Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Awas Perangkap !

Assalamualaikum

Pada 1997 saya telah hadir di satu demonstrasi menentang kehadiran pasukan kriket Israel di KL anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat. Kita telah berkumpul di Dataran Merdeka. ( Demo di Dataran Merdeka - bukan yang di Masjid UM - that was the one that Anwar Ibrahim dismissed as "terrrrrrrlalu gopoh" di mana ahli-ahli PAS bertempur dengan FRU ) Setelah berdemo di sana kita telah berarak ke Jabatan Perdana Menteri. Di sana para pimpinan ( Ustaz Hadi, Dr. Hatta dsb ) telah "demand" dari pihak Polis untuk masuk dan bertemu dengan PM untuk menyampaikan memorandum. Apabila wakil-wakil PAS dibenarkan masuk tetapi tidak dapat bertemu PM - hanya pegawai rendah sahaja - orang-orang PAS semua marah.

Beberapa bulan lepas ( tahun 2000 ) ramai di antara kita telah berdemo di Kementerian Kewangan tentang royalti minyak. Apabila memorandum kita hanya diterima oleh pegawai rendah kementerian dan bukannya Daim - ramai yang marah dan kecewa.

Sekarang kita bukan sahaja dapat menghantar memorandum tetapi Presiden dan pimpinan dapat bertemu terus PM dan pimpinan-pimpinan UMNO. Tetapi ramai juga yang marah dan kecewa.

Tak dapat jumpa pun marah dan dapat jumpa pun marah !

Bercakap tentang kezaliman yang berterusan ke atas Anwar Ibrahim - memang benar Anwar sebagai simbol kezaliman BN - tetapi bukan dia saja yang beterusan dizalimi. What about Memali ? As-Syahid Ibrahim Libya dan rakan-rakan dibunuh bukan setakat dipenjara di Sg. Buluh. Anak-bini mereka masih terus merana akibat tindakan UMNO ini. Kes mahkamah masih belum selesai. Apakah generasi selepas ledakan Reformasi '98 sudah lupa akan Memali ? Atau tidak kenal langsung akan Memali ?

Jadi kalau PAS hendak cari sebab untuk tidak bertemu dengan UMNO maka ada banyak lagi sebab dari Anwar Ibrahim. Lubuk Merbau '85 ( kematian Cikgu Othman dibunuh oleh petugas-petugas UMNO ), pembunuhan ADUN PAS Perlis ( 60'an ), pembunuhan pimpinan Pemuda PAS - Samad Gol di KB ( 60'an ), Dr. Burhanuddin yang ditahankan sehingga merana dan meninggal-dunia akibat tahanan ( tidak ada pakar-pakar Jerman untuk membedah beliau ! ) dan banyak lagi.

Ahl-ahli PAS hendaklah tetap di belakang keputusan pimpinan kita. Hendak jumpa UMNO atau tidak jumpa UMNO - kita tetap bersama. Saya melihat semacam ada "pihak ketiga" untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli-ahli PAS dan menarik ahli-ahli kita. Di dalam isu ini kita hanya memikirkan "perangkap UMNO" tetapi kita jarang memikirkan perangkap "pihak-pihak lain" ............. Wallah Wa'lam

Al-Karamati Al-Fakir
16-2-2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com