu (BBM) menyebabkan orang Melayu kini berpecah empat kelompok, berbanding tiga sebelum ini.

Sebelum ini, kata Perdana Menteri, orang Melayu sudah terbahagi kepada tiga kelompok iaitu Umno, Pas dan Keadilan. Sekarang wujud pula BBM, menjadikan masyarakat Melayu terpisah kepada empat kumpulan.

“Saya benar-benar tidak faham... mereka menyatakan mahu menyatupadukan orang Melayu, tetapi apa yang berlaku sekarang ialah daripada terbahagi kepada tiga iaitu Umno, Keadilan dan Pas, sekarang kita ada empat termasuk BBM,” katanya.

Ditanya sama ada BBM mempunyai agenda tersembunyi, Dr Mahathir berkata: “Saya tidak tahu sama ada mereka menyembunyikan sesuatu atau tidak, tetapi ia nampak agak jelas.”

Beliau menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur di akhir lawatan dua harinya ke Sabah, hari ini.

Sabtu lalu, mesyuarat jawatankuasa BBM memutuskan tidak akan meminta maaf kepada mana-mana pihak, termasuk Umno yang dikatakan tidak senang hati dengan tuntutan dan teguran dibuat pada perhimpunan “Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia” minggu lalu.

Ketua Penyelaras BBM, Datuk Ibrahim Ali, berkata BBM tidak segan silu membuat tuntutan supaya orang Melayu diberi perhatian sewajarnya kerana segala teguran dan permintaan itu dibuat dengan niat tulus dan ikhlas.

Perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana ada pemidato mengkritik dasar dan kepemimpinan kerajaan secara terbuka.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com